Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, June 17, 2010

PENDATANG TAK SOPAN

بسم الله الرحمن الرحيم


WARGA asing membanjiri kawasan pasar malam sekitar Senawang.
Penduduk risau keselamatan, terutama kanak-kanak


Oleh Mohd Amin Jalil


SENAWANG: Kebanjiran warga asing yang mendiami beberapa taman perumahan di sekitar bandar Senawang, mengundang rasa kurang selesa sebahagian besar penduduk di kawasan itu bukan saja dari segi keselamatan, malah dari gelagat mereka yang berpakaian tidak sopan.

Sekurang-kurangnya empat taman perumahan yang dikenal pasti paling ramai didiami warga asing iaitu Taman Desa Melor, Taman Tasik Jaya, Taman Senawang Jaya dan Taman Jasmin. Kebanyakannya dari Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Thailand.

Keadaan itu dipercayai berpunca akibat pertambahan pekerja asing di sektor perkilangan di sekitar itu.

Penduduk tambah bimbang apabila kumpulan pekerja asing terbabit keluar secara berkumpulan antara 10 hingga 15 orang pada setiap hujung minggu untuk bersiar-siar di bandar dan pekan Senawang.

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan perumahan dan pasar malam di Taman Senawang Jaya dan Taman Satria setiap Ahad dan Rabu mendapati ramai warga asing keluar secara berkumpulan untuk bersiar dan membeli barang keperluan.

Penduduk Taman Cempaka Senawang, Che Mahzom Man, 42, berkata dia mendapati bilangan pekerja asing yang mendiami kawasan itu kian bertambah setiap masa dan keadaan itu meresahkan penduduk sekitar.

"Rata-rata penduduk khuatir dengan keselamatan mereka terutama kanak-kanak perempuan berikutan beberapa kejadian tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan warga asing.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ditempatkan di situ oleh majikan dan sepatutnya diawasi majikan masing-masing,” katanya.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, berkata kehadiran ramai warga asing sememangnya merimaskan penduduk.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti tidak sihat sering berlaku yang dikaitkan dengan warga asing sekali gus menjejaskan ketenteraman penduduk.

"Pihak kami ada menerima beberapa laporan mengenai gelagat warga asing yang kurang sopan, termasuk mengganggu isteri atau gadis tempatan di khalayak ramai tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain.

"Kadangkala ada warga asing dengan selamba hanya memakai tuala tanpa baju berjalan-jalan di luar rumah hingga menimbulkan rasa kurang senang terutama di kalangan remaja perempuan dan isteri penduduk.

"Kita bukan berniat untuk memandang serong, tetapi kehadiran mereka dan ditambah pula dengan tindakan yang dilakukannya tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk beragama Islam, sememangnya merimaskan," katanya.

Mohd Fadil berkata, sebelum ini ada kejadian pekerja warga asing lelaki dan perempuan berkurung dalam bilik pada malam hari, yang dikesan anggota skim rondaan sukarela (SRS) selain kes mereka mengganggu wanita tempatan yang membeli-belah di pasar raya.

Malah, beliau berkata, ada juga pekerja asing itu yang tidak segan silu berpegang tangan antara lelaki dan perempuan sekali gus menimbulkan kebimbangan kanak-kanak akan terpengaruh melihat aksi memualkan.

"Kita berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah warga asing yang kian bertambah demi kepentingan dan keselamatan penduduk tempatan," katanya


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comments:

gorgondolamedusa said...

tringat dedulu kerajaan nak jalankan hukuman sebat kat pendatang asing ni.
hehehe tapi ape cite?
sonyap jo.
dorang xtau nak balek naik ape, serah diri kat balai, dapat balek pree...makan sume ditanggung kerajaan malaysia yg sgt2 baek hati.

patutnye cekup dorang2 ni kerah je jadi buruh kasar, baru la untung "sket" pd negara. jadi buruh kasar tanpa gaji selama 3 bulan ke, pastu anta la balek. hahaha gerenti x datang dah..