Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, January 10, 2011

BIK MAMA LANTIK DIRI SENDIRI JADI MENTERI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ucaptama Dan 'MOU Pendidikan' Di Arab Saudi, Rosmah Tergamak Bazirkan Wang Rakyat Serta Ambil Alih 'Tugasan Menteri' Yang Sepatutnya !!

Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan berita isteri Perdana Menteri Si Rosmah Mansor (foto), mengadakan lawatan selama tiga hari ke Arab Saudi mulai semalam. Mereka hairan apakah motif beliau itu agaknya. Kelibatnya jelas sekali mengalahkan lagak seorang menteri kabinet dan tidak pernah berlaku kepada isteri mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Apakah ini membuktikan yang Rosmah memang lebih berkuasa daripada PM sendiri dalam membuat keputusan apa yang mahu dilakukan. Dikala rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan sekarang ini, beliau tergamak untuk membazirkan wang rakyat atas alasan lawatan kerja. Siapakah beliau sebenarnya yang sanggup mengadakan lawatan kerja sebegitu rupa?. Bukankah beliau itu hanyalah isteri Perdana Menteri, makanya kenapa beliau harus mewakili kerajaan dalam urusan-urusan rasmi seeprti itu. Apakah kini beliau sudah memegang portfolio di dalam kabinet Najib agaknya?. Inilah yang memusykilkan rakyat dengan senario terbaru ini. Beliau bukan sahaja akan ke Arab Saudi, malah selepas itu juga dijadualkan akan melawat Oman selama empat hari dari 16 Jan sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Jan. Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri. Di Arab Saudi, Rosmah dijadual akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh. Rosmah juga khabarnya akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).


Bertudung gara-gara mahu ke Arab Saudi

[Soalnya sekarang, siapa Rosmah Mansor ini yang tergamak mengambilalih tugas Menteri Pelajaran itu agaknya?. Bukankah, kerajaan UMNO BN mempunyai menteri yang berkuasa untuk portfolio berkenaan?. Makanya, kenapa Rosmah dan kuncu-kuncunya dihantar?. Bukan ini bermakna satu lagi pembaziran wang rakyat akan berlaku sebenarnya. Sudahlah sebelum ini Rosmah membazirkan RM4.5 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Wanita Pertama di negara kita. Jika jumlah 15 orang delegasi ke Sidang Wanita itu kerajaan bazirkan RM4.5 juta, kini dengan jumlah 20 delegasi yang mengikuti rombongan Rosmah maka berapa jutakan lagi wang rakyat akan dibelanjakan agaknya?. Bukankah ini membuktikan beliau kini menganggap dirinya lebih hebat daripada mana-mana menteri kabinet sebenarnya. Sanggup berbelanja besar untuk puaskan diri sendiri, sedangkan dalam masa yang sama rakyat perlukan bantuan terutamanya mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Ternyata, telahan ramai bahawa politik Najib akan lingkup dek kerana Rosmah kini bakal menjadi kenyataan. Soalnya, beranikah Najib menasihatkan Rosmah untuk kembali ke pangkal jalan agaknya?] - pahangdaily



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

Azrina said...

Keluarga saya sendiri pun tengah melingkup gara2 pembaziran macam ni. Tengah ikat perot sebab anak2 nak sekolah, dah le gaji kuar awal pastu dpt lambat gaji januari ni bagi bonus RM500..adoi anak2 nak sekolah berhutang dahulu, org atas bsarkan prot je. Kata RAKYAH DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN tapi ni haprak nasib baik buat partime lepas le nak makan hari2 kalau harap gaji gomen jangan ler...dah ler kumpulan sokongan..sokong ajerlah apa org atas buek. Pelik asyik2 naikkan gaji polis..gaji tentera camner...sakit ati betul..

kordi said...

rosmah-cap ayam/pokemon monster.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sokongan gua tak berbelah bagi..wakakakakkakakak

perjalanan pulang said...

tu dia.....cerita seram ni

tuyuk said...

big mama with big money

Anonymous said...

celaka kau rosmah, sbab kau la kontrak aku x d smbung... pasal x de duit nk byr gaji aku.. nasib baik getah tgh mahal.. pagi ptg pulun abis toreh smpi dahan..

Anonymous said...

projek mengumpul permata negara untuk diri sendiri tak cukup banyak kat malaysia neh... tuuuu yg dia p luarnegara carik koleksiiii

mariah said...

sekarang ni la dia nak pulun habis, esok lusa dia dah jatuh... she know already that fact!! :)

on ibrahim said...

paling best kan ...rakyat rakyat yang tiada internet..dok baca berita hairan..utusan..sinar...yang tak tahu cerita sebenar..dok sokong lagi haiwan bertopeng manuisa tu...

kita rakyat sebenarnya tak perlu buat apa pun...kita siapa...raja raja yang kita mahukan membantu kita pun tak cakap apa pun...ni kita rakyat biasa nak komen..lupakan saja le...

biar pi le depa buat apa pun..bukan menongkat langit pun umur depa..mana tahu balik nanti flight problem ..terhempas...mampos semua...kita cakap alhamdulillah je le...paling tak najib nanti beri cuti se hari lagi..he he he

Anonymous said...

heh heh heh kalu adun-adun or ahli pakleman cepat mamposss pun elok gak,banyak ler peruntukkan utk menarik undi di area pilihanraya kecik-kecik tuuu... time pru budget besau sangat he he