Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 4, 2010

PEMANDU TEKSI PEROGOL BERSIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Polis buru pemandu teksi dipercayai perogol bersiri


AMPANG – Polis kini memburu seorang lagi suspek warga emas yang bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes rogol.

K:etua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pemandu teksi berusia 54 tahun itu merupakan perogol bersiri sejak Ogos lalu dan sekurang-kurangnya enam remaja telah menjadi mangsanya.

:Abdul Jalil berkata, suspek menggunakan taktik mempelawa mangsa terutamanya pelajar sekolah menaiki teksinya sebelum berpura-pura mengajak mangsa pulang ke rumahnya di Taman Muda kononnya untuk mengambil barangnya.

Terdahulu, dua pelajar berusia 15 tahun dan 16 tahun menjadi mangsanya dalam kes berasingan.

“Mangsa diajak pulang ke rumah dan ketika berada di rumah tersebut lelaki itu menggugutnya untuk membuka baju.

“Mangsa yang ketakutan terpaksa menuruti perintah suspek dan lelaki itu merakamkan gambarnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.

Abdul Jalil berkata, beliau percaya pemandu teksi itu dibantu oleh seorang lagi rakannya yang kini masih bebas.

Bagaimanapun, tembelang pemandu teksi itu pecah apabila salah seorang mangsa mengadu kepada kakaknya dan membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Hasil risikan polis, lelaki itu ditahan dihadapan Berjaya Times Square pada Isnin lalu jam 9 malam sewaktu sedang menunggu penumpang.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sinarharian


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: