Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 25, 2010

NOH OMAR MAKAN PADI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Syarikat Milik Noh Omar Monopoli Benih Padi Negara



Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim mendakwa dua buah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memonopoli bekalan benih padi menyebabkan beban harga kepada golongan petani.

Sehubungan itu petani yang marahkan kegiatan tidak bermoral dua buah syarikat tersebut akan mengadakan protes di kilang BERNAS Sekinchan terhadap Beras Padi Nasional bagi menyatakan bantahan mereka.

Menurut Swee Lim yang dihubungi Suara Keadilan harga padi musim ini merosot secara mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Harga pasaran beras di kedai runcit dan pasar raya tidak turun tetapi Bernas membeli padi daripada petani di sini dengan harga yang murah.

"Di sini, Bernas adalah satu-satunya agen yang dibenarkan oleh kerajaan, jadi petani tidak mempunyai pilihan.

"Tahun ini, Bernas mengimport beras dengan harga yang lebih murah menyebabkan harga padi yang dibekalkan petani kepada Bernas merudum," kata beliau.

Tambahnya, tindakan syarikat tersebut membuat golongan petani tertekan kerana terbeban dengan harga padi yang lebih tinggi pada tahun lepas.


Swee Lim juga mendakwa tindakan Noh yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang memberikan kuota hak benih padi kepada syarikat kepunyaan kroninya juga mendatang kemarahan petani.

Dua syarikat ialah Haji Mat Nor Sendirian Berhad (Ahli Jawatankuasa Umno Tanjung Karang) dan Kejora Desa Sendirian Berhad (rakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin).

"Sebelum ini dua syarikat tersebut diberikan 5,000 tan benih tetapi selepas Noh dilantik sebagai menteri, mereka diberikan 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu mereka hasilkan hanya 5,000 ke 6,000 tan padi sahaja," kata beliau.

Swee Lim berkata demonstrasi itu juga akan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa telah menyeleweng kuota benih padi serta tidak menjaga periuk nasi petani yang bergantung kepada hasil penjualan padi kepada Bernas.

Seramai 300 orang petani dijangka akan menghadiri bantahan tersebut. -SK


Harga Padi Merudum, Petani Berdemontrasi Depan Bernas

TANJONG KARANG 25 MEI: Kira-kira 300 petani yang mengadu terbeban dengan kenaikan harga benih padi, mengadakan demontrasi di depan kilang Beras Padi Nasional (Bernas), Sekinchan di sini, pagi ini.

Mereka menyalahkan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang dianggap sebagai punca berlaku kenaikan harga benih padi yang didakwa terlibat dalam menetapkan kuota kepada dua syarikat kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Swee Lim berkata, harga padi musim ini merosot mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Sebelum ini, dua syarikat itu diberi 5,000 tan benih padi tetapi selepas Noh menjadi menteri, mereka memperoleh 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu dihasilkan mereka hanya 5,000 ke 6,000 tan padi," katanya.

Demonstrasi itu juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa menyeleweng kuota benih padi.
-TVS / GB




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

gorgondolamedusa said...

uiks?
dlm malaysia ni pernah ke harga turun?
harga naik pernah ler aku dengar.
kalu harga turun kat malaysia ni dah macam satu keajaiban dunia.

hahaha...
bln 11/2009
beli minyak itam fully syn castrol edge harga rm140,
bulan 2 tahun ni naik jadi rm145,
tadi aku beli sudah naik jadi rm160!!!

siap tokey kedai tu tunjuk hitam putih dari pengeluar minyak tu sebab ketidakpuashatian aku.
kenaikan harga 5-8%.

aduyai...ponin palo den.

smalam cari gula utk kedai susah,
aku pergi 7-8 kedai,
kedai runcit dpt 1,
kat 1 pasaraya ni limit sorang 2kg,
pastu pi mydin dapat borong 11kg.

*gula utk kegunaan kedai makan, bkn utk aku simpan atau bg semut kat umah aku mkn.

Unknown said...

emm..2 la hrga sume bnda semakin nek
cian pare petani kite

saye datang nak bg award tuk bujang susah

sudi le trime yea

Hairun Azmi said...

Kroni di dahulukan, Rakyat di tindas...