Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, June 16, 2011

KAH KAH KAH KAH BARU KORANG TAHU

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.
“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam (gambar), ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.
Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.
Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.
Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).
Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya. - TMI

Note: Kah kah kah kah.. baru korang tau.. tu la kan.. tv dan surat khabar hang takda cerita lain.. tiap-tiap hari cerita blue jer.. orang pun naik muak laa... kah kah kah kah.. Sekarang ni nak guna pendekatan lain.. nak buat ceramah pula....woiii.. siapa yang nak datang ceramah BN ni? kah kah kah kah.. oooo ada..ada.. budak-budak sekolah, IPT dan juga kakitangan kerajaan adalah diwajibkan hadir.. kah kah kah kah.. pengankutan dan makanan disediakan.. dan siap dengan duit poket (tapi duit kena kebas dengan pengarah) kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

anak sufi said...

ALHAMDULILLAH..BERSYUKUR KERANA SAUDARA SENDIRI TELAH MEMBENARKAN DIRI SAUDARA DITEGUR.

SAUDARA,TIDAK DINAFIKAN PUAK PEMBANGKANG KERAP SANGAT MENGANJURKAN CERAMAH-CERAMAH TERBUKA MENGENAI POLITIK. ANWAR SENDIRI BERPUSING DAN BERPUTAR LIGAT SATU MALAYSIA MALAH KE LUAR NEGARA UNTUK BERCERAMAH. DALAM CERAMAH TERSEBUT BANYAK DIHAMBURKAN KATA-KATA NISTA DAN FITNAH YANG MEROSAKKAN IMEJ UMAT ISLAM UMNO DAN NEGARA.

BEGITU JUGA DENGAN DAP DAN PAS YANG TANPA LETIH DAN LESU PERGI KE CERUK KAMPUNG DAN BANDAR UNTUK BERCERAMAH. ISI CERAMAH BELUM TENTU KEBENARAN TAPI IA MERESAP MASUK DALAM PEMIKIRAN RAKYAT SECARA SENYAP.

SEDANGKAN UMNO TIDAK MELAKUKAN DEMIKIAN, UMNO MERASAKAN MEDIA PERDANA SUDAH CUKUP UNTUK MENJELASKAN SEGALA BENTUK PEMBANGUNAN DAN USAHA KERAJAAN. TAPI MEDIA PERDANA INI TIDAK CUKUP KERANA IA BUKANLAH SEPENUHNYA BERCAKAP TENTANG POLITIK SEPERTI MANA PENTAS CERAMAH.

JADI, UMNO PERLU MENGORAK LANGKAH AGAR RAKYAT DIBERI MAKLUMAT YANG TEPAT DAN BERHAK MEMBUAT PERTIMBANGAN SEWAJARNYA. MELALUI SIRI CERAMAH INI, PEMIMPIN BOLEH MEMBELA DIRI ATAS PERTUDUHAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK SATU LAGI.

IA TIDAK BERCANGGAH DAN MENYALAHI HUKUM ALLAH. BUKAN BEGITU SAUDARA?

omaq said...

Bagusle tu...sebagai persediaan untuk menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti...Manalah tau kot-kot kerajaan baru Pakatan Rakyat tak bagi laluan kepada UMNO untuk bersiaran di kaca-kaca TV atau radio seperti mereka lakukan kepada pembangkang sekarang.

Sebenarnya Pemuda UMNO mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan.Syabas dan teruskan mencungkil pemidato-pemidato terbaik bagi meneruskan kelangsungan parti anda selepas menjadi pembangkang nanti..Masa untuk anda berpeleseran di kelab-kelab private dan kelab golf dari maghrib hingga ke subuh sudah berlalu.Anda kini terpaksa membiasakan diri berdiri di atas pentas-pentas ceramah dan pidato di padang-padang dan sawah-sawah seperti mana yang telah dilalui oleh PAS,PKR dan DAP sejak sekian lama...