Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, February 8, 2011

PUNCA KEBANJIRAN PATI DAN PENINGKATAN JENAYAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Amalan Sial Pegawai Polis Menjadi-Jadi !!!



"SANDAKAN: Anggota Polis hari ini di dakwa sebagai dalang bertanggungjawab disebalik kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mendapatkan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.

Demikian beritahu Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG] Sabah, Haji Masmin Kadad, ketika mendedahkan kepada media dalam satu lawatan beliau ke Kalabakan baru-baru ini.

“Saya mendapat laporan daripada orang awam yang mengadu kepada saya bahawa PATI dari Pulau Sebatik dihantar oleh anggota keselamatan ke Kalabakan dengan membayar pihak anggota keselamatan sebanyak RM350 untuk menjamin mereka masuk dengan selamat ke Sabah,” beritahu Haji Masmin.

Dakwanya lagi, selain menjadikan daerah Tawau sebagai tempat operasi, mereka turut menjadikan Kalabakan dan Lahad Datu sebagai pintu masuk PATI sehingga mencecah 1,000 orang PATI setiap bulan.

Pegawai polis mampu kaut beratus ribu sebulan

“PATI ini sanggup membayar kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

“Berdasarkan jumlah PATI yang masuk ke Sabah melalui Kalabakan dan Lahad Datu seramai antara 500 sehingga 1,000 orang sebulan saya percaya pegawai kanan polis yang terlibat mampu mendapat untung beratus ribu ringgit sebulan,” katanya lagi.

Beliau yang sudah lama membuat pemantauan terhadap keadaan ini turut memberitahu sebelum ini beliau turut menerima panggilan berbaur ugutan agar tidak menghebohkan kepada media dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau turut memberitahu, terdapat agen yang akan mengaturkan bagi mendapatkan pekerjaan di ladang kelapa sawit, pembalakan, kontraktor dan juga pembantu rumah atau bekerja di kedai-kedai dengan gaji serendah RM6.00 sehari dan selepas tiga bulan kemudian mereka boleh memilih kerja sendiri.

Tambah memburukkan keadaan apabila kejadian yang telah berlaku semenjak tahun 1980an lagi ini turut membabitkan pihak yang membantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan dengan harga antara RM2,500 hingga RM5,000 seorang.

PATI bantu BN menang pilihan raya

Beliau juga percaya langkah tersebut merupakan satu modus operandi pihak tertentu bagi membantu parti kerajaan bagi memperolehi undi yang tinggi dalam setiap pilihan raya umum.

“Beginilah cara PATI masuk ke Sabah dan begitu mudah mendapat warganegara Malaysia khususnya dari PATI yang mendapat taraf Bumiputera kelas pertama dan mengundi parti kerajaan dalam pilihan raya,” ujar beliau lagi.

Haji Masmin turut menjelaskan pada 2003, mengikut data tidak rasmi, terdapat lebih 1.7 juta PATI yang telah mendapat Mykad dan menjadi rakyat Malaysia untuk mengundi parti kerajaan dalam pilihanraya umum. - tranungkite


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

yusuf blog said...

Salam kenal, moga berkenan

On Bin Hj Ibrahim said...

lama dah dengar cerita ni..bukan disana saja..kat sini juga melambak lambak..kat sempadan...

cuma bila askar jaga..tendang satu pati kat johor sampai hari ni kes tak settle lagi...

geng lain senang lenang ambil duit ..sedekah...gaji lagi..elaun lagi...dan dengar nak naik lagi sempena hari polis ni...