Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 16, 2010

KALAU KU TAHU BEGINI JADINYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan RM20Juta sebabnya.. Ini Kisahnya Kenapa Keshvinder Singh melompat..



Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..

Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.

Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.

Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.

Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.

Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.

Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.

Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya resit pelanggannya.

Keshvinder bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya , Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“ Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang kelmarin”

Kulasegaran juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket DAP. - Anaksungaiderhaka

Kisah ini telah diperolehi dari SINI



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

Anonymous said...

kebenarannya adakah pasti benar dan menyampaikan kebenaran yang tak pasti .tidakkah satu yang sia sia..
berhati hati menyampaikan pesan

Anonymous said...

kebenarannya adakah pasti benar dan menyampaikan kebenaran yang tak pasti .tidakkah satu yang sia sia..
berhati hati menyampaikan pesan

Anonymous said...

ianya politik..
spt biasa..UMNO disalahkan atau mastermind.
Spt biasa..UMNO nafikan, dan kabor calon trsebut buat keputusan yg bijak.

Dan jika lompat ke PR lak..
spt biasa..UMNO sonyap je.
spt biasa..PAS/PKR/DAP akan berkata calon tu telah buat keputusan yg bijak.

Asasnya..demokrasi ma!!

MamatBijak said...

itulah kerja PR,bila tak menyebelahi dia,banyakla cerita2 dongeng yg didendangkan,nak buat camane,dengan cara ni ceramah2 akan mendapat sambutan dan tabung2 penuh,pehhh,kencing tapi duit masyukk