بسم الله الرحمن الرحيم
HISHAMUDDIN: NAK TANGKAP MAT SABU KE KHAIRY DULU?
9 Julai: Hisham kata jangan, Khairy kata terus
Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.
Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.
“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.
Menyalahi undang-undang
Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.
“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya ,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”
“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.
“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.
Namun Khairy bertegas dengan mengatakan “Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama. - mkini
Note: Kah kah kah kah.. lawaknya.. Pemuda umno lawan Menteri Dalam Negeri.. kah kah kah kah.. mat lidah kontot tak nak hunus keris ke? kah kah kah kah.. Kalau penyokong pakatan semua nak turun.. penyokong umno pun ikut sama, kiranya memang meriah la perhimpunan bersih kali ni kan.. kah kah kah kah.. aloooo najib bik mama.. itu kain baju sudah kasi packing ka? kah kah kah kah.. itu jet sudah kasi panas enjin ka? kih kih kih kih..
Note: Khairy.. baik umno ataupun PR, semua pun dah tahu apa yang hang nak buat.. apa sebenarnya yang hang rancangkan.. tang sini aku puji hang walaupun aku tahu hang nak balas dendam dgn najib sebab dia anggap hang sebagai sampah selama ini.. tapi satu pesanan aku.. Pemuda UMNO kalau rasa nak berkawan sila pakai baju bersih.. kalau rasa nak beramah mesra bertepuk tampar sila pakai baju umno atau perkasa.. kih kih kih kih.. aku memang teringin sangat nak bergurau senda bertepuk tampar dgn korang nih.. kih kih kih kih.. paling-paling aku teringin nak bertepuk tampar dengan 3 ekor katak. brahing ali al-kataki, zol kulom dgn zahrin hantu jarang gigi.. suruh 3 ekor ni duduk barisan depan sekali... aku nak tengok sangat muka orang yang garang dalam TV ni.. kih kih kih..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
AUW !!!
Post a Comment