Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, January 11, 2011

VIDEO KONTRAKTOR MELAYU MINTA MAAF

بسم الله الرحمن الرحيم

"Kontraktor Melayu Minta Maaf" the Video..

Pada 7 Januari lalu Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil telah datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Laporan dari HarakahDaily mengatakan Mohamed Fadzil dengan rombongan telah dating untuk berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka pada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.(baca di SINI)

Bagaimanapun keesokan harinya Sinar Harian edisi cetak (Maaf kalau silap) telah melaporkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohmad Fadzil Hasan telah menafikan permohonan maafnya itu..

Dan sebuah blog Pro-UMNO menulis..

Perjumpaan yang pada mulanya atas dasar gentleman di antara Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang dan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang telah berakhir dengan kenyatan Lim Guan Eng DAP yang didakwa memutarbelitkan 'maaf yang dihulurkan' oleh Datuk Mohamed Fadzil Hassan, Pengerusi Kontraktor Melayu Pulau Pinang!

Merujuk kepada sumber penulis yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, Mohamed Fadzil ada menyebut maaf tetapi bukan di atas kenyataan-kenyataan beliau mengenai isu-isu mengenai ketidakadilan Lim Guan Eng yang diketengahkan oleh beliau di dalam suratkhabar.

Tetapi Mohamed Fadzil hanya meminta maaf di atas kekasaran bahasa yang beliau mungkin lontarkan terhadap Lim Guan Eng. Itu sahaja!

Bagaimanapun tindakan Datuk Mohamed Fadzil itu telah dibidas oleh Guan Eng dengan menyifatkannya sebagai 'tidak serupa bikin'

“Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkanya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Tak apa biar apapun yang dikatakan oleh Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil itu.. lihat dan nilaikan sendiri apa yang terkandung dalam Video dibawah ini…

Saksikan bermula pada minit yang ke 1:25 - darisungaiderhaka



Note:Kah..kah..kah..kah.. Dah kena sound dengan najib la tu.. Kah..kah..kah..kah.. Nak pusing balik kenyataan sayangnya terkantoi pulak.. tapi tak apa.. blogger-blogger umno dan orang umno kat kampung mesti percaya punya .. Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Anonymous said...

bagus dedahkan kisah kontraktor pembohong ini di DUN Tenang

Anonymous said...

Cis! Kontraktor munafik. Org yg pernah jilat lubang blakang UMNGOK memang tak boleh dipercayai sampai bila2 pon. Kontraktor munafik ni sama taraf dengan seekor dubuk.