Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, January 11, 2011

JAWATAN KOSONG JADI MENTERI TANPA PERLU KELAYAKAN AKADEMIK

بسم الله الرحمن الرحيم

KURANGKAN PENGUNAAN BAWANG DALAM MASAKAN



MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu. Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah. Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya - Utusan

Note:Kah..kah..kah..kah.. Ada ke org kata bawang kena sorok? Baru ni aku dengar.. kalau beras, tepung, minyak masak dan gula kena sorok tu mmg la selalu dengar. Kah..kah..kah..kah... Bawang naik harga kurangkan makan bawang.. beras, tepung dan gula naik harga... jika sebelum ini anak ada 2 orang, beli beras 5 kg... sekarang ni anak dah 5 orang, kena beli beras 1kg jer.. Kah..kah..kah..kah.. Minyak naik harga jalan kaki jer pergi pejabat.. Kah..kah..kah..kah.. Pandainya menteri-menteri di Malaysia ni kan.. Kah..kah..kah..kah..

Note:Apa kerja Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ni? Adakah kamu dibayar gaji oleh pemborong? Sedikit masa dulu bila tepung naik harga kamu hanya kata kurangkan makan roti canai. Bila beras naik harga kamu hanya kata kurangkan makan nasi.. bila gula naik harga kamu suruh kurangkan pengunaan gula, kamu kata gula punca banyak penyakit. Bila minyak naik harga kamu suruh rakyat kongsi-kongsi kereta pergi kerja. Sayur naik harga kamu suruh rakyat tanam sayur sendiri dirumah.. Baru-baru ini minyak masak naik harga kamu suruh kurangkan pengunaan minyak masak... Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal serta bertindak adakah ini saja yang kamu mampu lakukan? Kamu bekerja untuk rakyat atau bekerja untuk pemborong?

Note: Rakyat bayar gaji kamu untuk buat kerja bukan untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak pekedai dan pemborong. Rakyat mengharapkan menteri ni untuk jaga kepentingan rakyat bukan jaga kepentingan pengimport dan pemborong.. Kamu bukan digaji untuk menjadi penasihat kepada rakyat supaya jangan makan bawang lebih. Kamu juga tidak digaji untuk menjadi jurucakap atau peguam kepada pemborong untuk menegaskan bahawa kenaikan harga barang bukan salah mereka.. Kamu digaji untuk pantau dan kawal kenaikan harga barang.. Bukan bila barang naik harga kamu sekadar keluarkan kenyataan kurangkan makan bawang. Kalau macam ni mudah tak payah sekolah pun boleh jadi menteri... Nenek aku pun boleh jadi menteri kalau semudah ini menyelesaikan masalah keperitan rakyat. Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

mariah said...

Salam.. Kenapa sampai tahap macam ni sekali kita dianiaya oleh kerajaan?? Tak terfikir ke mereka dengan rakyat yang sesetengahnya masih hidup dalam keadaan daif?? Macamna dengan kehidupan mereka?? Buatnya masih ada lagi yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.......Masih lagi nak naikkan harga barang untuk kepentingan perut keturunan dia je!!!
Cukuplah.......!

kordes said...

bodo tul la menteri2 n kerajaan kita ni.nyusahkan rakyat nombor satu.cagu betul.rambut dah la bau berak.

E.y.n.a said...

sengall

on ibrahim said...

itu perkara biasa..dah dekat raya cina semua naik..ayam pun akan naik lagi..

menteri yang tak cerdik akan nyatakan bukan kuasa diaorang le..macam biasa le..dia orang memang takda kuasa pun...rakyat pilih sebab depa ni bodoh ..tu sebab dipilih..kalau cerdik tak layak...

synergy said...

bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh

bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh

bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh

bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh

bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh
bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh
bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh

bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh
bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh punya menteri