بسم الله الرحمن الرحيم
"Kecoh sekarang ini serangan dan kemunculan buaya-buaya sepanjang pantai Melaka dan Negeri Sembilan. Kisah dan kronologi kemunculan buaya ini pada pautan berikut BUAYA . Sungai yang terdapat banyak buaya berhampiran pantai Melaka dan Negeri Sembilan ialah Sungai Linggi. Sungai ini berada dalam Negeri Sembilan tetapi muara sungai ini berada di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.
Terdapat lebih daripada 3000 ekor buaya di Sungai Linggi ini. Tetapi tidak pernah kedengaran serangan buaya di Sungai Linggi ini sejak dari dahulu lagi. Kenapa ?
Buaya-buaya di Sungai Linggi ini adalah merupakan sahabat-sahabat kepada ulama-ulama di Negeri Sembilan, antaranya Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi dan Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa.
Apakah manusia sekarang ini telah memungkiri perjanjian yang dibuat dulu bersama keturunan buaya-buaya ini ? Apakah habitat buaya ini telah diceroboh dan diganggu ?
Tanyalah kepada cucu-cucu ulama ini yang masih hidup lagi, jika inginkan jawapannya.
***********************************
PERJANJIAN MANUSIA DAN BUAYA DI SUNGAI LINGGI ?
Ini hanyalah satu legenda lama. Pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi, Negeri Sembilan dikatakan ada membuat satu perjanjian."Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya-Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu," begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi seperti mana yang terjadi di sungai-sungai di negeri Sarawak.
Menurut Yaacob, data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan ia boleh diketahui dengan petanda 'di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.'
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0716&pub=utusan_malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm&arc=hive
MANAQIB TUAN SHAYKH MUHAMAD SAID AL-LINGGI
Al-marhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi ,seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.Allahyarham Tuan Shaykh Muhammad Sa merupakan seorang guru pengembang Tariqah Ahmadiah, bukan sahaja di negerinya (Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani, Singapura dan Kampuchea.
Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Sa merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun kerana mahu mandi juga, Allahyarham tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.
Cucu yang tertua dan terkehadapan pula adalah Tuan Shaykh Murtaza bin Shaykh Ahmad bekas Mufti Negara Kerajaan Negei Sembilan Darul Khusus.
http://www.ahmadiah-idrisiah.com/article1.php
TUAN GURU HAJI ALI
Tuan Guru ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Allahyarham dilahirkan dalam tahun 1926 di kampung ini. Ibunya bernama Jumah Binti Pawang Jali. Allahyarham Haji Ali mula berguru dengan Tuan Sheikh Ahmad Said Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930an. Dari Sheikh Ahmad inilah beliau mewarisi amalan tarekat Ahmadiah. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat.
Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Muridnya bernama Zamri Zakaria dan Haji Nizarfar Hamthan menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai.
http://lebaikampung.blogspot.com/2007/02/haji-ali-bin-haji-musa-1926-1998.html
- http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5384
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
insyaAllah
Post a Comment