Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, June 18, 2010

SELANGOR: PINJAMAN TANPA FAEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Selangor tawar pinjaman pendidikan tanpa faedah



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar di negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pinjaman itu diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dan melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pinjaman maksimum sehingga RM25,000 setiap seorang ditawarkan kepada mereka yang layak bagi kursus pengajian yang terpilih.

“Pinjaman itu akan secara automatik ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 ke atas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini
hari ini.

Abdul Khalid berkata maklumat lanjut bagi tawaran itu boleh didapati di laman web kerajaan negeri mulai esok.

“Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Ditanya sama ada tawaran pinjaman itu dibuat bertujuan mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di UNISEL, beliau berkata ia tiada kena mengena dengan isu itu kerana kerajaan negeri turut menawarkan pengajian di KUIS.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan program Hari Ilmu Selangor pada 26 Jun ini, bermula dengan pelancaran Gerakan Membaca Perdana bertempat di Tasik Shah Alam - BERNAMA



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

Anonymous said...

Itu yang sepatutnya semua kerajaan pr buat untuk rakyat moga2 pru13 akan datang kita akan tawan lebih banyak negeri lagi. Aminnn

Unknown said...

Salam,
1.Aku nak tanya...tak rasuah ke tu....

2.Kalau Pelajarpun semakin kurang dlm dunia pendidikan semakin mencabar...tu la taraf PKR di selangor...

3.Ubah woi...

vell paria said...

ha..ha..ha..ha..apa la lu mamat layar. bagi kemudahan kepada pelajar dan rakyat dikira rasuah ke? wakakakaka... kenapa.. kat selangor nak ada pilihanraya lagi ke? Jika ini dikira rasuah, jadi kerajaan x perlu buat apa2 untuk membantu rakyat la? x perlu menyediakan apa2 untuk rakyat la? bistu semua cukai yg kerajaan pungut tu nak masukkan dalam kocek rosmah semua ke? wakakakaka.. Habis tu kerajaan ni nak buat apa? Kalau ini dikira rasuah apa tugas kerajaan sebenarnya ? menghabiskan harta rakyat untuk berjoli jer ke? wakakakakaak...apa lagi layar pegi la report pada SPRM.. uiii.. rasuah tu... wakakakaka...

kalau mcm tu lu beramal kerana inginkan keredhaan dari Allah pun dikira rasuah la eh? sbb lu berbuat sesuatu kerana inginkan sesuatu.

Tolong..tolong... pembaca2 yang pro umno.. lihatlah apa yg dah umno ajar kepada hangpa semua sehingga begini bangang sahabat anda ini...wakakakakaka.. bebal sebebal bebalnya.. wakakakaka...

Boleh aku tengok muka hang tak? aku x dpt nak bayangkan mcmana muka bodoh hang ni. mesti bercermin mata, gemok, pendek dan berperut buncit. pastu umo mesti baru 20 tahun.. wakakakaaa.. puak2 umno ni mmg bangang.. aku nak tengok ada x org umno yg nak back up hang..

MamatBijak said...

Dah kera...jaan pun tak ada duit nak suruh rakyat belajar, itu yg malaysia terpaksa melahirkan rakyat yg budussss macam si layar ni...!! Baik bikin bangunan dari laburkan untuk jadikan rakyat pandai. kalau rakyat bodoh baru la mereka boleh sokong umno. Kalau dia pandai nanti confirm la dia tak mau sokong umno lagi. umno dengan budusss seperti isi dengan kuku. kah..kah..kah..kah

Anonymous said...

hahaha...
ni auta wal temberang,
cuti skolah dah nak abes,
minggu dpn start masuk skola,
aduyai...
setau aku jumlah yuran sekolah +pibg, +suwa, +macam2 pekejadah lagi makin naek ade la...
ade ke kat malaysia ni harga turun?
semua naik der...

Anonymous said...

uiks?
by BERNAMA?
paper ape?
kalo utusan melayau ke berita hairan ke mesti kolum cerita ni besar2 ibu jari, x pon kat area iklaneka.
wahahhhahahahhhahahahammlauuu.

Anonymous said...

alhamdulillah... aku student unikl miat.. dapat pinjaman mara..rm42k.. 1sen pn xpyh bayar.. kalu kn bayar pn mmg xde interest.. mara da berpuluh tahun bt cmni.baguslah kalau pr n bn berebut2 nk bt kebajikan... n kerje.. cume jgnla bg duit sane sini tp harapkan sokongan aku time kes dumc ye.. sori...