بسم الله الرحمن الرحيم
LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.
Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.
Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.
Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.
“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.
Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.
Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.
Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian. - DM
Note: Orang UMNO mengamuk kalau ada ahli DAP baca ayat Al-quran.. kih kih kih kih.. sebab mereka sendiri pun tak baca al-quran tiba-tiba ahli DAP pulak yang lebih pandai.. Kah kah kah kah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
5 comments:
Salam bro. Org Umno tidak mengamuk, mungkin org Pas kot..sebab byk org Pas tak Khatam al-quran dan buat tafsiran dan terjemaan yg tak betul..hehehehe..
nama mcm model computer IBM.. tp bodoh mcm lembu.. wakakakaka.. yang rosmah tu sampai lanie pun x reti nak tutup aurat tu tafsiran dan terjemahan yg betul ke? yang rosmah peluk cium dgn jantan hindu tu pun kerana umno pandai terjemah dan buat tafsiran al quran yg betul ke? wakakakaka..Bangang punya ibm!!!!!
salam..
tumbs up Bro..
sinis...
:D
padan muka IBM
salam
ibm,
lu pandai sangat tafsir ke?
buat bujang susah...blog ni mmg terbaik!!!!!!!!!
Post a Comment