Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, February 9, 2011

TERIMA KASIH PM NAJIB KERANA NAIKKAN ELAUN GURU KAFA

بسم الله الرحمن الرحيم

Laa... Naik Lagi? Pening Umno Selangor Kalau Macam Nie..



Kerajaan Negeri Naikkan Elaun Guru KAFA RM300

Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.


Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," katabya.

Note: Kah..kah..kah..kah.. ali rustam plak naikkan darah cikgu KAFA di Melaka... Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

encHIx laNDax said...

ayat last tu terbaik!bahahhXD

tuyuk said...

kemas lah negeri selangor! caya la

MOBYDICK said...

Laa.. naik lagi patut la mengajar bagai nak rak, dulu kelas KAFA takat pukul 3.45 jer tapi sekarang pukul 4.45 ada sampai pukul 5.00, pehhh....
sikit hari bawa tikar bantal tidur kat sekolah...

mariah said...

Alhamdulillah..murah rezeki mak saya dan guru2 kafa yg lain.. terima kasih byk2 pada menteri besar selangor.. dan terima ksih juga pada 'najib'>>

Anonymous said...

alamak derrrr... guru kafa je ke? guru biase cam kami pon nak gak! kuikikiukiukiuki

yad_element said...

alhamdulillah... tak, kerajaan sebenarnye kalo boleh tanak tingkatkan langsung mutu sekola agame nih.. tgk ah cane sekola2 tahfiz2 semue.. dorg tau kalo orang tau islam dengan lebih dalam, maka lamatnya lingkuplah kerajaan.. mcm bro penah kate, kalo pilihan raye tu bleh lingkupkan krajaan da lame krajaan haramkan pilihan raye...

bende ni da lame da.. dari dulu lg kerajaan tak pandang serius pd sekola2 agama ni. seb bek kerajaan negeri selangor ambik langkah camni, bersemangat la ustazah2 yg comel2 tu mengajar sambil budak2 pun makin tau agama.. wuu..

50 tahun malaysia merana... hanya disebabkan takde didikan agama yang betul, parent takde didikan agama yg betul, anak.. pew...

ape mende melalut ni

Anonymous said...

eheh dah jadi guru pun tak paham gak ek,weyyy guru biasa kan kat bawah kendalian kementerian pelajaran yg dah tentunya bawah pusat,jadi mintak ler kat najib sebelum dia beli bot pesiaran utk meronda kat perparitan malaysia

yad_element said...

takut bot tenggelam je tak timbul2 je.. owh lupe.. yg rasmi kene la pirst lady... patut la tenggelam...