Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, January 9, 2011

TUBUH SURUHANJAYA TAPI TAK BOLEH SIASAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Peguam Teoh beng Hock Kecewa Dengan Skop Suruhanjaya Diraja

PETALING JAYA: Peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock meluahkan rasa kecewa dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kes kematian pembantu politik kepada Exco Selangor tersebut.

Gobind Singh Deo berkata, kekecewaan tersebut ekoran skop suruhanjaya tersebut yang tidak akan melibatkan bagaimana Teoh, 30, menemui ajalnya.

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, suruhanjaya itu akan mengkaji kaedah soal-siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sekiranya berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh.

“Saya memohon supaya Suruhanjaya tersebut membesarkan skop lingkungan mereka yang melibatkan perkara yang mengelilingi kematian Teoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Tambahnya, sukar untuk diketahui jika berlaku pencabulan hak asasi terhadap Teoh, jika fakta mengenai kematian tersebut tidak dikemukakan.

Beliau juga mengesahkan akan mewakili keluarga Teoh dalam Suruhanjaya Diraja tersebut.

Pada Jumaat, Najib mengumumkan Suruhanjaya Diraja akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas tauliah pelantikan Pesuruhjaya dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Koroner Shah Alam, dekat sini, pada Rabu lalu memberikan keputusan terbuka mengenai punca kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas dalam keputusannya tidak dapat menentukan sama ada kematian Teoh disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh.

Beliau bagaimanapun memutuskan Teoh mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, 16 Julai 2009 disebabkan oleh kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.

Mayat Teoh ditemui di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam selepas dia dipanggil untuk disoal siasat oleh SPRM di pejabat yang terletak di tingkat 14 plaza sama. -mstar

Note: Kah..kah..kah..kah.. Ini namanya nak bodohkan orang.. tubuh suruhanjaya tapi sekadar nak tahu apa yg SPRM tanya pada beng hok.. Kah..kah..kah..kah... Macamana beng hok mati.. siapa yang bunuh beng hok tak boleh dipersoalkan.. Kah..kah..kah..kah.. Sama macam kes pembunuhan altantuya.. Tangkap dan hukum siapa yang bunuh.. Atas tujuan apa dan siapa yang suruh bunuh tak boleh dipersoalkan.. Kah..kah..kah..kah.. Najib..Najib...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

donk said...

nak buat cam no...negara ni bapak depa punya...depa perintah...semua depa kontrol dari rakyat sampailah pihak keselamatan..

sebenarnya semua jabatan adalah untuk menjaga depa semua bukan rakyat jelata..

rakyat adalah ibarat melukut di tepi gantang je..

itu pun rakyat banyak tak sedar lagi...

masih ikut telunjuk..sebab yang kerja kerajaan dapat gaji dari contohnya bapak si pm tu..

PUPPETS said...

EHEEEE SIAN LERRR SIKIT KAT ORANG YANG JADI PANEL SURUHANJAYA TUUUU... BARU JER DIA ORANG NAK DAPAT ELAUN TAMBAHAN DAH KORANG BISING.... ADA BORANG LEBEY TAK YEK,NAK MOHON LERRRR, LEH DAPAT DUIT SAMBIL BORAK-BORAK N JALAN-JALAN HE HE HE