Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, January 14, 2011

RESEPI LAKSAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit info nak dikongsikan berkaitan laksam.



Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah

1. 300 gm isi ikan
2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
5. 1 batang serai (dikisar)
6. Sedikit halia (dikisar)
7. 2 kiub pati ayam
8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
9. Sedikit lada hitam

Laksam

1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan tepung ubi
3. 2-3 cawan air
4. sedikit garam

Cara penyediaan

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan

Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

Note: Kalau dah masak hantar kat aku sikit.. Kah..kah..kah..kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

ierayahaya said...

sedapnya.. dah lama x mkn.. ;p

manjeamusyuk said...

Fuhh, best giler! Terus teringat kedai mokcik yg sedap tu!

Hanisah Safian said...

masakkan tolong! kehkehkeh :P

sArAh said...

wah.. nak bujang susah yg masakkan.. resepi da ade so ape lg kn.. hee~

Embun Pagi said...

ya Allah..sdapnyee......kat perlis ni pyh nk dpt..tp klu balik tganu mmg xkan lepaskn peluang!!! feberet!!

Finaz said...

timakasih BS. SAya dah buat dah. Tapi laksam jadi tak cantik. Tak macam kat kedai yang biasa saya lihat. Almaklum lah saya ni amateur heheheee.. Ni lah 1st time buat lepas baca resepi ni malam tadi. Apapun thank you bro. Suami dan anak-anak semuanya suka belaka. :)

BUJANG SUSAH said...

Tak poskan kat saya sikit pun kak.. kah..kah..kah..kah..

Finaz said...

pos? heheheee :D