Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 15, 2010

BERJALAN DIJULANG BERJUANG DITENDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

SESIAPA yang gilakan kepada anugerah, pangkat dan penghormatan datanglah ke negara ini. Begitu juga sesiapa yang mahukan sesuatu yang tidak mungkin diperolehi di negara lain datanglah ke negara ini.

Masyarakat negara ini sangat baik hati dan mudah menerima budi dan juga memberi budi kepada sesiapa saja. Kerajaan juga begitu. Apakah sikap ini berlaku kerana demikian pembawaan sikap dan fiil orang Melayu? Mudah memberi dan mudah berterima kasih walaupun atas sesuatu perkara yang remeh saja.

Ia juga mungkin ada kaitan dengan nilai-nilai ketimuran yang menjadi amalan masyarakat (khasnya Melayu) negara ini.

Tengok saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pihak menganugerahkan pingat, gelaran dan sebagainya kepada seseorang sebagai menandakan ketinggian budi penghormatan kepada sesiapa saja.

Kadang kala kerana terlalu murah itu menjadikan anugerah itu tidak ada nilai atau pun nilainya tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan seseorang.

Perhatikan sahaja, bagaimana menjelang hari lahir raja atau sultan, berpuluh orang dinobatkan sebagai penerima anugerah membawa gelaran datuk. Mereka yang dianugerhakan gelaran itu kadang-kadang tidak tahu apakah jasa dan pengorbanannya. Apakah pengorbanan kepada raja atau sultan bukannya kepada negara dan orang ramai? Ada juga yang diberi anugerah semasa dalam perut lagi!

Keadaan ini sehingga menjadikan lambakan datuk. Kalau kita masuk ke pasar dan kebetulan berjumpa dengan seorang bergelar datuk yang menemani isteri mudanya membeli asam, masa menyapanya, "Datuk..." akan berpuluh muka akan berpaling ke arah kita. Semua yang berpaling itu adalah datuk. Ini menunjukkan si datuk ini ada di mana-mana saja.

Anugerah datuk itu adalah anugerah terbesar dan hebat dan menjadikan seseorang berpresij. Anugerah dan gelaran-gelaran lain usahlah peduli lagi. Penganugerahan dan penobatannya berlaku setiap lima minit sekali. Semalam bekas PM, Abdullah Badawi telah mengalungkan selimpang 1 Malaysia kepada tiga orang tokoh di Kepala Batas. Saya lihat betapa hapraknya Abdullah dalam hal ini kerana beliau mengalungkan selimpang 1 Malaysia bukannya selendang Islam Hadhari. Patutlah baru orang gertak dia sudah berundur jadi PM.

Itu 12 orang sukarelawan yang menyertai flotilla kemanusiaan ke Gaza, telah dianugerahkan sebagai Wira Gaza oleh pihak tertentu. Tiap mereka dinobatkan sebagai Wira Gaza di atas pemergian mereka yang tidak kesampaian itu.

Semalam di Perak, kawan saya, Shamsul Akmal Musa Kamal yang ikut sama dalam misi itu dan berada di atas kapal Rachel Corrie disambut sebagai wira Gaza. Satu majlis menyambut kepulangan beliau ke kampug asalnya diadakan. Beliau dipakaikan tengkolok sebagai simbol kewiraannya. Bagi orang Melayu kalau pakai tengkolok itu kira beranilah. (Walhal si kitol, Patih Karmawijaya dan si antogonis lain juga pakai tengkolok). Sebab itu dalam majlis-majlis berunsur Melayu hostnya dikenakan tengkolol walaupun setengahnya perangai lebih teruk dari Yahudi.

Saya bukan dengki dalam hal ini. Anugerahlah dan berilah sejuta gelaran kepada mereka tidak mengapa. Jangan bagi duit sudahlah. Nik Abdul Aziz Nik Mat pun semalam semasa menggulung perbahasan di Muktamar Pas menyarankan supaya kita memanggil orang dengan panggil yang lunak dan baik. Itu Islam suruh.

Tetapi dalam bak memberi anugerah dan menyanjung tinggi kepada sukarelawan itu dikira kurang wajar. Apalah sangat perjuangan 12 orang yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke Gaza itu. Apakah ciri-ciri kewiraan mereka yang boleh kita kagum dan bangga-banggakan. Apakah mereka pergi untuk berperang dengan Israel? Pemergian mereka itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pejuang hak asasi dan NGO kemanusiaan di mana-mana saja.

Kejadian penawanan kapal Mirmara dan Rachel Corrie yang mereka naiki itu kebetulan saja. Mereka tidak pun fikir yang mereka akan dikepong dan ditawan oleh komando Isreal laknatullah itu. Mereka ditahan kerana dianggap mencerohi perairan Israel. Itu saja. Mereka pergi sebagai sukarelawan yang tidak sesiapa menyuruhnya. Saya yakin kalau mereka tahu yang mereka akan dikepong dan nyawa terancam mereka tidak akan pergi! Semasa pemergian mereka dulu tidak dihantar sebagai wira perang oleh rakyat negara ini pun.

Sudahlah begitu, flotilla kemanusiaan yang mereka hendak sampaikan tidak kesampaian pun. Rakyat Gaza tidak pun menerima sebutir beras dan sebiji penadol yang mereka layarkan. Entah ke mana peralatan, makanan, perubatan dan sebagai yang mereka bawa itu. Jadi adalah anih kalau mereka dinobat dan diarak, diusung bagaikan si bocah nak disunatkan sebagai wira Gaza hanya kerana mereka disekat oleh Israel.

Kerana itu penobatan mereka sebagai wira Gaza, memakai tengkolok dan entah apa-apa itu sudah berlebih-lebihan dan tidak sepatutnya. Kita merainkan sesuatu yang tidak menepati keadaanya. Justeru ia lebih kepada gimik saja. Televisyen pula sama siap buat telecast dan kepulangan mereka disambut bekas Perdan Menteri (yang suka mencari publisiti) dan juga Timbalan Perdana Menteri. Tidak cukup itu mereka dipanggil menjadi panel di tv dan radio.

Jika dibandingkan dengan kepulangan para pendaki gunung Everest dulu, jauh para pendaki itu lebih tepat untuk digelarkan sebagai wira. Mereka berjaya mendaki gunung sambil mencatat sejarah buat negara ini. Tetapi kepulangan mereka tidaklah disambut demikian rupa dan mereka tidak pun digelar sebagai raja gunung dan sebagainya. Walhal usaha mereka meletakkan negara di peta dunia itu juga satu usaha mencabar maut. Sayangnya rakyat dan kerajaan tidak begitu nampak akan kelebihan dilakukan pendaki ini berbanding misi kemanusiaan itu.

Makanya saya melihat ada muslihat politik disebalik raian berlebihan kepulangan sukarelwan yang tewas itu. Ada semacam usaha Umno hendak menunjukkan yang mereka bersimpati dengan Palestin. Benarkah begitu? Ia boleh dipersoalkan. Kalau benar Umno bersimpati dengan nasib Palestin mereka harus melakukan tindakan ke atas Israel termasuk menggunakan kuasa menerusi kerajaan bagi menindasnya bukan sekadar turut merayakan sukarelwan yang gagal menyampai misi bantuan itu. Tindakan utama dan pertama sekali ialah membatal kontrak bernilai RM77 juta dengan Apco syarikat yang ada kepentingan Zionis itu dan membekukan segala misi dagangan dengan Israel.

Iya saya benar confius apa yang dilakukan itu sama ada menepati keadaan atau pun sebaliknya. Betapa tidak sukarelwan itu pergi bersendirian, gagal menyampaikan bantuan tetapi kita menerimanya sebagai wira pula. Kalaulah begitu setiap apa saja misi yang gagal dilakukan rakyat negara ini boleh dianggap wira.

Membandingkan tugas sukarelwan itu dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang ikut berperang melawan Amerika sebagai Mujhidin di Afghanistan satu masa lalu rasanya mereka lebih wajar dianggap sebagai wira bangsa kerana setengah mereka ada yang terbunuh kerana mempertahankan Islam di Afghanistan dari ganyangan Amerika dan Zionis. Malang sebaliknya mereka yang ke Afghan itu bila balik dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Makanya duhai rakyat Malaysia nilailah sesuatu apa yang hendak kamu lakukan jangan meletakkan raja plastik atas singgahsana dan berbuat sesuatu yang hakiki dan bukannya yang munafik! - detikdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

24 comments:

terry bogart said...

he3..klakar baca ur entry.. semoga niat ko jelas..

bkaitan isu Wira Gaza.. mereka dijulang oleh pemimpin, bukn mereka yg mintak..

target diorg daptkn publisity semata2 utk sedarkn org yg hatinya mati agar sedar.. (xtau la tmasuk yg blogger @ x)..hu3

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan Empunya Blog

Memang betui bagai dikata. Baling duit seduit dari atas Menara Petronas, gerenti kena kefala hotak dan lutut Dato'. Bersepah-sepah dan berlambak seramai Boyan dan Bangla di 1Malaysia ni.

Apa jasa pada negara pun kita tak tau, hidup baru setahun jagung tetiba dapat anugerah. Biasanya, dekat-dekat nak besday Sultan, akan kluarlah borang pencalonan terutama di kalangan parti poliTAIK. Masing2 berebut mencalonkan diri sendiri. Bila tak direkomen, mulalah melenting kononnya ketua bagi kat kroni saja. Trend sekarang, sesiapa yg huloq byk fulus pada org kuat poliTAIK, gerenti dapat pangkat.

Panjat gunung dapat dato. Berenang dlm selat dapat dato. Jaga mat rempit dapat dato.

Padahal anggota tentera yang sanggup menggadai nyawa bagi negara aman, depa buat tak tau saja.

Aku tak mau dapat dato tapi kalau dapat datin, yg tu aku mau terutama yg bergetah bukan macam suami najib




Kah kah kah!!!...

gorgondolamedusa said...

melayu mudah lupe,

dilupa jangan pada SHAH RUKH KHAN,
yg menjulang nama negara di persada dunia...

wahahahaha...
budusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Anonymous said...

sedara caca,
awak ni x menjawab soklan2 di topic2 tersebut. pastu nak buat kecoh tempat laen. tolong jgn jadi cam anjing, pi menyalak sane sini. pandai ko lari ek, pastu senyap 2-3hari muncul balek.camni punye org pon ade ke? org tanye laen ko jawab laen.

topic
1)Tersalah Bawa Kunci Kondominium?
2)LUCU DAN PELIK (saifool)
3)Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch...Wahai Ulama, Selamatkan Umat Ini Daripada Kemurkaan Allah!!!

-ingin jawapan dari cacamerba

PAScacamarba said...

Aku bukan xnak jawab.. dah ko kata aku ni anjing.. mcm mana aku nak jawab. anjing mana tau menaip. ha..ha..ha

Anonymous said...

aku ckp "TOLONG JGN JADI MCM ANJING", bukan aku ckp ko anjing.
ape2pon jawapan masih belum diterima.
TQ.

Salimah Alias said...

maaf yer..jika niat anda benar nk menyedarkan orang dan ingin mngajak orang kepada kebaikan..
perbanyakkanlah ilmu dan smpaikan la ilmu yang betul kepada orang lain..
supaya kite2 sume x same2 sesat dan salah..

bukan ape..saye mlihat post anda ini ada sesetengah isu x berdasarkan fakta dan rujukan yg betul.malah tuduhan yg x berasas plak yg kuar...

so..jgn main ckp je..study dulu..

vell paria said...

Alo samiah gumuk.. sonang ajo.. kita org ni org PR. org PR ni jgn berani2 buat silap. sobab kalau solap sikit media kami akan dikenakan tindakan. termasuklah berhadapan tindakan penutupan premis. Tapi media pro BN siapa yg nak ambil tindakan? Maksudnya jika ada diantara media kami yg dikatakan fitnah, aku minta hang tu perihatin sikit.. tolong buat report pada polis dan silalah katakan ianya fitnah. hang jgn dok jadi mcm PM hang tu. org buat tuduhan kat dia, dia just nafikan dalam media jer. tp x berani nak buat report.. sbb takut terlibat dalam siasatan. sbb takut kantoi..

Woi samiah gumuk.. Otak Allah bagi tu untuk berfikir.. bukan untuk letak kat perut hang yg buncit tu. tu sobab otak hang tu benak. Hang tu yg bodo... dah la gumuk bodoh plak tu.. ada hati nak tegur org.. hang tu tengok la diri hang dalam cermin tu dulu.. hang rasa hang dah kompom masuk syurga ke? tengok muka pun dah tau hang ni kaki layan blue film.. hang xyah dok nafikan laa... tercarap...!!!! x boleh blah...!!!

Anonymous said...

ha..ha..ha..ha..alahai cik salimah gamal budusnya kamu. muka macam org tua dah. macam dah umo 47 tahun. rupanya baru 20. Badan macam guni beras. sexy youuuuu... ha..ha..ha..ha..



"bukan ape..saye mlihat post anda ini ada sesetengah isu x berdasarkan fakta dan rujukan yg betul.malah tuduhan yg x berasas plak yg kuar...

so..jgn main ckp je..study dulu.."


so apa fakta dan rujukan yang betul? fakta dan rujukan dari siapa? dari kerajaan ke? kamu berak tepi jalan kamu nak mengaku ke? kamu ni dah habis study ke?

kamu mmg budus...!!! kah..kah..kah..kah...

nabila said...

assalamualaikum..
saya merupakan pelajar tahun tiga jurusan perubatan di universiti Hassanuddin Indonesia.
saya merupakan salah seorang agen yg melancarkan kempen LL4G di tempat saya belajar.
Dan saya telah membaca post saudara yg menyentuh isu LL4G di Malaysia. Alhamdulillah, saudara agak sensitif dengan isu2 domestik dan tidak tertipu dengan tipu helah golongan yg cuba mencari publisiti di atas usaha dan penat lelah pihak lain.
Saya bagi pihak LL4G, cuma ingin memberikan masukan dan pendapat.
Selama satu bulan ini, saya ada menjalankan usaha, seperti berkempen dan menyebarkan informasi melalui pelbagai media. Dan hasrat saya jelas. yaitu mahu menyebarkan informasi seluas-luasnya. Saya mahu informasi yg saya bawa sampai ke setiap telinga dan hati manusia.
Berbalik pada LL4G di Malaysia, saya setuju dengan saudara yg mengatakan pihak kerajaan cuba mencari publisiti di atas usaha2 NGO tersebut. Tp, percayalah "publisiti" yg mereka mahu adalah bersifat sementara. Yang terpenting bg agen2 LL4G, adalah informasi yg ingin mereka sampaikan. Kerana mereka percaya informasi itu mampu memberikan kesedaran, dan kesedaran mampu merubah menusia secara global.
saya tahu yang saudara juga mahu menyedarkan org lain supaya jangan mudah terpedaya dengan apa yg mereka lihat. cuma pendapat saya dalam hal ini, tidak adil jika mahu mengatakan bahawa wira2 yg ke gaza itu 'gagal'. Kerana mereka telah berhabis daya utk mencuba. malah sanggup menggadaikan nyawa (blh jadi mereka turut terkorban dalam serangan itu), cuma Allah menduga mereka supaya mereka bersabar.

isu Palestin adalah isu ummat.Bukanlah susah bagi Allah untuk memberikan kemenangan buat Palestin. Tp Allah tangguhkan kemenangan itu sehingga seluruh umat Islam berpartisipasi dalam usaha membebaskan palestin.

Dan wira2 Gaza akan terus menyebarkan informasi melalui pelbagai media, dan kita haruslah mendukung usaha itu. semoga pada akhirnya, seluruh manusia akan sama2 menundukkan kekejaman rejim zionis Israel terhadap umat Islam di Gaza.

saya hanya memberikan pendapat, segala kebaikan datang dari Allah, dan segala yg buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Dan saya mohon ampun dari Allah.
semoga ada yg bermanfaat.
Wallahualam..

BUJANG SUSAH said...

Alhamdulillah.. terima kasih saudara. Inilah jua apa yg ingin saya sampaikan. Bukan berkenaan berjaya atau tidaknya misi itu.

isu gaza isu kita umat islam. kerajaan sepatutnya bertindak awal.. kerajaan sepatutnya yang menghantar rakyat malaysia untuk membantu saudara islam kita disana.. bukan sekadar menjulang mereka yg sebelum ini tiada siapa yg peduli pun.. pernahkah selama ini kerajaan ambik peduli? berapa banyakkah bantuan dari segi kewangan atau kemanusiaan yg kerajaan malaysia telah salurkan untuk gaza? tiada... kerajaan x pernah peduli itu semua.. tapi mengapa kini kerajaan beria benar menjulang mereka sebagai wira?

Mudahnya... jika kerajaan benar2 ikhlas.. umumkan pada rakyat dan sediakan dana serta kemudahan untuk rakyat yg sukarela ingin pergi ke gaza untuk bantuan kemanusiaan sekarang...

Adakah ianya terjadi sekarang..? ianya tidak akan berlaku selagi umno memerintah malaysia. Malah kapal2 israel semakin banyak berlabuh di pelabuhan2 malaysia.. wallahualam.

Anonymous said...

salam,
malaysia merdeka baru 53 tahun,
israel menjajah palestin dah dekat 60 tahun.
cerita ni aku dengar dari tadika (20++ tahun dulu) lagi, time tu tadika di bawah Arqam, n mase tu pon Arqam je yg beria2 anti Israel, n tuptap2, Arqam plak kena banned dgn kera.jaan. mungkin konspirasi kera.jaan utk menjatuhtan Arqam, sebagaimana mereka mnjatuhkan Anwar, etc. n aku percaya mereka2 ni sgt takut akan gerakan Arqam yg menguasai bidang pendidikan, perniagaan, etc. n Arqam gak time tu menguasai perniagaan di dlm n luar negara. jika arqam itu sesat, mungkin hanya segelintir shj yg taksub, tidak semuanya.
so kesimpulan yg dapat aku buat, segala ape yg dpt menjatuhkan periuk nasi org2 Be End ni, mereka akan patahkan dulu, sebagaimana isu palestine ni, sekadar hangat2 taik babi je utk meraih undi rakyat. jika mereka benar2 memusuhi Israel, maka segala sekutukutu Israel termasuk amerika semua akan mereka ketepikan, contohnya undang2, menggunakan undang2 manusia. kewangan-menggunakan USD n tidak menggunakan tukaran mengikut dinar emas (spt Madey cadangkan), perniagaan- membenarkan syarikat2 yahudi berleluasa di Malaysia.
jgn sekadar cakap je la wahai Najis oi...action speaks louder than word.

negara2 Islam perlu bersatu menentang Israel! kami sbg umat Islam inginkan Syahid!

terry bogart said...

saya xkisah saudara bujang senang mempunyai pndapat berlainan coz semua manusia boleh fikir

tapi saya minta jasa baik saudara bujang senang mengawal comment yg dihantar ke blog saudara bujang senang ..(maknanya mana2 yg berbaur lucah/perkauman/cacian) perlulah di tapis..

sebab sekiranya tidak ditapis, ia mencerminkan saudara seorng hipokrit sebab kat bahagian tepi letak link2 ke tempat "baik" n kat atsa letak ayat al-quran..

xkan la dah letak gambar pejuang Hizbullah tapi perlu saya nak ajar apa hukumnya..

BUJANG SUSAH said...

Terima kasih atas pandangan saudara terry.

Entri dan layout atas pihak kami tetapi komen adalah atas pihak pembaca. Saya akan lebih berasa sebagai hipokrit jika menapis segala komen-komen pembaca.

firman Allah Ta’ala:

وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَإِنْ تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَى حِمْلِهَا لاَ يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلاَةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ.

“Dan orang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu, tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azdab Tuhanya (sekalipun) mereka tidak melihatNya. Dan barang siapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan untuk dirinya sendiri. Dan kepada Allah lah kembali(mu)”.[QS. Fatir 18]

وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى.

“Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatanya (dosanya) kembali kepada dirinya sendiri; dan seseorang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.[QS. al-Anam 164.]


وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى.

“Dan orang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.[QS. Al-Fatir :18]

Wallahualam.
Sekian terima kasih.

Admin.

Anonymous said...

jangnlah buat malu hamas, kerana adanya org macam anda..
jangnlah buat malu PR dgn adanya org macam anda..

saya pyokong kuat PR, terutamanya PAS.malu ada orng macam anda.
tidak berfikiran tajam.
cakap tidak serupa bikin. cakap tanpa fakta.

malu la..malu la.dan malu la.

vell paria said...

Anon ni mesti si tukimin ni... wakakakaka...

Jangan buat malu islam kerana ada org seperti hang tukiman... wakakaka...

aku pun org kuat umno yang mengaku perjuangkan islam. aku malu jadi org kuat umno.. aku pun malu jugak jadi org islam kerana ada seorang perdana menteri yang mengaku islam tapi menghalalkan judi.. wakakaka.. bini tak tau pakai tudung.. wakakaka.. memang islam suruh buat mcm tu ke? aku ni org kuat umno.. tp umno ni memang babi..!!! wakakaka.. amacam anon tukiman ? ok tak..? wakakakaka..

nak tau aku ni org umno atau x klik la pada nama aku sekaligus datang melawat blog aku... wakakakakaa... ok tukiman.. gua chow dulu.. wakakaka.. hang letak muka hang tu kat celah jamban bik mama lagi baik..wakakakka... budusss...!!!!

PAScacamarba said...

salam
,
ada sorang anon tu nak suruh aku jawap,tapi soalan mmg tahap bebudak,kalo dijawap pun bukannya faham atau nak memahamkan,dah bebal,payah tul bebudak camni termasukla si vell.lantak ko la bebudak,ko nak hanyutke nak tenggelam ke ngan ketaksuban ko,terpulang..

wassalam

vell paria said...

Wakakaka...jawapan org budus mmg la mcm tu ...wakakaka... sudah la pascacamarba mangkok.. aku dah kata berkali2.. kalau hang rasa hang cukup fakta, aku cabar hang berdebat.. hang pilihlah sapa2 finalist dari pihak hang.. hang bawak najib pun ok.. dia kan pemimpin terulung hang kan. xder hal punya.. Masa, hari, tempat serta isu.. puak hang tentukan. Kami punya syarat satu jer.. debat ini mesti disiarkan secara live. Amacam.. ada bran..?

Aku ni rakyat biasa jer tp aku boleh pastikan jika puak hang berani perkara akan jadi.

Hang jangan bagi jawapan yg sama setiap kali hang komen. jangan sekadar kata malas nak layan. jgn sekadar kata mcm tu mcm ni. kalau betul hang rasa hang dipihak yg benar, mestilah hang berani kan. Aku nak tengok ada x pemimpin hang yg berani. Kalau x, hanya satu je yg boleh aku katakan..

Puak hang ni mmg pandai...!!! pandai bercakap jer laa...cakap x serupa bikin..!! hanya berani berkata di media jer. sbb bercakap sorang2.. xder sape yg nak persoalkan.

Aku cabar hang...!!!

PAScacamarba said...

yang pandai bercakap bukan ke ko vell,cakap ko tu bukannya fakta,ko je yg perasan,dari dulu korang ni dah dicap suka berdebat suka berkokok pastu hulur tin mintak derma,bab kerja satu hapah pun takde,anak kena masuk pemulihan tak tau,yg tau bawak lari anak orang,pukul n tunjal bini bila tak dapat barang,pastu taksub ngan ubat2 kuat,yang ni mmg fakta,orang macam ni pun ada:)

hilmi razak said...

buat pengetahuan encik, mereka telah siap menulis wasiat untuk mereka untuk persiapan mereka jika mereka tidak pulang.

itu anda katakan mereka tidak akan pergi jika mereka tahu perkara ini akan berlaku.?

pelajar medik yang berumur 19tahun yang mati syhaeed diatas kapa mavi marmara tersebut, ayahnya berkata, anakku itu telah meminta izin daripadaku dan berkata, jika saya panjang umur, saya akan pulag, jika umur tidak panjang ini salam yang terakhir. beliau juga sanggup melupakan paperiksaan akhirnya sebagai pelajar medik di USA.

cakaplah dengan fakta. maaf diatas teguran, jika tidak selesa, boleh delete.

Anonymous said...

asalamualaikum.. err.. blog org pr mmg camni ek.. kenape ape yg disampaikan ade yg mmburuk2 kan pihak lain ye..

cara myampaikan tidak puas hati anda tidak mnunjukkan sahsiah islam anda la..


knape perlu keluarkan kenyataan mmburukkan pihak yg pergi ke gaza tu.. anda bkata seolah2 insan2 yg pergi ke gaza tu
tidak ikhlas kesana..

kalau anda kata kerajaan yg nak cari populariti tu nape kaitkan dgn mereka..
bukankah anda sedang menfitnah mereka.. siasat la dulu sape mereka..

sy tak kate PR satu ptubuhan yg salah.. sy tgok PR ni org atas2 die mcm anwar n yg pemimpin2nye ok je..
tp anda jgn lah pandang serong pada ptubuhan2 lain2...

jika PR ade matlamat mereka nak selamatkan negara...

ptubuhan lain pon ade jugak matlamat mereka.. kalau PR tak puashati ngn kerajaan, dgn kerajaan sudahlah.. tak payah nak buruk2 kan pihak lain..

anda yakin pjuangan PR
kan? yg ptubuhan lain tu ade perkara yg mereka nak smpaikan sendiri pada masyarakat..
tak perlu buruk2kan mereka..

1 lagi sy harap anda tegur2 rakan sperjuangan anda dlm blog ni.. ada yg mngunakan kata2 kesat dan tak sopan langsung.. sy suruh tegur je.. tak slah nak dedahkan perkara2 politik tp perlu ke ejekan2, kutukan2 dan bhase2 kesat tak dose ke?? tunjuk lah sahsiah islam sikit...

Anonymous said...

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Anonymous said...

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Shaizul Sapar said...

asalamualaikum saudara bujang susah.
saya sentiasa mengikuti penulisan saudara.cadangan saya, elok saudara 'filter' komen dari blogger lain & anon. ada yg x bertggungjwb buat komen yg lngsung x membina, mengkritik tanpa asas yg kukuh, malahan membunuh karakter blogger lain. entry saudara bagus dan ada kebenaran, tapi bila komen menjerumus kpd keruntuhan, sedikit sebanyak mencacatkan penulisan saudara.