بسم الله الرحمن الرحيم
Najib Anggap Pembangkang Bersifat Populis
Najib Razak menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan `Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai amat populis tetapi tidak berpaksi di bumi yang nyata kerana tidak membentangkan punca kewangannya kepada rakyat. Menurutnya, terdapat keanehan dan juga amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala benda bersifat populis tetapi tidak ada sebutir pun dibentangkan dari mana punca kewangannya.
``Jadi kalau begitu, bagaimana segala-gala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan,'' katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Justeru katanya, kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak.
``Malah tidak payah tunggu anak dan cucu dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita negara kita jadi macam negara Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara. - Melayau
SHAH ALAM 10 JAN : Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak masuk akal apabila membidas Pelan 100 Hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Dalam kenyataan itu Najib berkata apa yang terkandung dalam 'Buku Jingga' sebagai populis dan tidak bertanggungjawab. Tegas Pua, apa yang dicadangkan Pakatan Rakyat di dalam 'Buku Jingga' hanya separuh daripada bajet yang dibentangkan Najib di dalam Parlimen Oktober lalu.
"Saya rasa Najib kena pergi balik ke sekolah untuk buat kira-kira bajet beliau. Kalau kerajaan mampu bina satu MRT bernilai RM40 bilion, bina Menara Warisan Merdeka RM5 bilion, bina Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLFID) yang bernilai RM26 bilion.
"Yang kita cadangkan itu hanya sebahagian daripada bajet yang Barisan Nasional ingin gunakan untuk projek mega ini.
"Saya rasa kritikan yang dibuat Perdana Menteri langsung tidak berasas kerana mengikut perkiraan kami kita akan membuat perbelanjaan yang kita cadangkan melalui perbelanjaan yang lebih amanah dan sistem terbuka termasuk tender terbuka," kata beliau
Ujarnya, dengan cara tersebut kerajaan dapat menjimatkan lebih banyak wang dan mengurangkan ketirisan daripada rasuah, pembaziran, kecuaian dan lain-lain. Berhubung dakwaan Najib negara bakal bankrap disebabkan program tersebut, apa yang pasti kata Pua jika BN terus dengan perbelanjaan cara mereka di mana defisit terus meningkat, apa yang diramalkan Najib pasti berlaku. - Skini
Note: Kah..kah..kah..kah.. Najib memang lembab bab ekonomi ni.. Najib nak guna duit rakyat lebih dari RM71 bilion untuk projek mega dalam bajet terbarunya.. campur lagi dengan projek nuklear di bawah ETP itu bernilai RM67 bilion dan jadi RM138 bilion . Tak sebut pun dari mana nak dapat duit... Bila Pakatan Rakyat nak buat 'Pelan 100 Hari' yang bajetnya hanya RM19 bilion tak sampai suku pun dari bajet najib tu boleh pulak najib kata mana PR nak cari duit. Dah kalau PR yang memerintah Malaysia ni nanti duit yang kamu nak guna tu la yang PR manfaatkan untuk rakyat. Itu pun nak kena ajar ke? Macam ni pun boleh jadi Menteri Perdana.. Kah..kah..kah..kah.. Najib...Najib... Anuar pula nak ajak najib debat... Kah..kah..kah..kah.. klau dgn bik mama pun najib takut nak berdebat, jagan harap la dengan ketua pembangkang dia berani.. Kah..kah..kah..kah.... Najib ni cakap kat tv dengan surat khabar boleh la... cakap sorang-sorang.. untuk tipu orang kampung.. tipu penyokong-penyokong umno yang wala membabi buta.. Nak berhujah secara live? Hampehhhhh... Kah..kah..kah..kah.. Najib..Najib....
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
ngokngek punye orang...
kecian laa org kg,kne bodoh terang-terangan...
sye duk kawasn kg,memg kecian sgt ngan pakcik2 makcik2 kt cni...kelabu ngan duit yg ditabur...huhu
bile PM trdesak mcm-mcm hentaman dilemparkn kpd PR..kite tgu jelah PRU nnt..
der, bukan stakat org kampung jek... yg bandor blajo tinggi2 skola empat tingkat pon dtipu dek ApNo ni... kesian bile tgk rakyat d bangang2 kan oleh puak ApNo ni, tupon ade lagiii yg pangkah ApNo.. memang cam haram!
masa dgr berita ttg kenyataan dia ni, sy tak hairan langsung, tak termakan kata2 dia, sebab kita dah tahu hanya mulut yang cakap sebab nak raih undi, tapi hati penuh kerisauan sebab akan kehilangan undi nanti.. tengokla nanti, cukupla awak dah makan byk duit rakyat yang masih lagi ada yang daif, tak cukup makan... silap besar siapa yang undi kamu najib!
pm yang paling malang...
dapat orang bawah yang tak cerdik dan berakal...
dapat isteri yang tak sedar diri..ambil lagi bekas orang...busuk..
inilah jadinya jika ugama tak di ikuti..undang undang dan hukum islam di langgar saja...
bila nak taubat ha...kamu ingat umur kamu serupa nabi zaman dulu ke...
Post a Comment