Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 25, 2010

MASUKAN PENSEL, BOTOL DAN AIS DALAM KEMALUAN MANGSA

بسم الله الرحمن الرحيم

LAHANAT: Mereka Masukkan Pensil, Botol Minyak Angin, & Ais ke dalam Kemaluan Mangsa - Tolong Ambil Tindakan Segera!



Tragis! Berita ini pernah disiarkan dalam akhbar baru-baru ini. Namun laporan oleh Mstar ini menggambarkan hal yang cukup mengejutkn. Budak sekolah 14 -16 thn bertindak wewenang dan ganas sehingga membuatkan ibu bapa, guru, penduduk sekitar ketakutan.

Remaja perempuan yang menjadi mangsa lahanat-lahanat ini diseksa dan dirogol tanpa belas kasihan. Yang peliknya kejadian ini berlaku di kawasan sekolah, antara kawasan yang paling selamat. Lagi pelik, lahanat-lahanat itu ditangkap dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Apa cerita polis, Hishamuddin, Muhyiddin Yasin? Budak perempuan ini tinggal dan bersekolah di Malaysia, bukan di Mexico atau di Rusia!

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.

Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.

Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.

Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah. - Oleh ANDREW SAGAYAM dan WONG PEK MEI



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

49 comments:

Misz said...

salam..
pasni cikgu bukan sahaja perlu dilengkapi dgn ilmu perguruan...
siapkan diri juga dgn ilmu ketenteraan...

Apollo Sapollo said...

FIRST AKU BERDOA AGAR ALLAH BAGI HIDAYAH KEPADA SI SAMSENG SAMSENG NI SEBELUM DUNIA TERBALIK.

SECOND AKU MINTAK MINTAK SAMSENG SAMSENG NI BUKAN ANAK DIDIK PEKIDA MALAYSIA

THIRD AKU MINTAK JANGANLAH ADA RASUAH / SUBAHAT ANTARA PIHAK POLIS DENGAN SAMSENG NI.

FIFTH AKU MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARI SYAITAN SYAITAN NI KEPADA ORANG YANG BERIMAN YANG TINGGAL DI RAWANG ( TEMPAT OPERASI MEREKA )

SEDIH AKU DENGAR BERITA NI.

fik-autoz said...

salam..dunia skang dh tua,kmungkaran mnjadi2..xtaw nk ckp apa,budak2 kurang ajr!!..nk tnjuk samseng,pi skolah xblajak,buat benda xfaedah..bdh tui....dr dulu smpai skang mcm tu gak..xde tndakan tegas ke?mkin mnjadi2 adlh...

bulatkocik said...

haah..betui ckp misz 2..kasi cekgu ader basic tentang ilmu ktenteraan..baru diorang takut ckit..

tp klu ada polis yg myamar jadi stdnt pun okey gak..;)

Anonymous said...

sy pernah dengar kes perempuan yg dirogol tp pihak keluarga tak berani nk lapor kerana takut dengan samseng mereka..last2 keluarga ini berpindah..senang jekn..yang mangsa terus jd mangsa dan yg kejam terus berkekalan ganas..dimana undang2nya..

cuma cadangn..apa kata wujudkn badan disiplin yang mana dianggotai oleh beberpa polis..contohnya satu skolah ada 15orng anggota polis..dan keutamaan adalah bagi sekolah2 sial macam kes sekolah ini..anak2 binatang begini pula dihantar ke sekolah penjenayah..tolong la kerajaan,bwt lah sesuatu bg menggerunkan samseng2 sekolah ini..maksudnya jangan kasi muka la kat samseng melampau cani..jngn persoalkn bawah umur,klu tak diberi pengajaran dan hukuman berat maka binatang2 ini lah yang akan menjadi raja binatang bila 10-20 tahun lg..tegas supaya takut,dan supaya tidak berterusan

Unknown said...

oh 1 malaysia.Tahniah kerana berjaya melahirkan samseng jalanan!

Saya memetik kata-kata 'bijak-pandir' yg pernah kata;hukum Allah(hudud) tu kejam.Mungkin mereka nak tggu anak mereka yg kena baru nak kembali kpd Allah...Nauzubillah..

ya Allah..celikkanlah mata hati kami...

gorgondolamedusa said...

salam,
hahahha...
kemane cerita ni berakhir?
never ending story ler..
x kemane pon jika tiada sebarang tindakan diambil..

zaman hishamuddin beliau berkata
"guru perlu membuat kerja mengisi data seorang pelajar sebanyak ni (sambil menunjukkan fail tinggi sekaki), dan beban guru bertambah"
-tiada tindakan, sonyap gitu gak.

zaman muhyiddin plak
"guru perlu mengisi data seorang pelajar yg banyak n melakukan tugas2 kerani"
-pon tiada tindakan, sonyap gak.

inila yg terjadi kalu org atas pandai ckpppppppppppp je...

guru sebuk dgn hal2 skolah yg karut marut spt adab belajar, ladap, buddy system, pibg,ape graf2 plajar la bagai n ape jadah byk lagi akupon malas amek tau (guru kelas tau la-aku memang xnak pegang kelas.hahaha..)sampai anak murid buat ape pon xtau, kalu amek tau kang kene blasah ngan bapak budak plak kat luar.

kes arini, 45000 kakitangan kera-jaan mengambil cuti sakit palsu.
hahahaha...
sebab ape?
ni cite guru ler ni,
bile GB x bg cuti rehat, guru tpakse amek mc, kalo yg ponteng tu lagi jahnam ler, kalu yg betul2 ada hal?

mengikut akta cuti guru:
guru berhak mengambil cuti atas 2 sebab
1. urusan peribadi
2. menghadiri kursus/seminar/belajar/ yg berkaitan dgn peningkatan ilmu.
-ini terjadi kat aku sendiri, bile GB pongpang2 cite pasal akta.
aku lawan pakai akta die terus senyap, rupenye die pandai auta gune akta. lahanat sungguh!
-terpaksa amek mc sebab makcik (sgt2 rapat dgn aku) aku meninggal, sebab aku tau GB aku xkan kasi, die penah ckp selain ibu,bapa n anak x bole amek cuti.
sbenarnye mende ni atas budi bicara gak..jgn la perangai cam binatang!

jgn cite budak skola mnengah ler, budak darjah 1 pon dah pandai menipu,mencuri, ugut, pukol (sampai aku terpakse amek vid-soal jwb aku ngan budak tu,n aku sedia naik court kalu kes aku blasah bdk tu dipanjang2kan),
n pernah terjadi kat pelajar aku DARJAH 2 cium budak pompuan,
lepas aku tanye punye tanya punye tanye, alasan yg diberi
"saye saje nak rase pipi die lembut ke tak"
secara otomatik tangan aku yg lembut terus sampai kat pipi die. memang berderau dgr jwpn yg diberi.

majlis guru besar selangor (MGB) pon sebuk dgn penghasilan buku2 ngarut utk diisi oleh guru bg setiap plajar, buat bisnes ke?
kenapa x contohi sistem pndidikan negeri Terengganu yg setiap tahun menghasilkan plajar2 terbaek malaysia?

oh lagi satu,
kalu x silap bln lepas kot,
ibu/bapa lepasan SPM kecoh pasal anak dia punye rekod buruk, then susah nak sambung blaja la keje la bagai. pastu kmentrian plajaran nak kaji balek sistem ni.
kpale wak ko! kalo camtu x perlu la sistem merit dmerit pelahanat lagi. baek xyah wat rekod pelajar.

oh ade lagi satu plak (tp bkn 1 malaysia aaaaa, cet! suwey!)
guru tidak dibenarkan merotan murid, hanya guru disiplin je boleh menghukum/merotan murid.
hahahhaa...tapi setiap guru adalah guru disiplin, ape citeni?

jgn sume letak kat kpale guru weh!
pendidikan bermula dari rumah.
ni kes fmly hancor la slalu jadi camni. kuasa guru pon dah xde. guru lebih sebuk tugas2 lahanat dari tugas mendidik.

gorgondolamedusa said...

arks?
terlebih sudah aku...
sori der...dah cam blog sndiri plak aku buat.
cet, tara malu punya org.

*der tu x bmaksud aku nak bunuh ko ek. heheheh..

deena farhana said...

astaghfirullahal'azim..

inilah namanya dunia akhir zaman yg hanya menanti tirai berlabuh..

moga kita semua terdiri dlm kalangan yg sentiasa bertaubat..

slm kenal dr pena farhana :)

iddinm said...

Salam..
Pihak sekola, polis dan ibu bapa harus berkerjasama dalam mengatasi masalah seperti ini..

Nampaknya gagasan 1 Malaysia jauh lagi dari sasaran BN.. Kalau gitu rakyat masih tak selamat... Itulah saya juga ada menulis dalam blog saya yang saya masih tidak berasa selamat sepenuhnya di Malaysia walaupun pada amnya ok..

http://iddinmcorner.blogspot.com/2010/05/saya-tidak-berasa-selamat-berada-di.html

kakzana said...

alahai....akak risau dgn anak lelaki akak ni. walaupun kita dah didik dia sebaik mungkin, kita tak tau mcmna dia di luar nanti.

sistem disekolah kita ni kena bnyk perubahan. sedangkan dikawal pun terjadi, apatah lagi jika tiada tindakan...

Captain said...

Ada video member hantar..boleh simpan handphone kat situ.

Geng ni mmg jahat...kat sekolah buat jahat...yg patut ditembak oleh polis.

gorgondolamedusa said...

haaa...
lagi satu tambahan cerita,
bulan lepas aku difitnah oleh sorang budak darjah 2,
bapak die dtg skola tanye aku,
1. anak die ade pukol budak ke?
-aku trus tkejut sebab bdk ni budak baek, memang x kacau org, senyap, n aku pon senang ngan die kat dlm klas.
bapak die ckp die pukol bdk djh 1, 2 org. memang aku x pcaye la.

2. bdk ni ckp aku pukol die sebab die pukol bdk.
-ah sudah, sah2 cerita no.1 n no.2 xleh pakai, n senyap2 budak ni, baek2 budak ni rupenye pandai wat cerita, fitnah, memang cilake punye budak. aku memang tkejut a.

sehari sblom tu aku tanye bdk ni, nape dah lame x dtg skola, last week die kate demam, ok ler, minggu ni pon alasan demam gak. memang menipu la, last2 aku ckp kat die esok aku nak tgk MC. keesokan harinya ni la jadi cite camni. aku ckp bapak die memang aku ade tanye MC bagai sebab dah kerap2 x dtg. rupenye bapak die pon xtau die x pegi skola, ponteng hhahaha...tu la, mak bapak bz sampai anak pon x amek tau. buat anak pandai plak, jage anak cam lahabau!

hahaha...since dat day aku dah malas nak amek tau n layan bdk2 yg pandai amek kesempatan ke atas diriku yg lemah ni...auw! x kuase mak.

huahuahuahua...
nape jadi kes cmni ek?
salah satunya,
guru yg blajar dlm ilmu pguruan 3 tahun gaji rendah n dipandang hina.
guru yg belajar kos ngarut2, then sambung bidang perguruan beberapa bulan gaji besar n ape yg diorang ckp je btul... (kdpm vs kpli-yg bkn dlm bidang perguruan)

Anonymous said...

gorgondolamedusa....tulis kat blog sendiri ler...bleh tulis panjang2...ini mcm belanda dpt tanah...sian bujang susah...:-)

BUJANG SUSAH said...

gondol.. klau rajin sgt menulis buat la artikal apa2 ko hantar kat email aku. insyaAllah aku akan postingkan dalam blog aku jikalau didalamnya tiada disebutkan perkataan "der".. hehehe

Mohd Fauzi Bin Seman said...

hahahaha. ini kan matlamat satu malaysia.. hahahahaha...

صلح الدين ن said...

Allaaahu akbar!

Anonymous said...

gorgondol-wei..gini la mudah..kes kpli ko x leh slhkn guru2 kpli..dan ko x leh hina dionrng..dah pelung dibuka diorng msk la dh berkelayakkan..klu sape2 pun yg de degree kemudian diberikan peluang keemasan x kn biarkan...bodoh lah sape2 yg hina bdk kpli...nampak lah x de akal dan x de iman..tuduhan2 tu seolah2 budak2 kpli pula salah..klu betul salah pun kerajaan la..dan satu lagi aku nk g tau ko..kos kpli keutmaaan diberikan kepada pelajar lepasan degree yg amek contohnya coz matematik,kejuruteraan kimia akan diserap jd cikgu kimia,klu kejuruteraan elektrik,awam,meki dll akan diserap ke subjek tu la,yg amek bahagian syafiah akan diserap jd ustazah or ustz,yg amek sastera diserap ke bahagian subjek bahasa melayu..bahkan diorng akan diberi kursus perguruan setahun lg..jd ok latu..penat2 blajar diploma3thn pastu degree 3thn kemudian sambung pulak kpli stahun..so x layak lagi ke..aku bidang kejuruteraan kimia x kn x leh serap jd cikgu kimia..dh la kena kursus stahun..bodoh la ko ni..gini la..kebanyakkan cikgu2 yg bkn kpli suka menghina bdk2 kpli..seolah2 bdk2 kpli bdk salah,buat dosa,bodoh,dan lain2 lagi..rendah tul manteliti cikgu2 yg berpendapat cam ko..pemikiran kelas ketiga..bodoh gila..klu btul nk mrh,mrh la kt kerajaan..ini soal peluang,sesiapa pun akan berminat..lg pun kami diberi latihan perguruan setahun lah bodoh..otak sempit

zacqs cyber said...

semua ini berlaku kerana ketololan ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab mendidik anak2 dengan agama...tunggulah nanti ketika berhadapan dengan timbangan allah...

atikNAOshi said...

astagfirullahalazimm...
semakin takut dengan dunia luar

bunga sakura said...

YA aLLAH...YA allah...saya bkl guru jgk nti...bkl kaunselor....cmna nih??isk3..ya Allah..berilah hamba kkuatan...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
apa yg bole saya katakan dan apa yg saya nmpk dlm masyarakat di Malaysia ini...

1) Apa gunanya sistem pendidikan, jika ianya hanya membawa kepada kehancuran dan kerosakan Akhlak...org atas pulak x buat apa2, duduk diam tunggu duit je...

2) Bila Al-Quran dan As-Sunnah tidak menjadi paksi dlm sistem pembelajaran, akan lahirlah insan yg hidupnya hanya utk belajar dan berjaya(itupun kalau diizinkan Allah), bukan utk menjadi hambaNya yg taat.

renung2kan

~Revolusi kebangkitan Islam akan melanda Malaysia~

Unknown said...

ta sangka ngeri juga di negeri seberang... turut prihatin :'(

Unknown said...

turut prihatin

Anonymous said...

alprazolam no prescription xanax japan - xanax side effects sexually

Anonymous said...

generic xanax xanax 1mg drugs.com - generic xanax clonazepam

Anonymous said...

buy tramadol cheap no prescription tramadol no prescription cod - what is ultram tramadol hcl 50 mg

Anonymous said...

xanax online xanax 2 mg street price - mixing prozac xanax and alcohol

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol seizures - tramadol for dogs how long does it take to work

Anonymous said...

buy tramadol online can you buy tramadol in usa - 50mg tramadol lot

Anonymous said...

buy carisoprodol carisoprodol naproxen - soma carisoprodol tablets

Anonymous said...

buy tramadol online tramadol dose for kids - tramadol compared to vicodin

Anonymous said...

buy tramadol ultram tramadol hcl 50 mg para que es - can i get high on 50 mg tramadol

Anonymous said...

tramadol without prescription buy tramadol hydrochloride 50mg - what is tramadol addiction

Anonymous said...

xanax online xanax high how long - xanax bars vs pills

Anonymous said...

tadalafil without prescription cialis online legale - buy cialis no prescription in us

Anonymous said...

cheap generic cialis reviews for online cialis - lowest price cialis

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#44827 tramadol withdrawal youtube - tramadol withdrawal vitamins

Anonymous said...

learn how to buy tramdadol tramadol for dogs dose rate - buy tramadol online no prescription

Anonymous said...

buy tramadol tramadol 50mg para que serve - can you buy tramadol online legally

Anonymous said...

can you buy tramadol online buy discount tramadol - tramadol withdrawal medication

Anonymous said...

http://landvoicelearning.com/#57594 how can i buy tramadol online - tramadol 50 mg mfg zydus

Anonymous said...

buy tramadol tramadol same high vicodin - tramadol not addictive

yanaz said...

Betol tuuu

Anonymous said...

buy tramadol order tramadol for dog - tramadol hcl 37.5-3

Anonymous said...

ativan pharmacy ativan and alcohol hangover - lorazepam 1 mg kern pharma

Anonymous said...

ways to buy ativan online buy lorazepam germany - ativan bpi 64

Anonymous said...

buy tramadol online buy tramadol order cheap tramadol online - tramadol experiences

Anonymous said...

buy tramadol with cod information on tramadol 50mg tablets - buy tramadol online reviews