Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 1, 2010

KUAT SANGAT PUSING AKHIRNYA TERBELIT DIRI SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu Pasir: Manickavasagam Terperangkap Sendiri.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Shah Alam esok.

"Saya benar-benar berada dalam dilema. Mana satu saya hendak pergi?," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan saya jika saya membocorkan rahsia, saya akan ditangkap. Seksyen 29 Akta SPRM menyebut saya boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Kalau saya tidak pergi Selcat saya boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau dikenakan hukuman denda RM5,000," terang beliau.

Manikavasagam sepatutnya memberi penerangan kepada Selcat, esok, berhubung isu pendedahan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mike berkata, jika beliau tidak pergi ke Selcat orang ramai akan menganggapnya sebagai penakut.

Ujarnya, "saya tidak takut, saya tidak gentar. Tetapi kedua-dua akta dalam SPRM dan Selcat menyebabkan saya berada dalam dilema dan serba salah. Tengoklah…saya masih berbincang dengan peguam saya."

Bulan lalu, Mike membuat pendedahan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat pasir milik kerajaan negeri Selangor itu. -FMT

Ulasan GB

Akhirnya YB Manickavasagam terperangkap sendiri.

Beliau yang membuat heboh terlebih dahulu isu berkenaan sekalipun kita memang sangat bersetuju isu pasir itu dibongkar. Namun kaedah Mike yang menyerang MB Selangor secara terbuka adalah satu langkah bebal seorang YB PR.

Jika ianya tidak dihebohkan dan dilapor terus kepada Kerajaan Negeri, maka Mike hanya bertanggungjawab mendedahkan maklumat yang ada padanya kepada SELCAT, tanpa perlu campurtangan SPRM yang umum mengetahui SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN yang digunakan sepenuhnya untuk merampas Selangor dari PR.

Mike beritahu kami semua sekarang, aduan PR yang manakan SPRM pernah ambil tindakan secara serius? Mike lupakah isu Khir Toyo yang dipendam sekian lama? Mike lupakan isu Teoh Beng Hock yang kini tak habis lagi proses inkues dijalankan dan Mike hendak disoal sampai pagikah di bangunan SPRM nanti supaya nasib Teoh Beng Hock menimpa Mike pula? Tak cukupkah dengan peringatan dari samseng-samseng pasir yang telah menyimbah cat merah keatas kereta dan rumah Mike? Sudahkah polis menangkap mereka? Silap gaya Mike yang ditangkap nanti di atas tuduhan yang direka-reka kerana dikatakan ada parang ditemui di dalam kereta kamu.

Apabila kami menyatakan ianya tak perlu dihebohkan bukan bererti kami menyokong penyangak pasir berkenaan, tetapi dengan cara Mike menghebohkannya, pihak lawan boleh memanipulasikan kes berkenaan untuk menunjukkan kononnya PR lemah dan terlibat di dalm isu berkenaan sedangkan hasrat Mike adalah baik, untuk mendedahkan isu pasir yang sebenarnya telah belarutan semenjak zaman BN menguasai Selangor lagi.

Kini, anda yang terperangkap. Cari penyakit sendiri kerana anda memang perlu belajar lagi untuk berpolitik secara matang dan bergerak serta bekerja sebagai satu pasukan. Isu Pasir: Manickavasagam Terperangkap Sendiri.

Kini, anda yang terperangkap. Cari penyakit sendiri kerana anda memang perlu belajar lagi untuk berpolitik secara matang dan bergerak serta bekerja sebagai satu pasukan. - greenboc

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

CUPING MERAH said...

klau dah tk takut tak gentar pergi ajelah...

Anonymous said...

ada satu cara jer kalau xnak kena tindakan. Silakan join geng katak. Persatuan Katak Semalaysia.

Ceritanya akan jadi begini....

- Walaupun Manickavasagam melompat dari PKR kepada BEBAS yang menyokong BN, beliau tetap akan di siasat oleh SPRM untuk membuktikan bahawa SPRM itu telus dan tidak berpihak kepada mana2 parti.

- Namun setelah selesai penyisatan akhirnya apa yg dituduh oleh manickayasagam kepada kerajaan selangor adalah benar belaka.

- Diupahnya seekor dua kambing hitam untuk membuktikan bahawa ini adalah benar.

- Akhirnya jadilah si keling ni seperti osman jailu dan jamaluddin radzi. mula2 dituduh rasuah. masuk jer umno terus jadi didapati tidak bersalah.

- Masak sgt dah aku dgn politik umngok ni.. Sekian

mahaza said...
This comment has been removed by the author.
mahaza said...

Aku pernah tulis entri fasal mulut-mulut yb PR. tak tahu lah pantang nampak microphone ker pantang nampak casette recorder ker atau kalau takde jugak mesti nak buat press conference bantai sesama sendiri walhal bincang sesama sendiri bukan tak boleh. Kalau dah bincang takde action bolehlah tunjuk bukti sekali, ni dok cerita hu ha sana sini macam tak tahu bn dok seronok cari peluang. Sib baik Hasan Ali dah kena gam mulut ... kot???