Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, February 8, 2011

MAKAN RASUAH SAMPAI PENGSAN

بسم الله الرحمن الرحيم

RASUAH : KETUA UMNO PANDAN PITAM KETIKA TUDUHAN DIBACA



Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abdul Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.


Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abdul Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abdul Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan. - bHairan

Note: Nasib baik tak mati terus... Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Anonymous said...

sahur makan rasuah kot, tupasal pengsan. buto pok hang laaa nak ckp die puasa la bagai.. kiwak nye apno!

On Bin Hj Ibrahim said...

lawak lucu di mahkamah...

pitam pasal tak makan dalam perbicaraan kes rasuah...

kalau pitam masa sebutan kes lain..lepas tu puasa ke..okey juga..

orang umno ni..entah entah puasa ramadhan pun tuang..ngaku puasa le konon..bukan puasa tu sebenarnya,,tak lalu nak makan..takut kena penjara ke...

ajwa said...

Dulu ada org cakap kalu nak makan sup tangan pergi Kelantan.

Nanti ada org tuduh lak... puasa bleh menyebabkan pitam.. idea baru