Anifah Ke Jordan Setelah Rakyat Malaysia Dibebaskan

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan pada Isnin ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra, kata seorang pembantu beliau kepada Bernama.
Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat malaysia itu.
Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.
Note: Lepas ni kelentong bahawa rakyat Malaysia tersebut dibebaskan dengan usaha Umno/BN
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
1 comments:
bukti?
Post a Comment