Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 18, 2011

ADUHHHH.. PECAH LOBANG LAGI!!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم



Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.

Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya ‘akan datang’ tidak lama lagi.

Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang ‘konsultan’, Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan. Kdaily

Note: Kah kah kah kah.. Syarikat mengendalikan projek RM1.8 jita tak ada website sendiri.. kah kah kah kah.. ni syarikat apa ni? Meniaga air liur ke apa ni? woiiiiiiiii syarikat penipu!!! makcik kampung jual belacan pun ada website sendiri la.. Perghh senangnya hidup kat Malaysia ni .. kawan dengan menteri.. daftar syarikat bangang2.. tak payah pekerja tak payah apa.. terus dapat projek RM1.8 juta.. kah kah kah kah .. rakyat yang susah kena kurangkan subsidi untuk bagi duit pada kroni.. apa punya kerajaan ni? .. apa pun tak bolehhhhhhh!!!!!!!!!!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Miecyber said...

Rakyat di tipu lagi...

Cipan liar

Amuraria said...

MEMANG RAKYAT DIJADIKAN LEMBU PAWAH PASAL SENANG KENA KELENTONG OLEH PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO ! DUIT NEGARA JADI DUIT MAK BAPAK DEPA ! ADA DEPA KISAH ?

Cikrosecute said...

Sokong!!! hihihi

ummuhanis said...

macam macam ye. sabo je la.

Cityiklan said...

aik??kendali pages FB pun harga sampai 1.8juta?baik duit tu guna sedekah kat org miskin..takat kendali facebook aku ley kendali dari rumah..alaa..murah je..cukup bayar bil letrik sebulan sekali okeh la tu

Salam
My Blog