Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, April 1, 2011

UTUSAN MEMANG SUNGGUH JIJIK

بسم الله الرحمن الرحيم

Video seks: Utusan sembunyi ulasan kecaman Harussani?

Utusan perlu bertanggungjawab kerana menyembunyikan kenyataan penuh Harussani berkaitan video seks dalam akhbar.

WarkahDaily, 1 April – Apakah niat sebenar akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia apabila dikatakan telah 'menyembunyikan' kenyataan kecaman Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, ramai pemerhati menunggu kenyataan daripada pihak berkuasa agama termasuk para mufti seluruh negara berkaitan tindakan tiga sekawan (Datuk T) yang bertindak di luar tamadun manusia timur dan beragama Islam apabila mengajak para wartawan menonton video lucah yang dikatakan melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Ketika itu, ramai tertumpu arah kepada Harussani. Mereka menunggu, apakah yang akan diungkapkan mufti terkenal itu berkaitan penayangan itu. Namun, ramai tidak tahu, apakah Harussani tidak mengulasnya atau ianya tidak diwar-warkan oleh media pasal isu hangat itu.

Kenyataan Harussani yang dimainkan media arus perdana kerana menguntungkan 'tuannya'.
Padahal sebelum ini, media pro Umno begitu teruja dengan ulasan dan kenyataan Harussani yang ditujukan ke arah pemimpin PR termasuk yang terbaru pasal isu 'jangan guna hukum agama raih undi' konon diperkatakan oleh MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Nampak semacam media pro Umno seronok melaga-lagakan kedua-dua ulamak yang disegani itu sehinggalah ada pihak cuba mengendurkan keadaan dengan mengajak mengadakan pertemuan dua mata antara dua ulamak itu.

Terkini, Harussani didakwa diam dan tidak mengecam perbuatan Datuk T menayang video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Semalam dalam laporan The Malaysian Insider, Harussani menafikan tanggapan itu konon beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” kata Harussani kepada The Malaysian Insider semalam.

Dalam hal ini, Utusan Malaysia perlu bertanggungjawab kerana tidak amanah menyebarkan berita yang jujur dan tepat.

Kenapa perlu disembunyikan kenyataan penuh Harussani dan hanya sekadar menulis video seks itu adalah fitnah sahaja.

Kalaulah Harussani mengulas perihal ’menyerang’ pimpinan PR, sudah pasti akhbar rasmi Umno itu akan mengulasnya tiga hari tiga malam, siap tokok tambah lagi adalah supaya menampakkan Harussani menyerang pemimpin PR.

Tapi jika kenyataan Harussani dilihat tidak menguntung pihak Umno-BN, ianya akan digelapkan dari pengetahuan ramai.

Seolah-olah akhbar rasmi Umno ini ada agenda tersendiri demi kelangsungan ’hayat’ tuannya.

Terdahulu dalam laporan The Malaysian Insider, Harussani menyebut, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Menurut Harussani lagi, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya. - warkahdaily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Anonymous said...

hahaha.bila muvie 2 nk realese kat pasaran?? kah kah

Anonymous said...

comfirm muntah2 tgk video tu...

dear anies said...

p/s br tgk poster da muntah ni kn pula nk lyn hikhikhik