Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 2, 2010

MENTERI PERDANA YANG BERMARUAH

بسم الله الرحمن الرحيم

PM Jepun Yukio Hatoyama letak jawatan



Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama meletakkan jawatan hari ini, kurang sembilan bulan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

Hatoyama, 62 yang menamatkan setengah abad penguasaan konservatif di Jepun, hujung Ogos lalu mengumumkan peletakan jawatannya itu dalam sidang khas Parlimen.
Jutawan dan berasal dari keluarga berpengaruh yang menerima jolokan "Keluarga Kennedy Jepun" itu meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Demokratik Jepun (DPJ).
"Saya akan meletakkan jawatan" katanya sambil menitis air mata.

“Pentadbiran kerajaan akan berjalan dan ia tidak memberi kesan terhadap sokongan yang diberikan orang awam," kata Hatoyama, yang hanya akan meninggalkan jawatan itu selepas penggantinya dipilih nanti.

DPJ dijangka mengundi untuk memilih ketua yang baru, Jumaat ini.

Menteri Kewangan, Naoto Kan, yang juga Timbalan Perdana Menteri, disebut-sebut sebagai pengganti Hatoyama. Spekulasi tersebar beberapa hari lalu bahawa Hatoyama akan berundur selepas menerima tekanan berikutan melakukan hubungan baik dengan Amerika Syarikat khususnya berhubung pertikaian isu pangkalan udara tentera marin Amerika Syarikat di Pulau Okinawa.

Sebelum itu beliau berjanji akan mengalihkan pangkalan itu bagi menamatkan kesulitan penduduk yang mengadu mengenai pencemaran serta kadar jenayah yang tinggi tetapi menukar fikiran selepas itu. BH

Note: Najib berani ke buat macam ni?



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: