Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, June 3, 2010

BERITA BAIK UNTUK UMAT ISLAM MALAYSIA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch...Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!!

KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan.

“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti yang disyorkan oleh Islam.

Sumber: Berita Harian Online 31/05/2010

Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!

Wajah-wajah comel si manja ini sering memberi keceriaan. Justeru, apabila banyak yang dibuang, fenomena ini amat menghiris perasaan. Pelbagai mekanisme disarankan untuk mengatasi gejala yang belum nampak surutnya. Kali ini, golongan ulama’ Islam telah menunjukkan taringnya....Setuju dengan penyelesaian “baby hatch” yang telah dilaksanakan di Barat. Inilah ‘fatwa’ yang telah mereka sepakati dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan umat Islam masa kini. Undang-undang Islam dikatakan HARUS untuk dilaksanakan dalam usaha mencegah dosa zina. Padahal, hukum Islam itu WAJIB dilaksanakan oleh umat Islam yang mengaku dirinya beriman kerana Allah Subhanahu wa Taala telah menegaskan bahawa:

"Dan tidak patut bagi laki-laki dan perempuan yang Muslim dan tidak (pula) bagi laki-laki dan perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata". [TMQ Al-Ahzab :36]

Undang-undang seperti mana lagi yang difikirkan 'ketat' untuk mencegah zina selain hukum syara’ iaitu Khithab as-Syar'i (seruan Allah sebagai pembuat hukum.) Islam telah menetapkan agar penzina dihukum rejam (bagi yang sudah berkahwin) ataupun sebat sebanyak 100 kali (bagi yang belum berkahwin). Firman Allah Subhanahu wa Taala:

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." [TMQ An-Nur (24): 2]

Hukum Islam yang lengkap telah jelas termaktub dalam Kitabulllah dan ditunjukkan melalui Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Tanggungjwab orang Islam hanyalah untuk melaksanakannya sahaja. Allah s.w.t berfiman:

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku”. [TMQ. adz-Dzariyat (51): 56]

Berkaitan dengan perbuatan zina, terdapat beberapa hukum syarak yang fungsinya bersifat mencegah dan menebus. Suruhan menutup aurat, menjaga pandangan mata, larangan bergaul bebas disyariatkan untuk mencegah daripada berlakunya dosa besar itu. Islam juga memperuntukan hukuman bagi pelaku zina yang mana dapat menebus dosa zinanya dan sekaligus melepaskannya daripada balasan azab di akhirat kelak. Walaubagaimanapun, taklif untuk menguatkuasakan hukum syarak dalam kehidupan umat Islam dan melaksanakan hukum hudud ini terbeban pada negara. Negaralah yang WAJIB melaksanakan kewajipannya untuk menjalankan hukum hudud dengan menyebat atau merejam penzina-penzina ini. Siapa lagi yang tidak akan gentar dengan hukuman ini?

Persoalan pokok yang seolah-olah tidak nampak jalan penyelesaiannya adalah apabila tokoh atau ulama’ Islam sendiri tidak mahu mengambil Islam sebagai penyelesaian yang Kaffah(menyeluruh). Mereka secara terang-terangan telah mengatakan bahawa dengan wujudnya baby hatch ini, dari satu sudut memang menggalakkan zina. Namun, mereka masih bersetuju dengan penyelesaian ini yang kononnya atas rasa belas kasihan pada bayi-bayi yang tidak bersalah itu. Sepatutnya mereka perlu rasa kasihan pada diri mereka sendiri kerana sesungguhnya merekalah orang yang zalim kerana tidak mengambil Islam sebagai cara hidup secara keseluruhan.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim." [TMQ Ash-Shaff (61):7]

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir/ zalim/fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):44/45/47].

Wahai para ulama!!

Hentikanlah angan-angan dan lupakanlah cita-cita kalian ini. Sedarlah bahawa sistem jahiliyyah hanya mampu melahirkan masyarakat jahiliyyah. Masa depan anak-anak zina ini tidak akan terjamin dengan sistem kehidupan yang rosak. Malah, lebih banyak lagi masalah yang akan timbul seperti persoalan nasab, pendidikan dan kebajikan mereka. Selagi akar Sekular tidak dicabut dan akar Islam Kaffah ditanam, cabang-cabang sosial yang rosak tidak akan berhenti daripada tumbuh dan membuatkan seluruh anggota masyarat merasai azab apabila membelakangi amaran Allah.

" Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20): 124].

Wallahua'lam - jebbat.blogspot.com



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

14 comments:

anakmuaallaf said...

SALAM,
LEPAIH NI KITA KENA PAKAT-PAKAT KUTIP BAYI YANG LAHIR TANPA BAPA.SETIAP 5KM MESTI ADA SATU KAUNTER PUSAT PENERIMAAN BAYI YANG DIBUANG.
STAF KAUNTER TU MESTILAH YANG CACAT PENGLIHATAN SUPAYA TIDAK MENGENALI SIAPA YANG HANTAR BAYI TERSEBUT..TUGASNYA HANYA TERIMA BAYI YANG DIHANTAR SAHAJA..

AzamDin said...

ahahahahaha..tak tau la...ulama tu tengok pada perspektif lain..tapi bagi aku la..bende ni tak leh pakai la..kite mesti nk hentikan maksiat..bukannye hentikan dosa selepas maksiat..

PAScacamarba said...

fahamkan bebetul,mmgla semua ulama nak menghentikan maksiat.Maksiat ni mmg dah ujud zaman berzaman kerana manusia tak sempurna.Sape yg nak mende ni,takde sapepun.tujuan ditubuhkan baby hatch ni utk menjaga bayi2 yg ditinggalkan ibubapa dan juga mereka yg suka buat anak haram pastu campak merata kerana bayi dan anak kecil itu tak berdosa.Dan satu lagi bukan tugas ulama sahaja tetapi tugas kita semua,bercakap dan bertindak,bukannya bercakap kosong semata.

UMNOTaik said...

mmg la..mana datang nye anak haram kalau bukan orng yang bezina??? apa lah...nama id pun mengutuk..cam bebagus lak.. blah la....kite nak buat sesuatu yg mnginsafkan bukannya bende yang melaratkan...

fahamkan bebetul..

gorgondolamedusa said...

cacamerba said;
"Dan satu lagi bukan tugas ulama sahaja tetapi tugas kita semua,bercakap dan bertindak,bukannya bercakap kosong semata."


hahaha...
kami menyokong hudud dijalankan di Malaysia. dah tentu2 ko pon xnak hudud dijalankan di malaysia kan? Allah tu yg jadikan kita, Dia dah bg undang2 utk kite ikut n jalankan, tapi manusia ni pk die lg pandai, tu die buat undang2 sendiri.

PAScacamarba said...

aik,kan nik aziz yg kata takde dalam perlembagaan PAS pun nak tubuh negara Islam dan DAP boleh tengok.INi bermakna PAS takde hati nak laksana hudud.Itu cuma TAKTIK nak raih undi je.ko tak caye,tanyala nik aziz.Takpun ko bacala perlembagaan PAS.

Anonymous said...

hmmm betul gak ckp ko,
so aku kene la sokong judi,
sokong tempat pembiakan anak haram, sokong blok minyak bagi ke brunei, sokong GST, sokong pemansuhan buggy car serta merta, sokong harga persona kat malaysia rm60k-kat arab rm32k, pijak kepala lembu,kapasolam xleh nyelam, kapatobang xleh terbang, sokong pembinaan reactor nuclear,
ok la aku sokong ko la,
I help u, u help me k.
waklu!
wahahahahaha...

PAScacamarba said...

aikk,dah baca ke lom?hahaha,hujah dangkal la ko ni..

"KO HARUS BERTAUBAT"

gorgondolamedusa said...

aku x sebut mane2 parti politik pon der...ape punye org la ko ni.
ko bace balek 10x komen aku sblom ni, plz... ni antara hukum Tuhan n manusia. bkn mane2 parti politik kat malaysia ni.

Anonymous said...

ya Allah sakit betul hati dengan penyelesaian yg x berkesudahan nie...rasanya dah penat kita bercakap ajer..jom buat sesuatu... cthnya , akhbar METRO yg paparkan terlalu melampau artikel2 psl zina nie...kita boikot metro....atau ape2 jer..

Nerzhul said...

perlus selesaikan puncanya dulu. hindari zina.

mahaza said...

Cerita fasal hukum..... mengabihkan boreh yo... sebab belum dfapat dilaksanakan jadi cerita fasal keadaan semasa.

Apabila diminta pendapat para ustaz dan alim ulama nih bagaimana jika ambil anak angkat anak zina - jawapan nya "TIDAK DIGALAKKAN" bermakna kalau boleh elakan kerana fitrah...... jadi kalau dah ramai sangat dan takde orang nak ambik anak-anak itu nanti kita serahkan pada ulama-ulama ini....

Setuju bagi mengelakkan bayi bayi ini dibuang... TAPI... apabila dah panik, dorang semua lebih takut hukum dunia.
Apa tindakan atau bantuan untuk ibu yang melahirkan? Tak jelas.... walaupun dah tentu mereka ini bersalah tiadakah langkah jelas bagaimana hendak dibimbing mereka ini?
Bagaimana pula sistem JPN bagi bayi-bayi ini apabila hendak didaftarkan?
Masih banyak punca pembuangan bayi bukan sekadar tiada tempat nak diletakkan.

wadud@duad said...

kalau aku tau sape pelaku dia, memang aku terajang sampai mampos, dah tau beromen dapat anak buang, bodo nak mampos, kat akhirat tau la korang.. barua sungguh.. harap je ada hati, tapi bagi babi makan..bangau betol..

Anonymous said...

jauhilah sikap saling mngutuk...
tanamkanlah sikap saling mengingati dgn kasih sayang...
Rasulullah membawa Islam utk mngangkat martabat manusia...
menyatukan ummah...
tidak kira manusia ini beza warna kulit,fahaman,pemikiran dan budaya..
jgn kita menjadi org yg memecahbelah ummah dgn pandangan dangkal kita..
jgn kita menjadi org yg tahu mengikut tapi tidak tahu pun apa yg sebenarnya...
membangkang bukan pembangkang..
mengikut bukan kerajaan...
tp tgurlah dgn keikhlasan..
kita xmau kita,mereka dan siapa2 menerima bala sedangkan kita tidak ikut serta..
kerna lautan tsunami itu tidak akan mengheret rumah pembangkamg..atau rumah kerajaan..malah,akan menghanyut segala yg ada...hanya mereka yg beriman akan diselamatkan..
engkau dan aku adalah sama..
Allah Tuhanmu dan Tuhanku...
kita berpaksi pada kalimah syahadah yg sama...
kita di bawah ajaran Rasul yg sama...
Rasulullah mengajar kita bagaimana caranya mencapai rasa kehambaan,keikhlasan dan kesabaran...
marilah kita sama2 menyucikan segala yg tidak betul..
bukan menuding jari..
tp bermula dr dlm diri...
dgn kelembutan,spt batu yg keras akan terbentuk lekuk kesan dr titisan air yg damai...
menitis..tidak ingkar titisan itu..