Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 14, 2010

PENGKHIANAT UMAT ISLAM PURA-PURA TIDAK TAHU

بسم الله الرحمن الرحيم

12 aktivis ke Gaza wira negara: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan 12 sukarelawan negara yang melalui pengalaman ngeri diserang dan ditahan tentera Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai wira negara.

Perdana Menteri yang bersyukur semua mereka selamat pulang, berkata kejadian itu akan termaktub dalam sejarah negara kerana menandakan pembabitan Malaysia dan rakyatnya secara sukarela untuk membantu rakyat Palestin. “Nanti akan tertulis bahawa kumpulan 12 orang ini, sebagai orang biasa yang bersatu dalam satu kumpulan yang memiliki kesedaran dan keinsafan serta sanggup bersabung nyawa untuk rakyat Palestin. “Mereka ini boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pihak yang menggerakkan kesedaran dunia untuk mengutuk kezaliman Israel,” katanya berucap pada majlis meraikan kepulangan 12 sukarelawan itu di kediamannya di Langgak Duta di sini, pagi semalam.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bersarapan pagi bersama sukarelawan itu dan ahli keluarga mereka.

Perdana Menteri menganggap kejadian menimpa 12 rakyat Malaysia itu bukan saja menyayat hati, malah membuka mata rakyat dan dunia terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin yang sebelum ini hanya diketahui menerusi media.

“Pembunuhan sembilan rakyat Turki dari jarak dekat adalah bukti kezaliman Israel,” katanya. Najib mengakui beliau boleh membayangkan tekanan perasaan dialami 12 sukarelawan negara kerana tidak tahu apakah nasib mereka selepas diserang dan ditahan di Penjara Be’er Sheva, selain perasaan isteri, anak dan ahli keluarga mereka.

“Yang pasti, Malaysia tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan dengan mencetuskan kesedaran dunia untuk terus mengutuk Israel.

“Malaysia akan tetap menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Palestin,” katanya ketika ditemu bual TV3 pada majlis sama.

Sementara itu, Rosmah mengambil inisiatif mengumpul dana sebanyak RM16,250 (US$5,000) seorang untuk disumbangkan kepada keluarga sembilan sukarelawan Turki terbabit. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika mengumumkan usaha diterajui Rosmah, berkata dana yang dikumpulkan itu akan diserahkan melalui Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin dan Wisma Putra untuk disampaikan kepada keluarga terbabit. - Sumber: Berita Harian 07/06/10

Siapa Pula Pengkhianat Umat Islam?

12 sukarelawan yang menyertai misi kemanusian ke Gaza dianggap sebagai wira negara oleh Najib namun gelaran itu tidak mampu untuk menutup bau busuk pengkhianatan yang dilakukan oleh para pemimpin sekular umat Islam hari ini yang masih lagi tidak menggerakkan para tentera yang berada di bawah kekuasaannya untuk berjihad melawan Israel. Dunia sudah menyaksikan bagaimana kejam dan zalimnya Israel yang tanpa berperikemanusiaan telah membunuh aktivis bantuan misi kemanusian baru-baru ini. Hakikatnya para pengkhianat di kalangan para pemimpin sekular umat Islam hari ini masih lagi terus memasung dan memandulkan tentera-tentera umat Islam yang jutaan jumlahnya. Faktanya, para tentera umat Islam yang berjuta ini keluar hanya untuk memenuhi jadual tahunan mereka – berbaris untuk pertunjukan pada hari kemerdekaan dan perarakan hari ulangtahun tentera yang disambut setiap tahun. Jika ada misi bantuan keluar negara pun para tentera kaum muslimin ini hanyalah bergerak di bawah naungan PBB, sebuah pertubuhan kufur yang telah terbukti gagal dan akan terus gagal dalam menyelesaikan masalah umat Islam.

Wahai Najib! Apa ertinya kamu menyambut dan meraikan ”wira-wira negara” yang terselamat itu jika dalam masa yang sama kamu masih bersekongkol dengan para pemimpin sekular yang mengkhianati umat Islam dengan membiarkan umat Islam dibunuh di mana-mana sahaja saat ini oleh musuh-musuh Islam tanpa kamu pernah berusaha untuk menggerakkan tentera umat Islam berjihad fi sabilillah. Apakah kamu tidak memahami firman Allah SWT ini?: ”Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [TMQ At-Taubah (9) : 14]. Amat malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin sekular mereka masih lagi tidak berani mengisytiharkan jihad fi sabilillah untuk menghapuskan Israel dari peta dunia ini. Para pemimpin ini masih lagi tersipu-sipu, hanya sekadar melafazkan kutukan dan kecaman semata-mata dan semua ini tidak akan pernah dipedulikan oleh Yahudi laknatullah.

-- jebbat.blogspot.com



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

Anonymous said...

Salam.

Bai...ko tau tak APCO secara mendalam? Dah tau operasi apco? Dah tau sapa di sebalik APCO? Dah tau sejarah APCO?

Sebelum nak bebel panjang,aku harap,ko tau dulu apa beza YAHUDI dan ZIONIS.

Kalau ko nak tentang yahudi,tak payah pakai Windows..tak payah pakai internet,tak payah pakai komputer yang ada intel.

Bezakan dulu APCO yahudi dan Pertubuhan Zionis yang dianggotai Anwar.

Banyakkan membaca sahabat.Jangan sampai kamu nampak bodoh.

Ya..aku stuju,umno memang bermasalah.Tapi tanya diri kamu sndiri,apa sumbangan pembangkang kat negara ni?

DAP? Parti anak beranak?
PKR? Parti anak bini?
PAS? Parti anak menantu?

Sedarlah..umno tgh lingkup...penyokong pas jadi balaci.ada demo ke apa..penyokong pas la baring tengah jalan,mana cina dap? mana india? ada ka takda?

Sapa dok buat untung? Cina-cina la.Dok bermusuh tak habis..

Sedar la..

Anakkedah007 said...

jadi tak sedaq2 lagi penyokong UMNO..
apa kata mai kita kuatkan PAS dengan memberi sokongan tak berbelah bahagi supaya MELAYU dan ISLAM berada diatas landasan yg betul...

nak harapkan UMNO... kita org MELAYU & ISLAM dah bagi kuasa selama 54tahun namun sekarang mereka dah akui tahun 2019 akan bangrap...

jadi mari semua kita yg MELAYU & ISLAM kasi kuatkan PAS.. supa yg cina-cina tadi tak boleh sua kepala...

amacam ada berani...

zan P O P said...

teruslah berjuang kawan,"sesungguhnya orang kafir itu tidak akan senang sebelum kita mengikuti mereka"....Allahu Akbar !

vell paria said...

Untuk anon 11:33AM

Bila org kata umno tu bebal hang marah. kalau aku kata hang tu bebal hang pun marah. bila aku kata pencacai umno ni x sekolah lagi la hang naik hangin...

Aku dah naik lemas dah setiap kali melawat mana2 blog dan berbagai penerangan dah diberikan namun masih ada soalan dan manusia sebodoh hang ni. xper la kerana hang tu mmg bodoh aku terpanggil untuk menjawab soalan hang.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

vell paria said...

Satu lagi ayat bangang yg senak perut aku rasa nak terberak bila membacanya... "Kalau ko nak tentang yahudi,tak payah pakai Windows..tak payah pakai internet,tak payah pakai komputer yang ada intel".

Aku jawab pendek je la eh.. hang baca sejarah rasulullah tak? tahu apa itu ghanimah x? xper la... aku terangkan sikit kerana ini adalah ilmu. walau terkadang dalam hati ini berkata 'masih ada lagi org umno bodoh mcm ni'... ha..ha..ha..ha..

Bila kemenangan dicapai dalam setiap perperangan rasulullah bersama sahabat menentang kafir laknatullah, beliau akan membawa segala harta rampasan perang (ghanimah). Di antaranya termasuklah bahan makanan, keperluan semasa dan senjata. Buat pengetahuan hang yg bebal ni.. Rasulullah x pernah buang ganimah ni dalam longkang. Makanan yg halal dibahagi2kan untuk dimakan bersama. Bahan keperluan asas dibahagi2kan untuk digunakan. Senjata digunakan semula untuk berperang dgn kafir. Sedangkan ghanimah ni semuanya buatan yahudi lanatullah ni jugak.

Yang org maksudkan sebagai contohnya makanan.. kenapa nak kayakan Mcdonal dan semua makanan keluaran yahudi yg antara sahamnya di faraidkan untuk membantu israel membunuh umat islam di palastin tu, sedangkan kita boleh makan ayam goreng kat rumah? termasuklah dengan segala bentuk makanan serta bahan keperluan lain yg ada pilihan buat kita umat islam. Bila aku kata org umno ni cetek pemikiran nanti hang marah plak.. tp hang pk la sendiri..

Aku pun ingat xnak guna microsoft ataupun intel. Tapi masalahnya belum keluar lagi produk "big mama word", "windows rosmah" dan "najib core 2 duo"... atau aku yg ketinggalan zaman kerana mungkin sekarang ni dah ada prosessor keluaran umno yang bernama "hang umno i3, hang umno i5 dan hang umno i7"... aku rasa mmg xder kan.. cuma setahu aku kat melaka tu bukan cuma ada 5 "hang" jer.. sebenarnya jika mengikut sejarah, melaka ada 6 "hang".

1, Hang Tuah
2. Hang Jebat
3. Hang Kasturi
4. Hang Lekir
5. Hang lekiu
6. Hang Bodoh.... wakakakakaa... hang la tu... kah..kah..kah..kah...

Najwa.H said...
This comment has been removed by the author.
PAScacamarba said...

vell tu bengap,tak faham sesen apa,org kata ko faham ke beza yahudi dengan zionis,bodohla ko ni.Ko sebut 3 orang yang bekerja,yang lain2?ko jangan spin la vell,nama ko pun dat putar belit.Tu la orang kata ko bangang ko panas tapi mmg bangang.ko skandal ngan Anwar n nik aziz,ko tau ke ICG tu apa mangkuk..?
payah nak cakap ngan orang macam ko yg dah beku otak dek taksub pastu bangang pulak tu.

vell paria said...

ooo itu macam ka? 3 org yg bekerja tu siapa? barangkali tukang sapu sampah jer kan.. hahaha.. so betul jugak kata pascacamarba kan.. nak buat apa kaitkan si yahudi 3 ekor dalam upco ni kan sedangkan dia hanya sebagai tukang sapu sampah jer.. hahahaha..

DAh nama pun bodoh.. nak buat mcmana.. soalan aku bagi kat hang tu ari pun hang x jawab sampai hari ni.. bodoh la tu.. hahaha