Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, February 6, 2011

ENCIK DATANG DARI UMNO BAHAGIAN MANA?

بسم الله الرحمن الرحيم



SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya. - Harakahdaily

Note: Petugas Wisma Putra... Kah..kah..kah..kah.. Tanya kat orang mengalahkan president umno 1 malaysia je.. Kah..kah..kah.. Apa ko fikir duit rakyat ni umno punya ke?


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Hamdan Rukun said...

BRO,

MENIPU PUN BACA BISMILLAH.

MANA PULAK SEMPAT ORANG NAK TANYA PARTI MANA. KELAM KABUT TAU.

Iklanneka said...

aku x heran klu ada petugas tanya camtu sbb aku pernah kena masa nak mohon lesen perniagaan ssm kat jb. bukan nya dia nk tanya aku nk meniaga apa tp soalan prtama dia tanya aku umno ker pas apa ke bangang, x de kena mngena langsung. apa lagi aku trus blah. smpai skrg aku dah xde mood nk pg mohon lesen.

Anonymous said...

Salam Berziarah ,dan Salam Best Sahaja Buat Sahabat ,

Anonymous said...

luncai. nama pun luncai sudah tentunya bodoh. woi luncai cerita dalam entri ni bohong kan. pegi la buat report polis. lu kan org umno mesti polis cepat take action punya kan. apa macam? ada brani ka luncai sengal?