Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, March 31, 2011

AWEK CURI TELEFON BIMBIT

بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini. - KS


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

CikAizA said...

mencemarkan imej wanita islam betullah...

zalizalu said...

aku pon nak kijer kat kedai hp jugak laa...

faryzh said...

macam2 ragam manusia sekarang ni...

atikNAOshi said...

menjatuhkan imej wanita bertudung je pompuan ni..huh! xpikir panjang langsung..akal pendek sungguh!

Anonymous said...

he he he sapa ler ajor dak neh jdi pencuri,mak bapak dia kaaa? mesti ramai orang marah kalu kiata crita lagu macam nie,sbb mana de mak bapak nak anak-anak wat kerja tak senonoh, tapi kalu ikut crita yg aku ada nie,ada memang sekor dua makbapak train anak mencuri sebelum kuar perut lg he he he, crita tu gini aku pernah ler kerja kat 1 kilang kecik, tak ramai ler pekerjanya,dlm tu asa 1 mamat suka bawak kamera time kerja,dia suka ambik gambo kawan-kawan kerja dia,aku tak ambik port sangat walau kamera yg dia bawak selalu lain-lain,sampai 1 hari tetiba dia tanya kat aku pasal masalah kamera yg dia ingat rosak.kamera mahal tuuu cuma bukan jenis digital macam skarang ni, masalah tu sempoi jer,flash tak nyala kalu kat tempat terang,aku tanya kat dia 'ko tak baca manual kamera nie ker,tak kan kamera mahal takder manual atau penjual tak terangkan fungsi kamera sampai auto zoom pun dia tak tau ada kat kamera tuh, heee terbukak ler crita yg kamera tuh hasil rembatan bini dia yg kerja kilang kamera,terkejut gak aku sbb setau aku kawalan kilang kamera tuh cukup ketat, rupa-rupanya isteri dia akan bawak kamera curi tuh time dia mengandung,sbb ppuan mengandung sukoroti tak check,he he he masa cerita tu timbul bini dia dah 3 kali mengandung,so dah banyak juga ler kamera dia rembat n laki dua tukang jual, eheee aku plak dengan slamba jer cakap kat mamat tu,terer ler lu bro laki bini,anak dalam perut pun lu dah ajar jadi penyamun, sekarang ni mamat tu apa alkisah dia aku pun taktau... so kadang tak salahkan kalu ada yang berkata makbapak yang ajar.... he he he