بسم الله الرحمن الرحيم
45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.
Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.
"Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan produktiviti," katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau mahu perbuatan itu dipantau bagi mengelak ia bertambah kronik.
Omar berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja.
"Kita menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul memerlukannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu.
“Kita ada menghantar surat kepada jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu," katanya kepada Berita Harian
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
2 comments:
spt saya nyatakan pd komen n3 sblom ni, salah satu puncanya ialah ketua jabatan/GB/pengetua x bagi mengambil cuti rehat. so ape lagi?baek MC.
wahahaaha...
mengenai guru lagi...
1. pekeliling sblom ni kluar, cuti pertengahan tahun akan bmula pd minggu depan, so kwn aku ni awal2 tahun dah beli tiket kapatobang mlencong ke luar. pastu diorang cancel balek cuti tu, pastu pkeliling x klua (kalu x silap), mau amek cuti dah tentu2 x dapat (sebab GB skola aku cam lahabau) so amek MC je la...tapi pi klinik gak la bkn MC palsu, bole dikira darurat le ni..wahahahaa.
2. 2 bln lepas anak kwn aku sakit teruk n sbg ibu die nak balek kampong tgk anak pon lahabau ni x bg.punye la sial manusia berhati binatang ni.
sbenanye ape2 pon atas dasar budi bicara, tolak ansur n perikemanusiaan.
lahabau ni pandai auta pakai akta,
tapi penah kalah ngan aku soal akta.
wakakakakakaks...org bodo bole la ko nak kencing...
sokong saudara gorgondolamedusa
Post a Comment