Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 28, 2010

OH... MACAM NI RUPANYA KERJA PUAK-PUAK UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Dedah nama wakil rakyat BN salah guna kuota rumah.



Kerajaan Negeri akan mendedahkan nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyalah guna kouta pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga terdekat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kouta yang diperuntukkan kepada Adun diagihkan dengan betul.

“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap Adun diperuntukkan kouta untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak.

“Tetapi selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, kouta tersebut telah dimansuhkan kerana diragui ketelusannya,” katanya.

Pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) hari ini, kerajaan negeri juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga sekarang.

“Bagi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pemilikan itu tindakan sewajarnya akan diambil.

“Mereka juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada kerajaan negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak.

Jawatankuasa Bebas Audit dan Tadbir Urus Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan siasatan terperinci berhubung isu dakwaan pemilikan rumah kos rendah oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan lanjut ke atas mereka yang terlibat.

Pengerusinya, Micheal Soon Kwai Choy berkata jawatankuasa akan menyiasat dengan mengumpul bukti dan maklumat termasuk meneliti senarai nama 500 kakitangan yang didakwa memiliki rumah kos rendah terbabit.

“Kita akan mengenalpasti sama ada wujud polisi yang membenarkan kakitangan untuk membeli rumah kos rendah dengan meneliti minit mesyuarat, pekeliling atau dokumen berkaitan.

“Jika ia wujud, jawatankuasa akan melihat sama ada polisi tersebut sah atau tidak dari aspek undang-undang dan pihak mana yang meluluskannya sebelum ini,” katanya.

Tindakan itu diambil ekoran pendedahan media bahawa kira-kira 500 kakitangan MBPJ termasuk pengarah membeli rumah pangsa kos rendah di sekitar Petaling Jaya walaupun tidak layak.

Syarat kelayakan pembelian kediaman itu ialah pembeli perlu mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 bagi membolehkan mereka memiliki rumah berkenaan.

Pemilikan kakitangan berkenaan berlaku ketika di bawah pentadbiran Yang Dipertua MBPJ Datuk Emran Kadir antara tempoh 2000 hingga 2005.

“Tindakan ini tidak bermakna kita cuba menyekat mana-mana kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah ditetapkan.

“Ini kerana kita mahu memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran,” kata Khalid lagi.- mi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: