Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, June 12, 2011

TAYANG VIDEO LUCAH BUKAN SATU KESALAHAN DI MALAYSIA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Drebar bas cuba rogol penumpang dipenjara



MELAKA: Gara-gara menayangkan video lucah kepada seorang wanita warga asing yang juga penumpang bas yang dipandunya, seorang bapa empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu bas, P Kanapathy, 38, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam.

Terdahulu, tertuduh meminta mahkamah supaya meringankan hukuman dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun apabila tiga daripadanya masih bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja.

Tertuduh turut mengakui tindakan menayangkan video lucah adalah satu kesalahan apabila soalan mengenainya diaju Zaharah terhadapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed meminta hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh kerana cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa pada waktu malam dan tindakan itu mengundang pelbagai perkara buruk.

Zaharah menetapkan 13 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan. - Mymetro

Note: Kah kah kah kah.. Kenapa tangkap india tu? Sejak bila pula membuat tayangan video lucah pada umum dikira salah di Malaysia ni? Kalau betul ada undang-undang begitu kenapa 3 ekor datuk beruk SK, Rahim Tambi dan Shuiab Lazim tak dihadapkan ke mahkamah? Kenapa 3 ekor beruk ni x diambil tindakan? Tak kan polis nak kata mereka tak tahu siapa pelakunya? takkan polis nak kata tiada laporan dibuat? Yang lagi hebatnya Malaysia menghalalkan pengedaran video-video seks di masjid-masjid dan sekolah-sekolah.. Tak cukup dengan itu ia juga disebarkan dengan cara memasukkan kedalam peti surat dari rumah kerumah.. Ada dengar cerita orang kena tangkap tak? Takda bukan? Ada dengar cerita polis beri amaran kepada mereka-meraka yang buat kerja ni tak? tak da bukan? Dah sampai sebegini teruk pun pihak polis diam membisu kenapa? Ada dengar cerita hishamuddin beri warning pada penyebar video ni tak? takda bukan? Kah kah kah kah.. ini bermakna Negara Malaysia tidak melarang sesiapa mengedar atau menayangkan video lucah di tempat awam. Kah kah kah kah.. Untung remaja sekarang ni.. tak payah susah-susah nak cari video seks.. siap ada orang hantar kerumah kagi.. kah kah kah kah.. yang paling bestnya.. menyebar dan menayangkan video seks di Malaysia bukan satu kesalahan.. kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: