Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 1, 2010

YESSS...!!!! LESEN DAH NAIK HARGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Lesen Memandu pulak yang dinaikkan oleh Kerajaan BN...nasib nasib...
Fomca Kesal Bayaran Lesen Memandu Dinaikkan


KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebarang kenaikan kadar bayaran bagi belajar memandu adalah tidak wajar walaupun berlaku penambahan kurikulum baru dalam sistem latihan memandu, kata Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Penasihatnya Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata jika kenaikan kadar bayaran dibenarkan, ia akan membebankan pengguna dan menggalakkan pihak sekolah memandu menaikkan harga sesuka hati mereka.

"Pengenalan kurikulum baru dalam sistem latihan memang perlu untuk memantapkan latihan dan pembelajaran di sekolah memandu, tapi tidak perlu sampai menaikkan harganya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan yang menjangka kadar bayaran bagi belajar memandu akan meningkat berikutan pengenalan kurikulum baru sistem latihan memandu yang mungkin akan dilaksanakan akhir tahun ini.

Mohd Hamdan berkata kadar bayaran tersebut seharusnya ditentukan oleh pasaran dan persaingan antara pihak sekolah memandu.

"Setakat ini belum ada sebarang kawalan harga oleh sekolah memandu, dan ianya ditentukan oleh pasaran, jadi biarkan pasaran yang menentukan.

"Kalau mahu naik harga sekalipun perlu diteliti sebaik mungkin oleh semua pihak yang berkaitan, bukan tiba-tiba naik harga," katanya.

Bernama


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

Anonymous said...

nasib baik aku dah ade lesen..itu pun 500 lebih hangus bro.. ahahahahaha

Unknown said...

hehe nasib baik aku pun dah hamek lesen kuikuikui... tu pun dah 1k++ huuu

Nerzhul said...

takde lesen kene saman. nak wat lesen mahal.

gorgondolamedusa said...

APNO ni akan menggunakan pelbagai cara utk mendapatkan duit...

nape ade lagi yg menyokong ApNo ni?

wa rase mungkin diorang cuba mengaut keuntungan dlm 2 tahun ni.

n pada PRU akan datang dorang akan kluarkan duit2 ni utk melobi pengundi.