بسم الله الرحمن الرحيم
Kerajaan Tiada Duit untuk Biasiswa, tetapi ada Duit Membina Istana dan Bangunan Parlimen.
Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui bahawa kerajaan tidak mempunyai keupayaan bagi membiayai pengajian para pelajar yang bijak yang semakin ramai dinegara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata rakyat perlu menerima hakikat ini walaupun ianya merupakan satu keputusan yang tidak disenangi ramai.
"Kita harus mengatakan yang sebenarnya. Kita tidak mampu menanggungnya. Sama seperti bagaimana ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke luar negeri untuk melanjutkan pengajian mereka, kerajaan kini tidak mampu menanggungnya.
"Kita tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan yang membolehkan kita untuk menghantar setiap pelajar cemerlang ke luar negeri," katanya lagi.
Nazri, yang adalah menteri yang bertanggung jawab terhadap Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) , beliau menjelaskan keputusan cabinet yang telah membatalkan 1,500 tawaran Biasiswa yang telah ditawarkan kepada para pelajar yang akan mengambil Sarjana di Luar Negeri.
Dia menegaskan kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit untuk menyediakan biasiswa pada setiap tahun dan kini tidak lagi mampu untuk menyediakannya kerana semakin ramai pelajar yang cemerlang. – The Malaysian Insider
Itu kata Nazri Aziz, katanya kerajaan kini tidak lagi mampu untuk menyediakan biasiswa bagi membiayai pelajar yang cemerlang untuk menyambung pelajaran keluar negeri.
Kalau Kerajaan sendiri sudah tidak mampu menyediakan biasiswa untuk menyambung para pelajar yang cemerlang menyambung pelajaran keluar negeri, kepada siapa lagi Ibu Bapa hendak berharap?
Biasiswa diperlukan oleh para pelajar yang bijak kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyara kos pengajian mereka, dan bagi ibu bapa yang mampu mereka tidak memerlukan biasiswa untuk membiayai pengajian anak mereka.
Nampaknya anak-anak yang ibu bapanya terdiri dari orang yang miskin akan terus berada didalam kepompong kemiskinan kerana mereka tidak mampu untuk membiayai pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi, bagi mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi.Sesuai dengan cita-cita Najib untuk menjadikan negara ini Negara berpendapatan Tinggi dalam masa yang sama harga barang juga tinggi..
Kasihan anak bangsaku..
Kerajaan tidak lagi mampu untuk membiayai Biasiswa mereka untuk meneruskan pengajian.. tetapi cuba baca berita dibawah..
Kos bina Istana Negara baru naik sekali ganda
June 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.
Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).
“Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus. – Berita penuh baca di SINI
Dan juga sila baca berita ini
Parlimen pindah ke Putrajaya, kos RM800 juta
June 09, 2010
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
berita penuh sila baca di SINI
Nampaknya kerajaan Barisan Nasional lebih mementingkan untuk membina Istana dan juga Bangunan Parlimen yang baru sedangkan untuk menjadikan Negara ini maju kita memerlukan lebih ramai cerdik pandai yang memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
Mereka lebih mementingkan membina Istana dan Bangunan Parlimen yang baru yang sudah tentunya menjanjikan komisyen buat kroni mereka dari memberikan biasiswa buat anak Bangsa Malaysia..
Mereka lebih pentingkan komisyen buat kroni dari melahirkan pelajar yang cemerlang yang akan memimpin Malaysia di masa hadapan..
Bila agaknya Kerajaan Barisan Nasional ini akan sedar bahawa Istana yang baru dan Bangunan Parlimen yang baru itu tidak akan membawa kita kemana..
tetapi.. BEHIND EVERY GREAT NATION THERE IS A GREAT PEOPLE... - darisungaiderhaka
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
pilih lah BanggaNg lagi di PRU 13 nanti,,,,,,,,, !!!!
buta...buta betul..
My latest post:Superhero sejak lahir
Jika kerajaan tidak mahu melabur lagi dalam pendidikan, apakah kita dapat melihat sebuah negara berpendapatan tinggi yang dihiasi dgn inovasi dan kreativiti....apakah usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama itu cuma satu retorik dan gimik sahaja jika kerajaan lebih mengutamakan pembinaan istana dan parlimen?
bayangkan berapa budak sekolah yang boleh ditaja dengan rm 1.6 bilion itu untuk mengurangkan nisbah doktor-pesakit di negara ini? untuk menambah bilangan teknokrat yang inovatif dan dinamik???
setuju dgn pernyataan terakhir itu, Behind every great nation, there is a great people....tq
lagi menyedihkan bro...IPTA bagi subsidi sebelum ni kat pelajar asing yg belajar ke IPTA kita...
Salam Tuan
Depa nak buat mcm Hitler di suatu masa dulu yg ambik bayi-bayi, jaga dan train dari kecik supaya setia padanya.
Dlm kontek ini pulak, depa takut kalau diberikan biasiswa, anak2 muda Malaysia akan belajar pandai dan mampu berfikir tentang pelbagai bidang terutama yang melibatkan masa depan.
Ini merupakan ancaman kepada kerjaya poliTAIK mereka yang hanya mengharapkan undi dari org yg tak der akai nak pikiaq atau otak dok kat lutut.
Lagi pun depa bimbang, kesinambungan ahli keluarga di dalam menjawat jawatan di dalam parti akan terjejas sebab depa rasa parti tu harta pusaka mereka. Depa nak gadai tanah susah mcm mana depa gadai blok minyak, Pulau Batu Putih, tanah KTM di Spore dan yg terbaru Air Base Sg Besi. Kg Baru pun dekat2 nak tergadai jugak.
Kesimpulannya, kita tidak memerlukan bangunan parlimen yang baru sebaliknya kita memerlukan KERAjaan yang baru pada PRU-13 nanti.
Kah kah kah!!!...
kalu semua org pandai sape lagi nak sokong Be End?
memang, depa memang menyusahkan. macam aku, bukan main susah nak dapatkan loan untuk buat master-esok-esok aku malas nak belajar kang, baru sampai offer maca-macam! ermmmm,... duit nak bagi scholar takde, loan pun takde, abih duit untuk ehem-ehem boleh pulak?
Hal tak penting, byk je nk bazir...
Hal penting sayang duit...
Beli ape smpai berjuta2 duit abes nk renovate...
terlebih pandai menjadikan otak terlebih bodoh,sepertimana jika laut itu terlebih garam,maka ia akan jadi tepu,sebab tu la yg rasa pandai tu macam siapa tu?gondol?gerondol? ceritanya bukan main hebat tapi habuk pun tarak heheh
mamatbijak..
ko ckp pasal diri ko kan..
wakakakakkakakakakakaa
Post a Comment