بسم الله الرحمن الرحيم
Khir Toyo Berbohong Lagi!!!!!!
Artikel Khir Toyo yang terbaru menyatakan:
” Ini jauh berbeza dengan zaman BN dahulu di mana kita hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian tetapi mampu mengutip sekitar RM 22 juta setahun.”
Izinkan saya bertanya Dato Khir: Siapakah yang Dato Khir hendak tipu?
Berikut adalah kesimpulan maklumat yang didapati dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) berkaitan pengumpulan royalti pasir dari tahun 2006 ke 20010 (Mei):
Saya cabar Khir Toyo menafikan maklumat di atas!!!
Sesungguhnya maklumat di atas diambil dari laporan PTGS yang telah dibentangkan kepada SELCAT sewaktu prosiding SELCAT berkaitan operasi KSSB baru-baru ini.
Khir sebenarnya yang perlu menjawab mengapa pengumpulan royalti pada zaman beliau memerintah amat rendah berbanding setelah Kerajaan Negeri mengambil alih pemerintahan. Hakikatnya, pengumpulan royalti JAUUHHH lebih tinggi di zaman Pakatan Rakyat berbanding zaman UMNO/Khir Toyo memerintah
BOHONG #2: ISU TALAM CORP
Khir menulis:
”11. Namun jika saudara/i masih ingat pada November 2009, Tan Sri Khalid mengumumkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang Talam daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 391.7 juta melalui pinjaman bank. Janji semasa round tripping tersebut untuk mengutip hutang dalam tempoh tiga bulan. Namun sehingga hari ini sudah hampir 8 bulan satu sen pun belum nampak lagi.
Mungkin Khir tertidur masa perbahasan dewan, tapi soalan yang sama pernah ditanya oleh Bushro Mat Johor sewaktu Persidangan DUN Selangor bulan April yang lepas:
“SHAH ALAM (April 14, 2010): The Selangor government has recovered the RM392 million that Talam Corporation Bhd owed various state subsidiaries, the State Assembly was told today.
In reply to Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras), Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok) said the state "crystalised" the debts – RM340.9 million in assets and land and RM51.12 million in cash -- via a debts restructuring mechanism.
"After some dispute as to the actual debt of Talam to the state subsidiaries, an amount of RM392 millions was agreed upon and an agreement signed by Talam and the various state subsidiaries to confirm the debts owed by Talam," he said.
Khalid said identifying the debts also empowered the state to acquire Talam’s land in the event it decided not pay the debts.
Secara mudahnya, Tan Sri dengan jelas mengatakan (pada bulan April 2010) bahawa hutang Talam Corp telah pun dijelaskan dalam bentuk tunai (RM51.12 juta) serta tanah dan asset (RM340.9 juta).
Sekiranya Talam tidak mahu menjelaskan hutang mereka dalam bentuk tunai, kerajaan negeri akan mengambil tanah atau asset mereka sebagai balasan.
Mungkin Khir Toyo tidur agaknya sewaktu Bushro Mat Johor bertanya soalan ini dalam persidangan DUN bulan April 2010.
ZAMAN KHIR TOYO APASAL TAK KUTIP HUTANG DARI TALAM?
Sesungguhnya Khir Toyo wajib menjelaskan mengapa hutang Talam Corp tidak dipungut oleh beliau sewaktu beliau menjadi MB Selangor? Selama 10 tahun hutang Talam Corp ini tidak diendahkan walau sedikit pun oleh KErajaan UMNO/BN pimpinan Khir Toyo. Kenapa sekarang nak buat bising bila ada orang lain yang hendak mengutip hutang tersebut?
Kalau Khir kata ada unsur korupsi, silakan buat laporan pada SPRM. Apa susah?
Samalah macam isu kecurian pasir. Zaman Khir memerintah dahulu, apa yang Khir buat untuk menghalang kejadian kecurian pasir? Boleh tolong bagitau kepada rakyat Selangor.
Pengalaman saya duduk di Indonesia ni, orang Jawa rata-rata nya lurus dan amat jujur walaupun mereka miskin dan merempat. Khir Toyo ni orang Jawa pertama yang saya jumpa yang kuat membelit dan kuat berbohong. Apa punya Jawa si Khir ni, saya pun tak tahu .
Tulang Besi
Isu pasir: K'jaan S'gor jawab Khir Toyo
Jun 13, 10 12:47pm
Kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa ganjaran RM5,000 yang diberikan kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu kerajaan negeri membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.
Oleh itu tidak timbul persoalan ketidakpercayaan kepada pejabat daerah yang mempunyai peranan utama dalam membanteras rasuah, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, ini kerana ganjaran ini adalah untuk menggalakkan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), ketua kampung membantu pejabat daerah dalam menangani kecurian pasir di tempat mereka.
"Sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tawaran ganjaran ini dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya tidak faham bagaimana ketua pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo boleh membuat tafsiran bahawa ganjaran adalah kerana kerajaan negeri mengambil sikap “lepas tangan' dalam membanteras curi pasir serta tiada kepercayaan kepada pejabat daerah.
"Kritikan-kritikan beliau menunjukkan ketua pembangkang ini tidak memahami proses pentadbiran perlombongan pasir – baik yang dahulu atau yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas Mac 2008.
"Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah dan Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu," katanya.
Di samping itu, Nik Nazmi menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), tiada kuasa mengeluarkan lesen.
Sebaliknya, kata beliau, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada KSSB yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor kerja melombong mengikut lesen yang dikeluarkan.
"KSSB juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada kerajaan negeri," katanya sambil menambah, yang jelas, kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama.
"Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah “lepas tangan” dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir sehinggakan banyak syarikat atau kontraktor yang tidak membuat pengisytiharan yang benar (under-declare) sehingga mengakibatkan negeri ini kehilangan royalty bernilai ratusan ribu ringgit," kata Nik Nazmi.
Menurunya, kerajaan terdahulu juga tidak pernah membuat apa-apa usaha dalam untuk membanteras jenayah curi pasir sehinggalah keadaan menjadi teruk pada masa kini.
"Dr Khir Toyo tidak pernah memanfaatkan potensi industri pasir di Selangor. Adalah tidak masuk akal apabila beliau tiba-tiba memperjuangkan isu ini sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk meningkatkan sistem ketika beliau mentadbir Selangor.
"Kerajaan negeri komited untuk membanteras jenayah curi pasir dan berharap rakyat terus memberi sokongan kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas Nik Nazmi.
Bolehkah Kerajaan Negeri Dipercayai Lagi?
1. Saya terkejut apabila YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa beliau baru mengetahui mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor. Isu ini sepatutnya sudah disiasat sejak tahun lalu lagi. Seingat saya dalam blog ini juga telah berkali-kali membangkitkan isu pasir ini. ADUN BN juga telah beberapa kali membangkitkan isu ini dalam sidang DUN sejak awal 2009 lagi.
2. Kita mempertikaikan mengapa begitu banyak tanah kerajaan dan tanah persendirian dibenarkan menjalani kegiatan perlombongan pasir tetapi hasil hanya sekitar RM 4 juta setahun. Ini jauh berbeza dengan zaman BN dahulu di mana kita hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian tetapi mampu mengutip sekitar RM 22 juta setahun.
3. Yang paling saya kesalkan ialah bagaimana ketidakseragaman matlamat kerajaan negeri dalam isu ini. YAB Menteri Besar dalam ucapannya sempena sambutan Hari Keputeraan Tuanku menyatakan kerajaan negeri mensasarkan pendapatan sekitar RM 150 juta setahun dari industri perlombongan pasir ini.
4. Dalam sesi pendengaran SELCAT pula kita mendengar keterangan Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)melalui Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor, yang menyatakan unjuran KKSB ialah sebanyak RM 127 juta setahun. Namun kedua-dua angka ini disanggah oleh Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed yang menyatakan unjuran KKSB hanyalah RM 31 juta setahun.
5. Jika unjuran pegawai bertanggung jawab terhadap industri ini tidak diterima oleh Lembaga Pengarah KKSB dan juga Menteri Besar, maka kita mahu tahu siapa pula yang membantu Menteri Besar membuat unjuran sehingga jumlahnya menjadi berkali berkali ganda.
6. Apakah YAB Menteri Besar dengan sengaja berbohong kepada Tuanku apabila menyatakan sasaran pendapatan bagi perlombongan pasir ialah RM 150 - 200 juta setahun?
7. Satu lagi isu yang sangat serius dibangkitkan ialah Kenyataan YAB Menteri Besar pada 21 April 2010. Tan Sri Khalid antara lain mendakwa KKSB mencatatkan keuntungan kira-kira RM 20 juta sepanjang tahun 2009.
8. Namun dalam sesi pendengaran SELCAT semalam, Ramli memberitahu bahawa keuntungan KSSB sebelum cukai pada 2009 ialah RM10 juta dan setelah ditolak cukai, syarikat itu memperoleh RM8 juta sahaja. Saya tidak fikir seorang pegawai yang membuat kenyataan berdasarkan penyata akaun syarikat akan menipu atau mempunyai sebab untuk menipu.
9. Sebelum ini kita juga dihadapkan oleh satu pembohongan kerajaan negeri mengenai kutipan hutang Talam. Tan Sri Khalid mengumumkan kerajaan negeri mengutip RM 50 juta dari Talam namun langsung tidak bukti jelas berlaku transaksi kewangan dari Talam kepada kerajaan negeri.
10. Kemudiannya Kerajaan negeri menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Talam bagi bayaran hutang kepada kerajaan negeri Selangor sebanyak RM 241.4 juta.
Talam Corp, a Malaysian property developer, said it signed an agreement to repay debts of RM241.4 million owing to the Selangor state government. Talam will sell its properties to help settle the debts, the company said in a statement today. The shares of Talam jumped the most in more than four months after the agreement. The stock surged 17 per cent to 13.5 sen at 2:36 pm local time in Kuala Lumpur trading, set for the steepest gain since November 2. -- Bloomberg 15/03/2010
11. Namun jika saudara/i masih ingat pada November 2009, Tan Sri Khalid mengumumkan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang Talam daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 391.7 juta melalui pinjaman bank. Janji semasa round tripping tersebut untuk mengutip hutang dalam tempoh tiga bulan. Namun sehingga hari ini sudah hampir 8 bulan satu sen pun belum nampak lagi.
12. Saya khuatir jika kerajaan negeri terus berbohong kepada umum, maka suatu hari nanti orang ramai dan para peniaga tidak lagi mempercayai sebarang kenyataan YAB Menteri Besar dan para EXCOnya.
13. Lebih membimbangkan ialah kita tertanya-tanya apakah segala jawapan dan laporan yang dikeluarkan dalam Sidang DUN merupakan satu fakta dan angka yang sahih atau direka-reka? Sejauh manakah benarnya kenyataan-kenyataan kerajaan negeri hari ini?
14. Pemalsuan angka-angka ini merupakan satu isu serius kerana ia memberi gambaran palsu mengenai keadaan negeri dan menjejaskan kredebiliti kerajaan negeri Selangor yang sukar dipulihkan dalam masa terdekat terutamanya kepada pelabur asing.
15. Saya juga khuatir akan terjadi seperti mana peribahasa melayu, "siakap senohong, gelama ikan duri, sikap suka berbohong, lama-lama jadi pencuri". - malaysiawaves
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment