Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 2, 2010

MALAYSIA KU MAJU DENGAN MAKSIAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lagi mayat bayi dipercayai berbangsa melayu yang baru dilahirkan ditinggalkan di bahu jalan di Jalan SS22/48, Damansara Jaya di sini hari ini.



Bayi lelaki malang itu ditemui oleh orang awam yang melalui jalan tersebut ketika pulang bekerja sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 6.15 petang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui ditinggalkan di bahu jalan.

Katanya, siasatan awal mendapati, bayi itu yang tidak dibalut dipercayai dilahirkan tidak lebih tiga jam sebelum ditinggalkan di kawasan itu.

“Terdapat kesan darah serta tali pusat pada mayat bayi berkenaan dan kita masih menunggu laporan bedah siasat jika terdapat kecederaan lain.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan jenayah itu merupakan mereka di kawasan berhampiran.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam ini.

Tambah Arjunaidi, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meneliti rekod di semua hospital swasta berhampiran bagi mencari petunjuk.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Damansara ditalian 03-77222222 bagi membantu siasatan.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

Nerzhul said...

kesian bayi tu tak berdosa pun. mungkin lahir dari dosa zina mak bapak beliau. bertaubatla wey. jangan dekati zina.

Ryan Valentine said...

masalah dlm negara tak selesai2..
ni kan pulak kat luar..
hurmmmm
~.~"

gorgondolamedusa said...

BINATANG!!!

Anonymous said...

kerajaan masih lg belum sedar. Patutnya anak2 remaja, melayu khususnya perlu didedahkan dengan kaedah berzina tanpa risiko mengandung.

lawak said...

dan ibu bapa digalakkan berceramah kepada orang lain kecuali anaknya,contohilah mahfuz omar,berceramah sehingga tak perasan pe anak dia buat,sampai dah terkantoi baru tepuk dahi,dan terus menyerang kerajaan kerana tidak menjaga anaknya semasa dia keluar berceramah,takde ceramah tak masyukk maa..