بسم الله الرحمن الرحيم
JUMAAT adalah penghulu segala hari. Pada hari ini umat Islam akan berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat.
Pentingnya hari ini kepada umat Islam kerana pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkannya ke dalam syurga, dikeluarkan darinya dan pada hari itu juga akan terjadinya kiamat.
Pada hari ini juga asalnya, umat terdahulu digesa untuk m...elakukan ibadah kepada Allah. Namun, mereka memilih kesesatan. Oleh kerana kesesatan itu, maka orang Yahudi memilih Sabtu sebagai hari besar mereka. Orang Nasrani pula memilih hari minggu (Ahad) sebagai hari peribadatan mereka, sedangkan Allah menetapkan pada umat yang terakhir ini ialah Jumaat. Pada hari itu, Dia menyempurnakan penciptaan makhluknya iaitu pada hari keenam.
Hal di atas disebutkan oleh Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kita adalah orang terakhir yang paling utama di hari kiamat kelak, meskipun mereka diberi kitab sebelum kita. Sesungguhnya hari ini (Jumaat) adalah hari Allah memberikan kewajipan kepada mereka, lalu mereka berbeza pendapat mengenainya. Maka Allah memberikan petunjuk kepada kita mengenai hari itu. Pada hari itu, orang akan mengikuti kita, Yahudi hari selepasnya, sedangkan Nasrani hari selepasnya lagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pada Jumaat, umat Islam diperintahkan oleh Allah untuk mendirikan solat dan meninggalkan jual beli. Firman Allah bermaksud:” Wahai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.” (Surah al-Jumuah, ayat 9).
Maksud diseru dalam ayat di atas ialah seruan azan yang dikemundangkan oleh bilal. Seruan azan yang pertama bagi mengumpulkan orang ramai di dalam masjid supaya mereka boleh beriktikaf dan melakukan zikrullah sebelum imam naik ke atas mimbar.
Apabila diserukan azan untuk kali kedua, maka orang ramai dilarang untuk berjual beli. Lelaki merdeka diperintahkan berangkat ke masjid melaksanakan sembahyang Jumaat dan tidak diperintahkan bagi wanita dan anak.
Bersegera dalam ayat di atas pula, bukannya menyuruh kita bergegas dengan tergesa-gesa untuk menunaikan kewajipan itu, sebaliknya kita diperintahkan datang dengan penuh ketenangan untuk mengadap Rabb.
Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mendengar iqamah, berjalanlah untuk mengerjakan solat dengan tenang dan janganlah kamu tergesa-gesa. Solat yang kamu dapati, maka kerjakanlah dan sebahagian rakaat solat yang tertinggal, maka sempurnakanlah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Qatadah pula menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan bersegera dalam ayat di atas bermaksud hendaklah kamu berjalan dengan penuh kekhusyukan hatimu dan berikan sepenuh perhatian untuk menuju ke tempat bersembahyang untuk mengadap Rabb.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
en veritables cellules vivantes, viagra france, la constitution des alcools et des ethers, Por acuerdo de la Sociedad, precio cialis, al destruir con abundancia de quindi il movimento di chiusura ed apertura delle, viagra naturale erboristeria, schudlichcn und verddchtigen Schwumme. untern Rande der linken Lunge ein erbsengrosses, cialis nebenwirkungen, und nur wenig flussiges hellrothes Blut,
Post a Comment