Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, February 12, 2011

NAK BALIK MESIR TAK ADA DUIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Wajah Sebenar Kemurahan Hati Kerajaan BN: Pelajar TANGGUNG Sendiri Kos Penerbangan Pulang ke Mesir



Semasa melancarkan Ops Piramid, Kerajaan BN mencanang-canangkan kemurahan hati mereka mengaturkan program membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir. Sepanduk dibawa seolah-olah pelajar-pelajar ini mengucapkan terima kasih kepada PM dan kerajaan, walaupun semua perbelanjaan itu ditanggung oleh duit rakyat.

Publisiti melampau itu menutup segala kelemahan dan kelewatan kerajaan mengambil tindakan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir. Selepas digesa dan ibu bapa merayu di akhbar, barulah tindakan membawa pulang rakyat Malaysia di luar negara di jalankan.

Hari ini seperti yang diberitakan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay memaklumkan bahawa pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun. Sudahlah perlu membeli tiket sendiri, tidak pula diberi sebarang diskaun.

Menurut A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.

“Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.

“Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka,” jelasnya.

Saya mahu ungkit sedikit, kerajaan sanggup memberikan subsidi RM15 bilion kepada syarikat IPP, menangung kos Rosmah ke luar negara, menanggung kos ahli perniagaan setiap kali PM atau menteri ke luar negara, namun tidak sanggup membelanjakan DUIT RAKYAT yang diamanahkan kepada mereka untuk membantu pelajar-pelajar yang masih lagi trauma dengan situasi di Mesir. Kalau mahu tulis panjang lagi...saya berhenti di sini. - duniacacamarba

Note: Kah..kah..kah..kah.. Kapal yang hanya bernilai rm200 juta tapi dibeli dengan harga rm1 billion sebanyak 6 buah.. yang itu tak apa pula... boleh saja nak jahanamkan duit rakyat.. bila rakyat nak guna duit nak balik Mesir untuk sambung belajar disuruhnya cari duit sendiri.. Apa si Pillay ni ingat duit beli kapal tu duit bapak dia ke? Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

si para para said...

beli kapal tu tak ape...separuh masuk poket sendiri..
jangan jadi macam kapal selam dulu tu la...beli buat jadi beban je..

Anonymous said...

biasalh bila bab agama dn kbajikan kpd rakyat...takda budget...sbb tak macuuuukkk...kau muntah kedarahlh duit tu...tau lh dn tunggu lh nanti kat SANA...

On Bin Hj Ibrahim said...

pemimpin kerajaan ni adalah serupa biawak padang pasir...

hati busuk dan hanya pentingkan diri sendiri saja...

masa mansur main kapal layar dan patah tiang ..lepas tu mansur di ura urakan salah seorang mubligh kristian dan di lemparkan sebutir pingat bawa gelaran datuk lagi oleh entahmana punya pembesar tu..kapal terbang tudm dengan bangga hantar tiang baru..free..mansur tak bayar pun...

bila rakyat sendiri..mentang mentang pelajar..dan di katakan banyak menyokong PAS...di buat begini..

tahu tak ini semua lebih menjadikan rakyat membenci kerajaan...

nape lah bodoh bangang dan bahalol nya pemimpin malaysia sekarang...

dari atas sampai kebawah majoriti bangang tahap babi hutan..hu hu hu

Anonymous said...

kerajaan dah bwk balik mrk semua ke m'sia pun dah cukup baik.....bersyukur la....