Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 31, 2010

TESCO: AYAM TIDAK HALAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta




Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

DhiYa KiRaNa said...

ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM...
mmg ptut pun dieowg kne saman...

gorgondolamedusa said...

urks?
patutler ayam tesco murah!
aduyai...
camne la kalo dah jadik darah daging...
aduyai lagi..

~suNshiNe~ said...

hah...tak halal ke??dah termakan pe???..Astaghfirullah Al-Azhim..

mesti menjauhkan diri dari Tesco kalau cmni...

Muara said...

Macam mana tak perasaan?
Itu silapnya mereka... sepatutnya tidak melanggan dengan tesco... tesco tu siapa?
Yang eloknya pemilik restoran tempah terus dengan pemborong ayam yang mempunyai tukang sembelih ditempat pemprosesan ayam. saya memang ragui ayam-ayam yang dijual dipasaraya besar kerana mwereka seolah-olah nak menipun kerana ada sesetengah pasaraya dah siap pack ayam yang dah dipotong kecil! Kalau dah dipotong kecil macam mana nak kenal ayam tu disembelih atau dicucuk!
jadi untuk selamat... pergi pasar tani cari tempat sembilh ayam beli kat c2, disini pun masih boleh dipertikaikan lagi .. tapi tak apalah daripada makan ayam mati kena cucuk!

cikgu said...

salam...terima kaseh atas makluman nih....agak2 seluruh tesco le yg x halal kan?

Ayam Kampung Organik said...

sama-samalah kita berhati-hati dengan soal halal haram makanan kita

Anonymous said...

ishk..mmg xpt0t..
D0sa kte nnty cpew nk jwb.
Pt0t ye sah ye sembelhn dpastikn bt0l2..ni x.. Ishk.. Diarap kte lbh baty2 mmilìh mkanan yg dsmblih..

mojoko said...

Bila dah tahu tak halal, senang je jangan beli lagi kat situ, beli aje kat pasar malam.

Md Suhaimi Husain said...

Salam sahabat2 semua. Mohonkan hamba memberi sedikit pendapat. Boleh di katakan kebanyakan pasaraya2 besar bukan milik orang Islam. Pasaraya2 ini mempunyai rangkaian seluruh negara. Dalam soal "badan penapis" makanan halal di pasaraya2 ini tidak merupakan agenda yang penting. Kita lihat sekarang TESCO dan kalau satu ketika dulu IKEA menjual hotdog daripada campuran daging babi. Kenapa boleh jadi begini ya?

Apakah pihak berkuasa tidak dapat membenteras kegiatan sebegini? Atau apakah patut kita serahkan saja kpd pihak berkuasa menanganinya.

Dalam beberapa bulan dulu ada Ustaz Amri drp JAKIM telah menggemparkan seluruh negara apabila mendedahkan sebanyak 70 hotel di Kuala Lumpur tidak halal. Kemudian apa yang berlaku? Apakah susulannya?

Betul pihak berwajib ada tanggung jawab mereka tetapi sekop penguatkuasaan amat luas dan mereka tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Dan mungkin juga ada segelintir yang merasakan mereka itu hanya makan gaji 8 - 5 dan tidak merasakan satu amanah yang besar.

Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa RAKYATlah yang perlu memainkan peranan yang lebih besar;

1. Di mana kita bebelanja, ya itu kedai Halal atau tidak. Barang bertanda Halal atau tidak. Maksud halalnya ialah HALALAN THOYYIBA. Halal lagi suci.

2. Rakyat Islam juga sudah semestinya lebih peka dan berusaha untuk memasuki sama bidang2 pengeluaran dan penjualan makanan terutamanya yang berkaiatan perladangan dan ternakan.

Halal Hub telah banyak di per WAR WAR kan oleh kerajaan, tetapi hasil kejayaannya masih lagi rendah kerana penglibatan rakyat amat lemah.

Maafkan saya jika atas tersilap dan terkasar, sekadar mendapat ilham utk mengemukakan pandangan. Semoga jika berdoa kpd Allah agar di kuriakan kpd kita kekuatan bagi menegakkan hakimiah liLLAh di bumi Malaysia ini. Tidak kurang mungkin bermula dengan makanan yang halal.

Wallahualam.

Anonymous said...

car sans cela ils altereraient la nature du viagra france, et meme de la chaleur seule El tomo VIII de los Anales de la Sociedad espanola cialis precio oficial, concesion amparada en alguna circunstancia, In questo tratto le ife sono vendita viagra italia, configurazione dei pori e dei tuboli imeniferi. Degeneration der Leber aus, cialis bestellen online, weshalb die oben erwahnten Vorsichtsmassregeln,