Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 25, 2010

SEBULAN JE KE.. BUKAN SEPATUTNYA 6 BULAN KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rahsia Lama KJ Menghilang

SEREMBAN, 25 Mei -- BERSEMANGAT... Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (tengah) yang juga Anggota Parlimen Rembau bersama para pelatih lain ketika menyertai majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan sijil tamat latihan sebagai askar Wataniah kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau pada majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.




Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada para pelatih askar Wataniah termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau pada majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di sini, hari ini.

Khairy menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Sumber : Bernama

Note: Ada plak krusus asas askar wataniah sebulan jer ek? setahu aku sepatutnya 6 bulan ...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

15 comments:

Anonymous said...

dia spesel

Anonymous said...

PSTD - pasukan simpanan tentera darat memang sebulan je... kalau 6 bulan tu untuk jadi tentera tetap. saya pernah kursus pstd ni sebulan pun masak, kalau 6 bulan hangus terus...

Kensi Ell Byle said...

salam wahai sahabat,

untuk pengetahuan anda, kursus asas perajurit muda (sukarela) cuma sebulan sahaja kerana kami adalah anggota yang terdiri dalam pasukan simpanan, bukannya anggota tetap. berlainan anggota tetap, ya...mereka akan berkursus wajib selama 6 bulan di PUSASDA.

andai saudara ada kemusykilan tentang penglibatan dlm pasukan AW, bolehlah bertanya kpda saya...selagi mampu dan apa yg saya tahu, akan saye bantu untuk saudara lagi fahami tntg pasukan kami.

sekian, wassalam...=)

BUJANG SUSAH said...

ooo ok.. mekasih sahabat sumua... sorry.. mmg x tau pun sebenarnya sbb x pernah join wataniah pun. Dulu traning pun kat Afghanistan. wassalam.

Pak Oncu said...

hahahaha afghan,,,,,,, gua training kat bah soon pah road sembawang singapore ......

Captain said...

salam,

Hang ketinggalan sungguh..aku jadi ketua jurulatih rekrut wataniah 4 siri..

Rekrut wataniah sebulan shj... sekarang dipanggil perajurit muda..

Rekrut kat port dickson laa ni pun 3 bulan..

dulu mmg 6 bulan...itu pasal askar muda laani kurang latihan tempur..

gorgondolamedusa said...

hahahha...
aku pon training kat afghan,
under syabab.

tapi kenapa saudaramara saya di palestine dibunuh kita kat sini xde tindakan ape2?

kita kat sini hanya mampu meberi bantuan dari segi kewangan n prubatan jek, sampai bile?

perumpamaan macam org ketuk kepala BS (contoh ek bro..), kite pembaca hanya bagi ubat n duit je, kite pon tahu BS insan yg lemah (sambil lagu background ~~aku insan yg lemah~~ hanya mampu bserah~~), sepatutnye kite hentikan org yg mengetok BS, bukan merawat BS, kalo stakat rawat n hulur $, sampai bile?

BUJANG SUSAH said...

hehehe.. DER gondol.. contoh org lain xleh ke ? jgn ko report polis plak aku sebut der tu... hehehe

Banyak aku traning ketenteraan yang x sampai sebulan ni.. diantaranya kat red alert, medal of honor, sniper assassin, heroes of the pacific dan counter strike.

hehehe..

Anonymous said...

sebab tu la kena selalu husnuzzan.... berbaik sangka itu xpernah merugikan....

gorgondolamedusa said...

der BS,
hahaha..lame x main CnC general.
install mlm ni gak!

diharap pihak BS dapat menghalalkan ucapan DER tu. hehehe

Anonymous said...

bujang susah...saya selalu lawat blog sdra..byk gak yg menarik..tp tolonglah cerita fakta yg betul..bila tak betul, dah kira fitnah...fitnah itu lbh teruk dr membunuh...maaf..saya sdra lebih arif tentang hukum..

BUJANG SUSAH said...

Salam anon.. cuba saudara lihat akan tajuk entry ni betul2.

"SEBULAN JE KE.. BUKAN SEPATUTNYA 6 BULAN KE?"

Tajuk itu sendiri merupakan satu soalan. Adakah bila kita tidak tahu kemudian bertanya akan dikira salah? malahan saya juga meminta maaf kepada dua sahabat yang komen dan menerangkan akan kedudukan sebanar.

Atau adakah saya mencaci mencarut atau menuduh KJ itu menyalahgunakan kuasa? Jika marahkan pada saya pun Harap saudara bersabar.. hehehe..

Walau bagaimanapun terima kasih dgn ingatan ikhlas dari saudara.
-----------------------------------

gorgondolamedusa... anda bakal menghadapi tuduhan mahkamah kerana mengunakan perkataan "der". kerana menurut shyfools "der" adalah ugutan bunuh... hehehe

fara said...

betol ke skg ni rekrut 3 bln jer?

Anonymous said...

Selepas selesai latihan prajurit muda (sukarela) apa Dan nk membolehkn diserap tetap mcm mana?

Anonymous said...

Lps latihan 6 bulan,bole ke klu kita smbg form 6 balik bru keje.....cuma soalan biasa....mohon balas...tq