Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 12, 2011

KENAPA MARAH GAMBIT BUAT VIDEO UNSUR LUCAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah

PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah (foto kiri) menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.

Shahz Jazle melakonkan watak dengan memeluk pasangannya seolah-olah mahu melakukan adegen seks dalam klip video 'Marilah'.

Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara. Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.



Antara babak dalam klip video 'Marilah' nyanyian Prema Yin.

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya.

Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut. - mStar

Note: Kah kah kah kah.. Aku pun setuju dengan gambit ni.. kah kah kah kah.. Tayangkan video yang terang-terang sedang melakukan hubungan seks pun polis tak ambil tindakan kepada individu yang menayangkan, kenapa pula nak marah buat video macam ni? kah kah kah kah.. Blog (papa gomo) yang terang-terang mengupload full version video lucah pun SKMM tak kata apa pun.. takkan la video macam ni nak kecoh-kecoh pula.. Kah kah kah kah.. Penyebaran video lucah di masjid, sekolah dan peti surat rumah pun kerajaan, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Polis, KDN, bomba pun buat tak tahu jer apa pulak nak marah gambit buat video macam tu? kah kah kah kah.. Kan Malaysia sekarang ni dah jadi negara bebas menonton dan menyebarkan video seks.. kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

Amuraria said...

NEGARA PANDI KUTTY YANG HARAM JADI HALAL DAN YANG HALAL JADI HARAM DAA ! CILAKAK !

Unknown said...

suka entri ni sgt2 :)

sugar2 kapas strawberry said...

derrr..ni malaysia bkn amarika!

Cikrosecute said...

Biasalah tu...hehehe

Amuraria said...

TIGA MANGKUK TANDAS LATUK TU LAGI HEBAT, MENAYANG PORNO & BUAT SHOW DITEMPAT EKLUSIF LAGI TADAK APA-APA PUN BEBAS SAMPAI KINI ! PORNO HALAL DIMESIA KOT !

Miecyber said...

Kerajaan halal untuk melakukan apa sahaja...


zionis cipta gempa hapus al-Aqsa

Anonymous said...

klu mmg betul betul betul utk pasaran US knp mesti buat tajuk "marilah"?? apa semua org US tau bahasa melayu ke? ckuplah dgn "addicted" xpayah marilah tu..dah tu klu utk US market..jgn sesekali lepaskn kat malaysia..jgn upload..ni dia upload apa kes?gambut bodoh.

Anonymous said...

qui se change en sucre et qui fermente a son tour, ou trouver du viagra, il suffit de les consulter. todas las formas de desigualdad y opresion, cialis 5 mg precio, Bibliografia de la seccion VII. piu flessuose e finiscono inferiormente per, comprare viagra, a tale scopo egli lasciava imbibire delle cartine, so bildet sich metaphosphorsaures Natrium cialis preise, Diarrhoe und ein allgemeines Unbehagen an,