Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 18, 2011

KALIMAH ALLAH PADA HIDANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم


klik pada image untuk besarkan

JITRA 18 jun, Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha berkuasa,tiada yang mustahil baginya, dan ALLAH swt sentiasa memberikan tanda -tanda akan kebesarannya,itu lah yang dapat di tukang lawan katakan bila membuka email yang diberikan oleh seorang rakan.

Rakan tersebut menceritakan sedikit tentang kejadian yang berlaku petang semalam kepada tukang lawan, kebetulan rakan-rakanya datang kerumah neneknya dan dihidangkan dengan maggie yang dimasak sebelum asar, mereka bergambar sebelum menjamu selara dan menyedari sesuatu yang aneh tertera pada hidangan itu.. terpampang kalimah ALLAH pada hidangan itu.


"maggi ni nenek saya masak..di taman permai jitra kedah...
lepas masak dan hidang untuk dijamu selera, kami saja mengambil gambar seblum makan dan lepas tu,
baru perasan ada kalimah Allah s.w.t
nenek saya baru 2 hari balik dari menunaikan umrah..
semasa masak. azan asar baru berkumandang...
takbir! kejadian Allah!"

Maha besar Allah yang menjadikan sesuatu untuk renungan kita, Tukang lawan jadi kelu bila melihat gambar ini, dan jutaan terima kasih kepada sahabat tukang lawan iaitu HAKIM yang sanggup borkongsi cerita ini untuk tukanglawan kongsikan bersama anda semua... - tukanglawan


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

KhAiReDzAiMy said...

Subhanallah...

Unknown said...

subhanallah...

azman said...

bagai mana plak org kristian yang tenampak banyangan muka Jesus mereka pada dinding, roti dan seumpamanya???