Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 28, 2010

KRONI SEMAKIN KAYA RAKYAT DINAFIKAN SUBSIDI

بسم الله الرحمن الرحيم



Sementara Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala membeliakkan mata rakyat dengan ramalan bahawa negara bakal menyusul jejak Greece untuk menjadi negara muflis seandainya subsidi tidak dikurangkan, Forbes Asia pula mengumumkan perangkaan bahawa jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah sebanyak 42%, berikutan perkembangan ekonomi negara.

Menurut "Malaysia Rich List 2010" yang diumumkan oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah dari USD 36 bilion pada tahun 2009, kepada USD 51 bilion pada tahun ini, malah memecah rekod USD 46 bilion yang dicapai pada tahun 2008.

Selain daripada itu, mereka yang memiliki jumlah kekayaan melebihi USD 1 bilion di Malaysia telah bertambah dari 9 orang pada tahun lalu, kepada 10 orang pada tahun ini.

Menurut Forbes Asia, pertumbuhan kekayaan secara keseluruhannya orang kaya di Malaysia ini selari dengan pasaran saham yang melonjak 32% sepanjang 12 bulan yang lalu, dan kadar pertambahan nilai mata wang ringgit yang melambung 11% pada masa yang sama.

Robert Kuok terkaya

Orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok kekal sebagai
orang terkaya di Malaysia, dengan harta bersih bernilai USD 12 billion pada tahun 2010, USD 3 bilion bertambah jika dibandingkan dengan tahun lepas. Robert Kuok kekal pada kedudukan orang terkaya di Malaysia sejak Forbes Asia mula menyusun senarai ini pada tahun 2006.

Ananda Krishnan pula menyusul di belakang, sebagai orang kedua terkaya dengan harta bersih bernilai USD 8.1 bilion, pertambahan USD 1.1 bilion berbanding tahun lalu. Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, MAXIS yang dikuasai Ananda Krishnan menjadi syarikat tersenarai semula pada tahun lalu, berjaya mengumpulkan USD 3.4 bilion, lantas menjadi Initial Public Offering (IPO) yang terbesar di Malaysia.

Lee Shin Cheng menduduki tempat ketiga dengan harta bersih USD 4.6 bilion, bertambah satu kali ganda daripada USD 3.2 bilion pada tahun lalu. Kumpulan IOI yang dikuasai Lee Shin Cheng merupakan antara syarikat pemprosesan kelapa sawit yang terbesar di dunia.

Selain tiga orang terkaya di atas, jumlah harta 27 orang terkaya di Malaysia juga bertambah dalam masa setahun ini. Antaranya, Goh Peng Ooi yang menduduki tempat ke-16, kekayaannya melonjak secara mendadak dengan kadar 280% pada tahun 2010, dari USD 112 juta pada tahun 2009 kepada USD 425 juta tahun ini.

Muka baru orang terkaya

Biarpun secara puratanya jumlah kekayaan 40 orang terkaya telah bertambah, tetapi penyusutan juga berlaku pada sesetengah orang terkaya ini. Antaranya, kekayaan tycoon judi Chen Lip Keong menyusut dari USD 195 juta pada tahun 2009 kepada USD180 juta pada tahun ini, malah jatuh dari tangga ke-21 kepada ke-29. Selain daripada itu, Lee Swee Eng yang menguasai kumpulan KNM, juga tersusut nilai harta kekayaannya dari USD 190 juta pada tahun lalu kepada USD 150 juta pada tahun ini.

Muka baru yang berjaya memasuki senarai 40 terkaya termasuklah adik beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura Group, berkongsi ranking ke-23 dengan jumlah kekayaan USD 270 juta.

Selain daripada itu, A K Nathan buat pertama kali memasuki senarai 40 terkaya, dengan USD 250 juta pada ranking ke-24. Syarikat Eversendai yang dikuasai A K Nathan terlibat dalam projek pembinaan bangunan terkenal, termasuk menara tertinggi di dunia yang terletak di Dubai.

Selain daripada itu, tiga orang terkaya yang terkeluar dari senarai ini, kembali semula pada tahun ini. Antaranya, adik Perdana Menteri, Nazir Razak (gambar kiri) tersenarai semula dengan USD 145 juta pada kedudukan ke-32.

Olih : Neo Chee Hua

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang




Note: Rakyat sedang dijala oleh kerajaan.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

Ali Abdullah said...

salam bro,

ingat juga jika PR terutama DAP jadi kerajaan pusat, ada ke subsidi macam ni diberikan kat rakyat khususnya orang melayu yang beragama islam? Kita dah lupa siapa sebenarnya pembangkang yang tulang belakangnya adalah kaum cina. Orang kita ni malas tak setanding mereka, lemah dan mudah berputus asa, suka bergantung kepada bantuan kerajaan malangnya suka memprotes dan tidak bersyukur.

Atas asas apa kita rasa DAP membela nasib rakyat macam kita ni? Agama Islam sebagai agama rasmi negara pun nak dinafikannya, inilah pula hak bumiputra.

Fared Isa said...

salam bro..

list owg kaya ni nasib baik xkira harta menteri2, kalo x mesti menteri2 kita yg akn top the list...hehe...

feel free to visit my blog at billyuniversal.blogspot.com for my new post about idris jala n the subsidy..

Anonymous said...

Apai.. DAP pernah memerintah kerajaan pusat ke ? PR pernah perintah kerajaan pusat ke? dah pernah cuba ke? dah pernah dibuktikan ke?

Unknown said...

Iutlah 1 Malaysia...
pun begitu semakin ramai rakyat dah manjadi buta..walaupun dok kena tipu dgn nada yg sama dan orang yg sama..

Unknown said...

si apai ni terlupa atau buat2 buta..
sekiranya mereka memburukkan dap..?
apakah bezanya dgn mca? mic?
Kenapa buat2 tak nampak dgn pemberian kenaikan gaji utk guru2 sekolah agama di PP..wal baru beberapa hari si cina dap tu perintah PP..?
Inilah kaedah umno yg suka memperjuangkan bangsa...
walhal depa sendiri yg menghapuskan martabat bangsa..
Bukti:?
-mana pi tanah simpanan tanah rezab melayu yg banyak dulunya?
kalau diambil kenapa tak berganti??? dap kontrol ke? pas control ke? pkr control ke?
- kalau nak cerita banyak lagi lah..
tak kan akal secerdik apai tak dapat memikirkan..

Unknown said...

hmmmmmmmm.....kena berusaha sendiri untuk harta sendiri

Gee Luth said...

tu ah pasal
aku sebenrnya sakit hati nak pikir pasal negara kita ni
so malas nak baca paper
malas nak tengok berita
buat aku sakit hati je
aku penah terfikir
lama2 msia boleh jadi macam indon gak
yang kaya terus kaya
yang miskin terus miskin

gorgondolamedusa said...

salam BS,↲Salam smua, sori wa x dpt tgk rply komen2 sblum ni, smalam pi bt pahat, ni kat melaka, modem problm plak kat umah, next time wa on wa smbung. Kang luorang ingat wa cabut plak. Maaf bs, maaf semua. Tq

BUJANG SUSAH said...

Hehehe.. abg farid, lanabulu, mohamadfbi dan luluth... inilah sesungguhnya kebenaran..

gondol.. ingatkan dah merajuk ke? hehhee

intan said...

like what happened in indonesia.. the rich getting richer, the poor getting poorer and never get chance to gain better life...

Mr X said...

hak ni pun satu..si idris jala dok sebut syor kerajaan naikkan harga minyak sebanyak 15 sen..


palahotak hang noo..alasan basi hang tu..

mai aku nak habaq mai..
dulu masa PM Dollah, minyak naik 30 sen..
kononya nak jimatkan 4 billion..
duit yang jimat tu kata nak guna
menambah baik pengangkutan awam..

tapi..
sistem pengankutan awam
duk di takuk lama tu juga..

sekali minyak naik, harga barang pun naik..

pastu hampa nak suruh rakyat ubah gaya hidup..