Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 4, 2010

MB ARAH SIASAT 16 PELAJAR HAMIL

بسم الله الرحمن الرحيم

16 Pelajar Hamil Anak Luar Nikah : Tak Payah Siasat..Guna Je Hukum Islam



Mat Said, tak payah siasat..baik cari jalan penyelesaiannya..jangan ikut cara Shahrizat Jalil..buat lagu kami prihatin, tapi sampai sekarang masalah buang bayi tak selesai..tak payah siasat, ambillah jalan penyelesaian yang telah dibuat oleh Pas pada 2001..laksanakanlah hukum hudud, insyaAllah masalah ini akan selesai..

MB arah siasat 16 pelajar hamil

MARANG – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan 16 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikatakan hamil anak luar nikah sepanjang setahun bermula tahun lalu.

Ahmad berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) yang mendedahkan perkara berkenaan.

"Kita perlu kaji terlebih dahulu sama ada angka itu betul atau tidak, saya akan arahkan Jabatan Pelajaran melakukan siasatan segera dan melaporkan kepada saya.

"Siapa pelajar terbabit, bagaimana latar belakang mereka, kita akan hubungi PIBG untuk mendapatkan penjelasan. Betul atau tidak angka 16 pelajar itu dan dari mana, kita kena lihat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian 852 unit e-Book kepada murid dan bantuan pakaian sekolah rendah Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Marang, semalam.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengatakan seramai 16 pelajar perem -puan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

Kes terbaru membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Ahad lalu dan laporan turut memetik dakwaan salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan yang memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anak April lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan mana-mana pihak tidak harus menyalahkan kerajaan, sebaliknya ibu bapa perlu bertanggungjawab memastikan kedudukan anak mereka setiap masa.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPNT, Razali Daud, ketika ditemui berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada PIBG atau sekolah terbabit berhubung perkara itu.

Bagaimanapun katanya, JPNT akan menjalankan siasatan terhadap sekolah berkenaan dan menganggap tuduhan tersebut sebagai amat serius.

"Kita akan siasat sama ada betul atau tidak betul, mungkin budak lepas sekolah. Semua boleh berlaku, tetapi kita perlukan masa," katanya. - tunhisyamuddin


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

gorgondolamedusa said...

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian 852 unit e-Book kepada murid dan bantuan pakaian sekolah rendah Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Marang, semalam.

~~~
bukan tahun lepas kate nak dihentikan pemberian e-book ni ke?
sebab pelajar skolah rendah simpan n berkongsi2 cerita blue dlm tu.
ntahla...

Gorgon Medusa 1383 said...

der, dah jumpa!!!
hahaha melayu mudah lupe..
melayu ApNo je yg lupe,
ape2 pon janji masyuk poket die sudah...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

haaa...kan wa dah ckp...mesti masyukkk punyeee...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Anonymous said...

saya sokong aper y dato mat said kater...n suh buat..xpyah nak skong sgat aper y sharizat jalil tuh..tah paper wat lagu kami prihatin tuh...menyampah jer...saya pon ta berkenan..stakat nak dpat namer..buat aper.tah paper...baik bnuh jer mak budak y mengandungtol...sbb dorang mcam nilah ramai anak y tak berdoser dlahirkan dan dmalukan...
bencinyer..
tah aper tah...
xpyah hduplah lau skadar nak wat pandai tpi tak pandai nak jge..sayer tak mrah pder y jantan tpi mrah pder betiner2 itu...wlaupun saya nih perempuan..saya bkan nak bakup jantan tpi lam stuasi camni y betiner pling salh...terlalu ikut hawa nafsu..tak kir ker mreke kat kluarge mreker mase dpan mreka?????astagfirullah!!!!!!!!!!!!!!!!