Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, February 12, 2011

HOSNI MUBARAK AKHIRNYA LETAK JAWATAN

بسم الله الرحمن الرحيم



MESIR: Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.

"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara dan menyerahkan tugas untuk mentadbir kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir," kata Suleiman di dalam pengumumannya itu.

Sejurus sebelum pengumuman itu dibuat, Hosni yang kini berusia 82 tahun telah meninggalkan ibu negara untuk berada di Sharm el-Sheikh berhampiran Laut Merah iaitu tempat istirehat presiden untuk sekian lama.

Sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni tersebar luas, kedengaran pekikan "Allahu Akbar" dan sorakan kejayaan beribu-ribu penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan utama. Ada yang membakar mercun dan bunga api tanda gembira.

Di Medan Tahrir, ada di antara penunjuk perasaan yang pengsan seolah-olah tidak mempercayai apa yang mereka dengar dan tidak sangka gerakan massa yang mereka anjurkan membawa kepada kejatuhan seorang presiden yang telah berada di tampuk kekuasaan selama 30 tahun.

Warga Mesir telah menganjurkan tunjuk perasaan sejak dua minggu berturut-turut tanpa putus.

Dua hari yang lalu, Hosni Mubarak masih ingin bertahan di kerusi presiden walaupun dia membuat pengumuman bahawa kuasa mentadbir telah diturunkan kepada naibnya. Namun begitu pengumuman tersebut masih tidak meredakan rakyat Mesir yang terus menerus mengadakan demo menuntut perletakkan jawatannya dengan segera.

Hosni mahu terus kekal sehingga September di mana beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya presiden dan melepaskan jawatannya secara terhormat.

Malah beliau enggan mendengar nasihat para penasihatnya yang mencadangkan agar beliau melarikan diri ke luar negara.

"Saya mahu mati di bumi Mesir," ujar Hosni Mubarak kepada para penasihatnya.

Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui sejauh manakah pihak tentera diberi mandat untuk mentadbir Mesir dan apakah demokrasi akan dibenar mengambil tempat di kalangan rakyat.

Angkatan tentera yang sejak pemerintahan beraja berakhir memainkan peranan yang besar dalam Kerajaan Mesir masih lagi dilihat sebagai institusi yang berpengaruh dalam politik negara itu.- Mstar

Note: "Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."' (Al Baqarah : 216.).


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

si para para said...

bila pilihanraya tidak menjamin keadilan..
jalan raya yang akan menjadi pilihan.

Anonymous said...

Allahhu Akbar!!!!!!!!!!!!!

AMMAR YASIR said...

Akhirnya.... Alhamdulillah

Anonymous said...

baru kau tau langit tu tinggi atau rendah...ingatan kpd semua yg ZALIM!ada detik dn ketikanya kamu smua akn berkuburrr....tunggulh...kita saksikn lahhh...