Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 4, 2010

KENYATAAN ADUN BN MEMALUKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

BALING – Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah mengenai kenyataan mereka yang terpaksa berhutang dianggap memalukan UMNO.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Baling, Saleh Yaakub yang juga bekas ADUN Bayu sebelum ini berkata, beliau kecewa dengan kenyataan ADUN berkenaan yang dianggapnya tidak berasas.

Menurutnya, ADUN sebagai wakil rakyat dalam membantu atau memudahkan rakyat melalui agensi kerajaan yang sedia ada seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Risda dan Keda.

“ADUN bukan bererti sumber kesenangan tetapi bertujuan membantu permasalahan rakyat dan mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk tujuan itu sehingga terpaksa berhutang.

“Tindakan mereka adalah satu pendedahan tidak berasas apatah lagi mengatakan peruntukan diberikan kepada ketua bahagian digunakan untuk berseronok,” katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin UMNO bahagian, mereka sepatutnya bekerjasama dengan ketua UMNO bahagian dan bukannya mencari kesalahan.

“Sebagai ahli jawatankuasa bahagian, kami sendiri tidak mendapat sebarang elaun, namun sentiasa menjalankan tugas dengan telus demi membantu rakyat.

“Jangan kita mengambil kesempatan kerana menyandang jawatan sebaliknya bekerjasama sebagai ahli UMNO untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Tiak, Wan Mahmood Ibrahim berkata, kenyataan mereka menunjukkan tidak ada ketelusan dalam menjalankan amanah rakyat sebaliknya menganggap itu sebagai satu beban kerana terpaksa mengeluarkan wang sendiri.

Menurutnya, jika mereka melakukan tugas dan menjalankannya mengikut saluran yang betul, tidak akan berlaku kejadian berhutang seperti yang dinyatakan.

“Jika tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ADUN, lebih baik kosongkan jawatan kerana masih ramai yang layak.

“Kenyataan mereka itu boleh menjatuhkan maruah UMNO dan mereka tidak bersedia berjuang demi rakyat,” katanya.

Semalam, kenyataan empat orang ADUN UMNO yang merungut kerana elaun bulanan tidak mencukupi dan tidak mendapat suntikan modal secara terus daripada UMNO pusat menyebabkan mereka terpaksa berhutang. sinar harian



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

2 comments:

Anonymous said...

SATU POSTING YG CUKUP MENARIK DARI BRO.TAHNIAH !

CUPING MERAH said...

pusing kiri atau kanan atau diterbalikkan umno tetap umno...

cara perangai tetap sama..