Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, February 11, 2011

KAITAN PIL CEGAH HAMIL DAN KANSER

بسم الله الرحمن الرحيم

SAYA ada mendengar beberapa perkara mengenai pil perancang, tetapi tidak tahu kebenarannya.

Adakah benar pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika diambil untuk tempoh yang lama? Adakah cara lain yang lebih selamat untuk mencegah kehamilan selain pil perancang? Apakah kesan sampingannya?
Adakah benar melakukan seks dengan kerap walaupun dengan hanya satu pasangan boleh menyebabkan kanser pangkal rahim?

MARIA
Kuala Lumpur

---------

KINI, pangkal rahim atau pintu rahim lebih dikenali sebagai serviks. Benar ada kaitan antara pil pencegah kehamilan dengan insiden kanser serviks.

Ini berdasarkan kajian dulu yang melihat pesakit kanser serviks dan didapati lebih ramai yang pernah mengambil pil pencegah kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.

Maka, andaian asal adalah pil pencegah kehamilan menyebabkan kanser serviks.

Namun apabila dikaji dengan lebih lanjut, ada pendapat bercanggah mengenai hasil kajian ini memandangkan pesakit kanser serviks terbabit turut mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil itu untuk mencegah kehamilan.

Sebaliknya, pendapat yang menyokong hasil kajian asal mendebatkan teori kemungkinan hormon dalam pil pencegah kehamilan mengubah keadaan permukaan serviks sehingga mencetuskan pembentukan kanser.

Pil pencegah kehamilan adalah antara kaedah yang berkesan dengan syarat anda perlu mengambilnya mengikut peraturan.

Keunikan kanser serviks berbanding kanser lain ialah ia boleh dicegah kerana ia mempunyai suatu peringkat penyakit yang mudah dikesan dan jika penyakit ini dirawat, ia dapat mengelakkan kanser serviks.

Sebaliknya jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh berubah kepada kanser.

Penyakit ini dinamakan CIN (Carcinoma Intra-epithelial Neoplasia) yang boleh disaring menggunakan ujian pap smear dan jika disyaki, ia kemudian boleh disahkan melalui ujian histopatologi ke atas biopsi serviks.

Malangnya, di negara kita, masih ramai yang tidak menjalani ujian saringan pap smear ini.

- PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

si para para said...

ada orang nak anak..ada orang tak nak anak...sebab tu la ambik benda benda macam ni...
kadang kadang kita tak bersyukur atas apa yang telah di kurniakan..
sebab tu banyak berlaku penyakit yan gpelik pelik sekarang..

Melor said...

salam mr bujang. melor ada lagi nak tanya. mcmana nak buat bila kita post video utube kat postblog kita tu. mcm mr bujang punya tu la. melor ada buat satu tapi akhir video tu byk pulak petak2 kecil video lain kat situ. mcmana nak hilangkan petak2 kecil tu.

Zitta said...

Memang takut dengan kanser serviks ni tp...lg takut dengan muncung itik! Sakit ooooo....cube try. Ikut je larangan Allah, insyaallah selamat!

atikNAOshi said...

semoga dijauhkan..
tak payah nak makan pil perancang..
kesannya membawa padah kepada diri sendiri

Azrina Mohd Tajul Ariffin said...

Wanita yang ambil pil perancang ada sebabnya tersendiri bukan pasal taknak anak atau nak anak byk. Kita tidak berkemampuan dari segi kewangan, tidak mampu membahagikan kasih sayang, tidak yakin dengan amalan merancang sendiri sbb itulah wanita itu memilih pil perancang. Perkara ini byk sgt diperdebatkan. Contohnya pil perancang yang ada hormon progestron berisiko rendah untuk seseorang itu kena kanser berbanding yg ada hormon progestron dan estrogen. Pil yg ada progestron juga diambil oleh ibu yg fully breastfeeding kerana pil yg ada estrogen boleh mengurangkan susu badan. Mengapa diwujudkan pil perancang bagai kerana kita nak merancang keluarga, utk kesihatan si ibu. Benda ni sentiasa update, sentiasa dibuat kajian. Suatu ketika dulu masa saya ikut talk ttg pil perancang, ia dikatakan boleh mengurang kena kanser skrg dah lain pula. Bukan takat guna perancang kena kanser amalan pemakanan yang tidak sihat pun penyumbang, dunia yg penuh dengan pencemaran pun penyumbang. Setiap dari kita dilahirkan pun sudah ada sel2 kanser kan cuma antara kita tak aktif atau aktifkan. So jgn le berpikiran sempit. Kalau dah nak kena , redha ajerlah.

Melor said...

salam lagi skali mr bujang.

1. time kasih dah dpt tapi masih ada 3 kotak kecil kat belakang video tu sedangkan mr bujang punya hanya ada 1 kotak aje.

2. lupa tadi nak tanya skali camana nak center kan kedudukan video tu.

3. jangan marah + boring layan soalan melor ya. kite baru nak belajar tenet la mr bujang.

4. time kasih lagi skali. bye2

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….