Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, February 6, 2011

RAJA PEROMPAK DI SARAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم

ATM(Abdul Taib Mahmud) telah memegang kuasa selama 30 tahun di Sarawak, dan hasil daripada itu, Sarawak menjadi negeri yang paling miskin sedangkan dia sendiri telah menjadi orang yang paling kaya di Malaysia. Video ini akan membongkarkan muslihat Taib, yang memperalatkan rakyat Sarawak dan merampas harta negeri Sarawak selama ini untuk kepentingannya sendiri.



Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng. - arus perjuangan



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

فاوزيا ........ said...

kalau ini benar, kenape tidak ada hero yg tampil ?

izzafey said...

benda ni dah lama aku tahu sejak 2004 lagi iaitu pada tahun aku berkhidmat di sarawak.....

dulu heboh pasar Nizar (bekas MB perak) pakai camry utk kereta kerajaan... tp sarawak lagi dahsyat kereta kerajaannya..

izzafey said...

dia ingat semua harta yg dia ada tu boleh bawa masuk kubur agaknya...

satu lagi punca dia menjadi kaya raya sebabnya ialah pihak pembangkang di sarawak x kuat mana pun....

org2 kampung senang-senang ditipu media.

kebanyakan org kampung di sekitar kuching sampai sekarang masih tidak mendapat geran tanah...sedangankan dah 20tahun lebih mendiami