Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 2, 2011

BARU NAK TERASA SUSAH..? AMPU LA LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم


Kurangkanlah cukai pendapatan!

Oleh Azman Anuar
azman.anuar@utusan.com.my



HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu.

Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga murah. Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.’ Belanja dapur sahaja sudah melambung berkali-kali ganda.

Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat. Tinggal sebulan lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan.

Banyak dapat, banyaklah kena cukai. Ada yang mengeluh.

Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan keperluan harian pada harga murah.

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 sekilogram.

Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu.

Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga barang. Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka. Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi.

Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan.

Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu!

Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.

Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu. Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai pendapatan. Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja. Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja dikenakan.

Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah... - Utusan

Note: Hutang dah keliling pinggang baru pandai nak tegur kerajaan... bukan ke selama ni utusan hanya pandai mengampu kerajaan je.. yang kerajaan buat semuanya bagus.. Tak pernah ada satu berita pun ada kebaikkan yang Pakatan Rakyat buat.. Kalau pakatan rakyat semuanya buruk belaka.. Ni hidup dah rasa tertekan baru konon-konon nak tolong sedarkan kerajaan... sengal...!!!



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

Amuraria said...

SYABAS PADA PENYOKONG-PENYOKONG TOTOK MANGKUK TANDAS YANG MENGUNDI UMNGOK@APCO-BN ! KERANA KETOLOLAN ANDA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANGGUNG SUSAH DAN BEBAN DENGAN HARGA BARANG MELAMBONG ! RAKYAT DIDAHULUKAN ! PODAAAH UMNO@APCO-BN !

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tak tau bila barang2 nak turun.

MOH KEMBARA said...

salam yob bujang, alaaa ni tektik pru jer. nanti dkt pru, diorang turunkan macam2 rega keperluan, rakyat akan gumbira tak terhingga dan ucapkan tima kasih pd gomen yg prihatin tu! dah boleh baca dah!

tebing tinggi said...

Apa kata kita tukar kerajaan,nanti kita mintaklah kerajaan yang baru bagi subsidi semua barang ,puchok ubi pon kita mintak subsidi OK.

Kak Mahh said...

Terkejut juga bila baca semalam depa nak naikkan minyak...seksa lah hidup

dear anies said...

padan muka yg dok sokong sokong sokong sokong bagai nk rak tu padan muka korang hahahahahahha


brg naik tp gai ko makin lama makin ciput padan muka sokong la lg..

pangkah la lagi

IrfanzBlog said...

nasib baik aku tak pakai minyak RON 97.tp pape pun kasihan orang yg pakai RON 97..Bukti Rakyat Didahulukan..haha

volume said...

pelik orang umno yang susah duk sokong pastu membebankan diri sendiri, aku takpe lah kaya.. aku kaya raya pon tak suka jugak umno ni.. pelikla.. bodoh ke apa diorang ni, sangup susah tapi sokong umno.. aku kerja kerajaan pn aku sokong pr.. peduli apa aku.. diorang dahla susah, pastu menambahkan lagi susah yang sedia ada, sepatutnya bila dah susah paham bahasa, ni tidak, nak kata sekolah tinggi, aku sekolah tinggi lagilah tau penipuan semua ni.. pelik yg lain tak sama pemikiran, diorang ni sakit lah, bila minyak naik, naikla barangan lain, korang dah susah sokong jugak, orang lain sibuk nak ubah kerajaan sedia ada, korang masih bodoh lagi, ape korang dapat sokong umno? aku tak sokong umno aku hidup senang takpe, kalau aku susah lagilah aku tak sokongnya, sebab mereka membebankan, korang dah tau susah masih lagi sayang untuk buang kebodohan diri, so buanglah bodoh tu, jangan biarkan anak-anak korang nanti merana kerana mak-ayahnya bodoh dalam pemikiran. pastu korang pun cakap. bersyukurlah apa yang ada. ya memang kita hari-hari bersyukur,, memang itulah lumrah hidup kita bersyukur pada Allah. tapi pemimpin korang bersyukur ke? diorang senang lenang. korang undi mereka untuk apa sebenarnya? panjat tiang,panjat pokok pasang bendera dapat rm20, diorang menang, apa korang dapat? korang mengeluarkan peluh semata-mata untuk memenangkan umno, mereka menyenangkan anda juga kah? pastu ada pulak cakap aku isi minyak ron95 takpe. masalahnya ron95 pon memang mahal juga walaupun tidak naik, mungkin hidayah petunjuk Allah sahaja dapat menyedarkan mereka2 yang tidak berapa pandai berfikir.

adan said...

bila la agaknya barang turun er?