Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 4, 2010

UMNO PULAK PURA-PURA MARAH PADA SPR

بسم الله الرحمن الرحيم

SPR Sangkal Dakwaan Pindah Lebih 5,000 Pengundi Kawasan Permatang Pauh

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang hari ini menyangkal dakwaan yang menyatakan lebih 5,000 pengundi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh telah ditukarkan sebagai pemilih di kawasan lain.

Pengarahnya Morat Pora berkata sejak pilihan raya umum ke-12 hingga Mac lepas, hanya 360 pemilih kawasan itu yang telah bertukar kawasan kerana pertukaran alamat bermastautin.

"Dalam tempoh yang sama SPR telah memotong sebanyak 1,271 pemilih kerana meninggal dunia, dilucut hak warganegara, memasuki perkhidmatan polis atau tentera dan bersara daripada anggota polis atau tentera," katanya dalam satu kenyataan di sini.

SPR mengulas dakwaan Umno Bahagian Permatang Pauh bahawa lebih 5,000 pengundi Barisan Nasional yang berdaftar di kawasan itu telah ditukarkan sebagai pemilih di kawasan Parlimen lain tanpa pengetahuan mereka.

Morat berkata sepanjang tempoh yang sama jumlah pengundi di Permatang Pauh bertambah sebanyak 2,817 orang menjadikan jumlah keseluruhan 61,266 pemilih.

Bagaimanapun, Morat berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan mana-mana pihak yang dapat mengemukakan maklumat terperinci mengenai perpindahan pemilih yang dikatakan dirancang oleh pihak tertentu atau pegawai SPR itu.

Selasa lepas akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata kegiatan pemindahan pengundi itu disedari kira-kira dua minggu lepas apabila beberapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya membuat semakan daftar pemilih.

Abdul Jalil turut mendakwa terdapat kemungkinan kegiatan pemindahan pengundi itu dilakukan oleh pihak tertentu dan dibantu "orang dalam" bagi memastikan kawasan Parlimen Permatang Pauh terus dikuasai pembangkang. - BERNAMA


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: